leopard iklan

Wednesday 25 June 2014

Suka dan Tidak di #YanayieWedding

Seusai majlis kahwin tempohari, ada beberapa perkara yang tetiba giler berjalan dikepala aku ni iaitu perkara yang aku suka dan tidak. Soal yang tidak tu tak mengapalah yang pentingnya aku dah pun kahwin. Cuma kalau masa boleh diulang kembali rasanya aku akan cover balik benda-benda yang aku tak suka menjadi suka.  Tetiba sangat kan–

Apa kau ingat masa boleh diputar kembali kahhhh?

Jadi marilah aku listkan perkara2 itu supaya anda-anda semua boleh ambil lebih penekanan sedikit pada majlis anda yaaw.

Tak Suka
1.    Makeup nikah. Maaflah aku rasa eyebrow aku macam nak bercantum siot. Bila aku cakap pada MUA aku, kenapa macam gitu die kata memang ikut aku punya tulang hidung la ape la. Eish. Tak suka! Kalau aku tahu aku suruh kakak aku saje mekup. Free pon free.
2.    Veil nikah. Penat aku DIY veil cecantik akhirnya jadi macam gitu. Letak je atas kepala. Patutnya jauh ke belakang sikit. Benda ni boleh adjust padahal tapi entah sendiri sengal. Padanlah muka.
3.    Outdoor. Benda ni patutnya dibuat selepas majlis nikah tapi dah hujan rahmat lebat sgt so tunda hari lain. Lepastu habis majlis sumpah malas nak pakai baju pengantin balik, so aku cancel kan je la. Malas wei malas nak cakap pasal ni. Ni semua salah laki aku. Kahkahkah.
4.    Member2 yang aku harap sgt diaorang datang tapi tak datang tanpa bagitahu pape tanpa mesej atau pesan pape. Takpe. Time aku buat majlis tanak datang, time ko susah pandai2 lah. Aku dah naik menyampah dengan member macam gini. Memang aku bengang kot. Lantaklah sane.
5.    Datang bulan. Hurmm ni paling tension kot. Sebab aku senggugut. Memang lepak. Semua orang aku layan tak layan. Kesian uols. Haha.

Tu je yang aku tak suke.


Suka
1.    Makeup Sanding. Aku suka. Just nice dan simple. Tapi MUA datang lambat. Citpodah. Hegeh2.
2.    Baju songket hijau aku. Aku suka. Rekaan yang unik dan lain maciam. Ko tak suke kau punye hal.
3.    Pelamin pun simple. Ok la ok la. Bolehlah kan.
4.    Dan yang lain-lain semua aku suka. Hahah.

Dah dah. Nanti aku dapat gambar dari OP aku update.

Sekian.

Ikhlas dari bekas peranten. #yanayie

No comments: