leopard iklan

Wednesday, 25 June 2014

Suka dan Tidak di #YanayieWedding

Seusai majlis kahwin tempohari, ada beberapa perkara yang tetiba giler berjalan dikepala aku ni iaitu perkara yang aku suka dan tidak. Soal yang tidak tu tak mengapalah yang pentingnya aku dah pun kahwin. Cuma kalau masa boleh diulang kembali rasanya aku akan cover balik benda-benda yang aku tak suka menjadi suka.  Tetiba sangat kan–

Apa kau ingat masa boleh diputar kembali kahhhh?

Jadi marilah aku listkan perkara2 itu supaya anda-anda semua boleh ambil lebih penekanan sedikit pada majlis anda yaaw.

Tak Suka
1.    Makeup nikah. Maaflah aku rasa eyebrow aku macam nak bercantum siot. Bila aku cakap pada MUA aku, kenapa macam gitu die kata memang ikut aku punya tulang hidung la ape la. Eish. Tak suka! Kalau aku tahu aku suruh kakak aku saje mekup. Free pon free.
2.    Veil nikah. Penat aku DIY veil cecantik akhirnya jadi macam gitu. Letak je atas kepala. Patutnya jauh ke belakang sikit. Benda ni boleh adjust padahal tapi entah sendiri sengal. Padanlah muka.
3.    Outdoor. Benda ni patutnya dibuat selepas majlis nikah tapi dah hujan rahmat lebat sgt so tunda hari lain. Lepastu habis majlis sumpah malas nak pakai baju pengantin balik, so aku cancel kan je la. Malas wei malas nak cakap pasal ni. Ni semua salah laki aku. Kahkahkah.
4.    Member2 yang aku harap sgt diaorang datang tapi tak datang tanpa bagitahu pape tanpa mesej atau pesan pape. Takpe. Time aku buat majlis tanak datang, time ko susah pandai2 lah. Aku dah naik menyampah dengan member macam gini. Memang aku bengang kot. Lantaklah sane.
5.    Datang bulan. Hurmm ni paling tension kot. Sebab aku senggugut. Memang lepak. Semua orang aku layan tak layan. Kesian uols. Haha.

Tu je yang aku tak suke.


Suka
1.    Makeup Sanding. Aku suka. Just nice dan simple. Tapi MUA datang lambat. Citpodah. Hegeh2.
2.    Baju songket hijau aku. Aku suka. Rekaan yang unik dan lain maciam. Ko tak suke kau punye hal.
3.    Pelamin pun simple. Ok la ok la. Bolehlah kan.
4.    Dan yang lain-lain semua aku suka. Hahah.

Dah dah. Nanti aku dapat gambar dari OP aku update.

Sekian.

Ikhlas dari bekas peranten. #yanayie

Tuesday, 24 June 2014

Bersediakah Aku..



Eh eh eh.

Awak yang baru kahwin tu? err ada rasa cuak tak menjelang Ramadhan ni?

Takde. Hebat. Tepuk tangan sikit. Kenapa tak de rase cuak eh?

Saya??

For sure saya cuak!

Sebab, saya kena bangun masak sahur untuk suami. Masak berbuka untuk suami. Eh ingat senang ke. Err. Senang ke eh. Tapi kenapa saya nak rasa susah pulak. Masak je lah. Err. Memang masak je. Tapi cerita dia sedap ke saya masak nanti? Err. Bangun subuh-subuh masak. Pergh-pergh-pergh. Lepastu masak kat rumah mertua. Lagilah pergh.

Saya tahu awak tak cuak sebab awak hebat. Awak dah tahu rumah mertua awak macam mana. Awak dah tahu kat mana kuali periuk semua. Awak dah tahu bawang ikan bilis semua. (yeke?). haha.bedal.

Tapi saya,

Saya pertama kali ni nak pergi rumah mertua saya.
Saya pertama kali ni kena masak rumah mertua.
Saya pertama kali ni masak sahur buka semua.
Saya pertama kali ni ada suami disisi saya.


Jadi, saya rasa semua adalah pertama kali dan saya takut. Tolongggggggggg…………

Wednesday, 18 June 2014

Kebahagiaan Yang Kau Tak Pernah Sedar Ia Wujud




Semalam ketika sedang memandu, aku terdengar satu iklan di radio Hot FM (kalau tak silap aku lah) tentang pasangan lelaki & perempuan yang mengadu lebih kurang beginilah;-

Perempuan : Kenapa pasangan aku tak pernah nak jadi romantic..

Lelaki : kenapa pasangan aku tak pernah bertimbang rasa...

Lebih kurang macam tulah tak silap aku. Aku tak ingatlah pulak iklan apa tapi yang penting bukan iklan Volkswagen Polo Sedan. Haha. update ;- iklan Spritzer la uols.

Okay okay. Memula masa kahwin, tulah aku rasa. Banyak sangat ‘kenapa’ dalam kepala aku ni. Kenapa suami aku tak romantic, kenapa suami aku tak pernah nak buat candle light dinner tuk aku, kenapa suami aku tak bagi bunga tuk aku time besday, dan etc etc. Banyak sebenarnya. Aku kengkadang rasa yang aku ni begitu rugi mengahwini dia. Eh. ?

Tapi,

Tahukah kamu bahawanya kebahagiaan tu kadangkala sifatnya bukan ditunjuk dalam bentuk fizikal sahaja?

Sebenarnya, ada kasih sayang yang dia tunjuk bukan dalam bentuk fizikal. Menjadi imam untuk kamu. Mengejutkan kamu dari tidur untuk solat. Memberi nafkah zahir batin tanpa diminta. Membelai kamu. Dan etc etc juga. Banyak jugalah yang agak extreme.kahkahkah.

Bila aku fikir kembali, apa susahnya bertimbang rasa? biarlah dia tak romantic daripada dia ada buat hal lain kat belakang kita.

Kan?

Aku bahagia.

Bahagia yang ikhlas kita rasa kalau kita hanya pandang benda yang kita ada.
Bahagia dengan kebahagiaan yang diberi untuk kita rasa.
Bahagia dengan kehidupan baru yang ada.
Bahagia kerana aku pilih untuk bahagia.
Bahagia sebab baru kahwin memang berbunga je.
Haha.


Aku tengok balik kehidupan aku sekarang.
Kehidupan & pasangan hidup yang aku pernah pohon dulu-dulu. Masa jatuh kecewa dengan cinta tak kesampaian lalu. Masa tu, aku hidup dengan lelaki yang gila jiwang sampai rimas lepastu kurang matang dan malas kerja.
Aku tetap tak bahagia.
Lalu,
Aku berdoa yang aku nak lelaki yang tak tunjuk jiwang, janji dia kerja dan matang.

Allah Maha Mendengar.

Dialah dia. Dia suami aku. Janji Allah tu pasti, janji kita berdoa. Kenapa nak pertikai?

Hargailah kawan.



Tuesday, 17 June 2014

Wedding Review : The Centerpiece

Hi,

Jujur disini yang aku tak tahu lah kalau blog picisan aku ini ada yang sudi jengah. Jika ada, terima kasih kerana google telah sesatkan anda hingga kesini,kahkah.

Okay seperti tajuk di atas, marilah kita bercerita tentang centerpiece DIY aku. Mudah gilaaa la buatnya. Sebenarnya centerpiece aku adalah sedikit ilham dari centerpiece blogger Norsaila Norman tapi malangnya aku x jmpe link dia. Maaflah ya Saila yang comel dan cute saya x jumpe link awak. Saya stalk je selalu blog awak.haha.




first try. Nampaknya tidak mendukacitakan.



Ok, ok ok direct to the point. Here we go.

Anda hanya perlukan;-

1.    Tin susu yang susunya dah dibuat air Nescafe, teh tarik @ milo. Pastikan dibasuh dan dikeringkan supaya takde semut bertelur didalamnya.
2.    Beberapa meter reben mengikut tema warna kesukaan anda.
3.    Bunga crepe paper yang dah dikembang2kan. Sila google cara buat bunga crepe.
4.    Lidi dengan siap sekali TQ taq. Sila DIY dan tampal kat lidi siap-siap.
5.    Batu & Gabus.   Batu tu letak dalam tin biar dia berat supaya tidak terbang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Gabus pulak letak dalam  tin selepas anda letak batu tujuannya untuk cucuk lidi & bunga crepe.

Cara-cara ;-
           
1.    Lilit reben pada sekeliling tin. Terpulanglah nak lilit cam mano kaler pun. Janji lawo.
2.    Pastu letak batu dalam tin. Letak gabus.
3.    Cucuk bunga crepe keliling gabus. Biar sampai x nampak gabus putih.
4.    Kendian, cucuk lidi dekat middle of the centerpiece.
5.    Lepastu bawak tunjuk mak, mak kau kata tak okay sila buang dalam tong sampah.

haha lokasi penyimpanan. Tak strategic betol ek. 




Hasilnya;-
Siap.! Dapat tangkap ni je gambarnya. maklumlah pengantin bz kan.

Selain dapat menjimatkan berlakunya pembaziran ke atas bahan buangan, aku juga dapat mencantikkan meja tetamu yang datang wedding aku dengan hasil tangan aku sendiri yang kreatif. aku memang hadap orang puji aku 

"Rajinnya kau Yana!" sambil jerit teruja tak percaya T_T

haha. perahsantan!

k bye.

Monday, 16 June 2014

Lirik Patah Sayap - Nadia Aqilah

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup




Lagu kesukaan aku. sedap gak suara Nadia Aqilah ni ek? 

Sunday, 15 June 2014

Jom Mula Bisnes - Sticker Jimat Minyak -


Assalamualaikum.

Setelah berminggu-minggu aku cuti kahwin dari berniaga sticker jimat aku ni, makanya harini aku nak warm up dengan testimoni yang dah guna sticker jimat minyak ni. Kalau mungkin ada yang masih confius dengan keberkesanannya,  korang boleh tengok dalam entri2 aku yang sebelum ni. Search keyword ‘Sticker Jimat Minyak’.

Atau, boleh klik link ini , ini , ini  dan ini . Baik kan siap bagi link. Ahaha.

Oklah, nak cerita sikitlah since lepas kahwin ni ape-ape hal aku kena minta izin & restu sang suami, makanya semalam aku slow talk dengan suami aku yang aku sebenarnya bisnes sticker ni.

Yelah, sebelum ni masa ktorang bertunang aku cuma ada cakap aku pakai dan takde mention aku jual, so sekarang aku rase izin suami itu perlu so aku jelaskan pada dia segala-galanya. Haha. Tak baik tau membelakangkan suami. 


Alhamdulilah, suami aku okay. Sayang sangat kat asben aku >< kiki. Yela, kan kita tolong2 ringankan beban dia. Takkan itu pun dia nak marah. Lagipun asben aku bukan jenis memarah tak masal. Yang penting kita jalan tanggungjawab memasing. eh lain plak pegi dia.

Okay, since cuti rehat lama ni aku nak kena panas2kan balik segala usaha yang sebelum ni aku rehatkan. So, ini kali kita up testimoni-testimoni yang dah guna sticker jimat minyak ni.









Sebenarnya banyakkkkkk lagi testimoni dari kawan-kawan yang guna sticker ni. Ada yang cakap guna mulut je dia punya jimat. ada kawan yang bagitahu sticker ni sebenarnya tambah kilometer dan sebagainyalah. Kalau tambah kilometer mean jimat minyak la kan?? 

Tak dinafikan ada jugak melayu sombong yang jenis tak percaya dan tak nak melayan dek kerana angkuh yang dia masih banyak duit dan tak hadap nak jimat minyak ni. takpelah, saya jual pada yang perlu. Yang tak perlu tu, tak perlu cakap bukan-bukan tau tau tau. Lagipun, nawaitu saya hanya bantu kawan-kawan dan orang2 Melayu kita supaya jimatkan sikit wang poket. Bukan saya nak carik duit dengan menipu T_T. Saya orang Melayu dan tak kan saya nak tipu sesama Melayu. Tak baik.


Well, cara tampal sticker ni boleh refer gambar bawah ni ;-



By the way, pada saya lah kan memang banyak sebenarnya orang jual penjimat minyak kat luar sana. Ada yang jenis cecair kena topup atau ada yang tampal pada enjin, tapi pada saya terpulang uols nak pakai yang mana satu la kan. 

Kelebihan yang ada pada Sticker ni ialah ;-

Senang digunakan - Cuma tampal saja
Tahan selama lebih kurang 2 tahun - tak perlu topup2 lagi
Harga yang murah - RM35 sahaja . tak murah ke tu??




Cuma nak cakap, murah ke mahal ke kalau orang nak beli dan percaya tetap akan beli kan? Rezeki masing-masing.


Dah nak puasa raya ni mesti banyak nak pakai duit kan? Jadi apa salahnya berjimat sikit. Macam kereta saya sekarang dapat jimat rm30~50 ringgit seminggu. So kalau sebulan dapat jimat dalam rm120 macam tu siapa yang tak nak kan? Saya bersyukur sekarang. Kepala pun tak sakit lagi dah.  Nak raya dah tak risau jalan jauh-jauh sebab tahu dah jimat. hehe.

Cuma terpulang anda-anda semua lah kan. Kalau anda mahu berjimat boleh hubungi saya ;-

Yana
0127242648 - Wassap

Saya boleh pos dan COD (kota tinggi, Johor)

Kalau anda nak tahu lebih banyak testimoni, promosi dan sebagainya, boleh like Facebook Page saya ;-




Terima kasih kerana sudi membaca dan saya doakan anda semua succes dalam kehidupan anda. InshaAllah amin.






Wednesday, 11 June 2014

Sempurna

Kita nak cari siapa dan apa dalam hidup ni sebenarnya?
Kita pandang semua orang pun kita akan letak pertanyaan yang sama dan serupa.

Eh dia tu gini. Dia tu gitu.

Muka cantik tapi pendek. Muka hensem tapi bini buruk. muka tak cantik tapi bini lawa. Muka tak cantik tapi duit banyak. muka cantik tapi hidup menyusahkan orang. Gigi tak rata. Hidung pesek. Muka garang nak mampus.



Kenapa?

Kenapa mesti kita nak pertikai semua tu.
Kita siapa?

Tuhankah kita? Tidak, bukan?

Dahtu?

Aku dah lelah.
Aku dah penat.
Aku dah letih.
Aku dah bosan nak terus hidup dalam mencari kesempurnaan dimata manusia.

Kau bagi pandangan – katanya.

Terpulang aku nak ikut atau tak. – betul.


Tapi, kau bagi pandangan pada hal-hal yang kau tak tahu dan tak rasa. Kau faham sekarang?

Satu Yang Berubah

 Tadi dapat call dari sebuah syarikat yang dirahsiakan namanya.
Dia tanya aku details diri aku untuk pengesahan.

Pemanggil : Cik, betul ya nama cik, Norazliana Binti Sakiman?
Aku : Ya betul.

Pemanggil : no ic encik **** betul?
Aku : ha betullah tu.

Pemanggil : alamat rumah cik, no 471 blablablabla, betul?
Aku : Haaa ye duk situ lagi.

Pemanggil : Dah duk bape lame ye cik?
Aku : Ha 20 tahun la kot.

Pemanggil : Dah berkahwin atau masih bujang?
Aku : Bujang. Ehhh, dah dah! Minggu lepas kahwin. Haha.

Pemanggil : Oh ya? Tahniah, maaf. Saya patut panggil puan.
Aku : haaa. Haah!


Pasni status : Sudah Berkahwin. Dan panggil Puan Yana ok?. T_T

Tuesday, 10 June 2014

Wedd Review : Guestbook

Hai.

Harini nak review tentang #yanayiewedding . kalau berkesempatan boleh try search hashtag #yanayiewedding kat Instagram sebab banyak gambar2 DIY projek yang saya buat. Kalau la kan.haha.

Okay, so kita cerita pasal guestbook. 

Here is the guestbook yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh jiran saya Salwa Nabila. dia memang berbakat dan hasil dia memang cun kan. sebelum ni wedding dia pun, dia banyak DIY.

Untuk guestbook ni, dia yang offer nak buatkan. memang cantik dan menarik kan? Err, kalau nak order atau berminat, cer try PM dia sebab dia humble sgt orangnya. dia ade cakap, ade ke yang nak oder? hehe.

Puas nyawa kau dapat sponsored Guestbook yang cantik dan lawa ni. Serius. 


Senyum Ayie, senyum!




Ayie, suami aku yang sah – ni kategori manusia tak suka senyum bersepah sangat. Senyuman dia mahal.
Mahal giler. -_-
Dia tak suka selfie. Die tak suke amek gambar. Eventhough dah 4 tahun kawan pun, jarang kitorang ambik gambar.
Jarang sesangat.
So, bila wedding kitorang, awkward die bukan main. Die sangatlah malu segan dan penyegan dengan camera.
Bukan mesra kamera.

So,
Atas sebab benda2 annoying macam tu, hasil gambar kahwin aku dengan dia jadi macam tak cantik. Sebab pengantin lelaki x senyum. Dahlah muke die garang macam lanun, pastu kurang senyum, so jadi gambar tu macam aku syok sendiri. Sedih tau. Lepastu macam die kena pakse kawin plak gayanya. Duhhh.

Hello.
Aku sebenarnya tak kisah sangat la kan. Sebab in whatever situation lepas nikah pun kitorang dah sah jadi laki bini. Dah SAH. Get it?

Yang aku x puas hatinya, kenapa nak dipertikaikan sikap laki aku yang susah senyum tu?? lepas tu memasing (kengkawan) nak tunjuk bagus nak cakap dekat aku;-

Kau tak ajar laki kau senyum depan kamera.

Kau tak suh die senyum ke

Kau tak buat lawak ke suh die senyum

Dan macam2 lagi.

Laki aku, aku punya pasal lah. Die xnak senyum dekat kau, die punya suke lah. Kau nak kata die sombong, suke hati kau lah.

Penat tau nak ikut kepuasan orang. Penat. Penat sgt. Tak senyum je kot. Takkan tu kau jadikan modal untuk kau membahan aku seumur hidup? Hanya sebab laki aku x senyum kat kau time kau amek gambar kitorang?

Kalau laki aku x bagi aku makan pakai, tak bg aku nafkah lainlah jugak. Ni setakat die kurang senyum je kot.

Aduh. Sumpah letih dengan sikap manusia.

Yang penting, lepas kawin laki aku x lekang senyum pada aku. Kan itu lagi baik. Ahaha.

Teruskanlah membusukkan hati kau wahai manusia. Bosan.

Dan-dan entri aku starting pas kawin memarah ek. Nantilah aku review majlis. Tapi ade ke yang nak baca review aku? Hiks.!





Kini, isteri

Alhamdulilah

Segalanya berjalan lancar, aku kini seorang isteri.


Syukur.