leopard iklan

Tuesday 1 October 2013

Temuduga Juruteknik Komputer FT17

Last two weeks,
Aku dapat interview di Majlis Daerah Mersing, Johor.
Itu pun aku mohon pada bulan Oktober 2012.
Pastu dapat surat interview September 2013.
Ha kauuu bape lama tu.
Siap tunang aku sound jangan mimpi nak kena panggil.

Tapi akhirnya,
Aku dapat jugak walaupun panggilan interview.
Masa tu taknak belagak sgt sbb belum tentu dpt keje kan jadi aku cakap je dpt interview kat tunang aku. Sambil tu aku buat muka separuh berlagak.
Lalu aku hire die untuk hantar dan ambil aku di hari penting itu. Cehh wahh.


Masa dapat surat tu hari Rabu bersamaan 17September waktu Malaysia 3 petang.
Tarikh interview tu Jumaat bersamaan 20September.
Kebetulan aku dah cuti kan.
Pastu takkan nak cuti lagi kan.
Pening seketika sambil menghirup udara segar depan rumah.

Tp, bapak aku suh pergi.
Sebab dia kata mana tahu rezeki. Yelah, MANA TAHU kan?
Sebabkan perkataan tu aku g. sebab mana tahu rezeki kan?


So esoknya aku g kerja aku inform HOD aku.
Aku cakap aku dapat interview gomen.
Dia suh pergi. Suruh tu maknanya suruh cuti la kan?

So aku pun pergi.
Kul 8 tu dah sampai. Siap mencekik dalam keta sebab mak aku bekalkan mee goreng.
Pastu kul 8lebih masuk dalam ruang menunggu. Ada ar dalam 9 orang yang datang.
Interview session tu kejap sangat.
Tak ah macam interview bank yang aku g. ehhhh banyak kan aku g interview?ahah

Sampai turn aku, aku pun masuk. Jawablah soalan dari panel tu.
Aku pun tak pasti apakah aku dapat atau tidak. Sebab muka penemuduga tu macam tak bg hint langsung.
Ah lantak lah. Aku berserah jelah. Kalau ada maka ALHAMDULILAH. kalau tak ada g mandi bunga.

So then nak tahu apakah soalan temuduga untuk jawatan Juruteknik Komputer FT17?

*before dipanggil temuduga, ada seorang pegawai dah brief kitorg supaya perkenalkan diri, dan jawab beberapa soalan macam apa yang kami dapat kalau ambil awak kerja dan misi macam tu lah kat atas kertas yang ditampal masa kitorang duduk depan panel tu*

Antara soalan pasal JK FT17 :

1.     Apa itu domain?
2.     Senaraikan rangkaian komputer.
3.     Apa rangkaian yang paling luas selain MAN?
4.     Senaraikan jenis topologi rangkaian.
5.     Topologi paling bagus?


Simple kan? Dan ada juga soalan yang gua tak dapat jawab. Hehehe. Jadi dengan muka pailang gua cakap nexttt encik. Ehe, korang jangan buat. Karang sila keluar sekarang. Cewahh.

Panel tu 4 orang. Yang tanya cuma dua orang. Lagi dua orang aku tak tahu apa tugasnya. Mungkin sebagai penilai dari segi peribadi dan lagi sorang tengok akademik kita sebab dia tengok sijil-sijil kita.

Habis je interview aku siap bocorkan soalan pada next candidate. Hai la tak yah nak yakin soalan sama sangat sebab mmg soalan confirm lain. Siap beb aku bg no phone kat membe lagi sorang. Atleast kalau dia dapat boleh dia roger.

After that, aku pun singgah uma maklong aku kat nitar 2 sebab awal lagi nak balik kota.


p/s : kalau aku dapat, aku akan roger. Mohon dipermudahkan. Ya. Moga-moga ada rezeki ‘kahwin’ aku kat sini. inshaALLAH. K bye. Hiks!~

32 comments:

Anonymous said...

wahh..best ye...sy pon br gak dpt g interview kat SPA tp bhgn pengambilan khas..xtau ape bnde yer...sm gak..jwtn juruteknik komputer ft17.interview 26/2/14..sy xnk hrp sgt tp dlm ati nk...sp y xnk kje kat gomen

Unknown said...

Hi anon.. tahniah tahniah.. ape pun kene work hard dan kena banyak berdoa tau.. mudah2an awak dapat ok.. hehe..

sdf said...

sya plak interview esok hari...nk google jugak soalan2 FT17 nih...
kalau yang dah ada experience ngan yang fresh nih...soalan temuduga sama ke tak

Unknown said...

@sdf walaupun awak mungkin dah pergi interview, sy doakan awak berjaya ok! soalan lain-lain tp still pasal komputer jugak..

Anonymous said...

siapa yang berjaya temuduga juruteknik komputer ft17 pada bulan 02.2014 lepas?

Anonymous said...

Wah..best gak dgr ctr awak..sya baru dpt txt dr SPA tp xtaw ble tarikh nya..huaa..tulah sdhnya,dan kena google gak sal jurutknik nh..last sya g interview bulan 2 lepas..kalo nh nak masuk kali ke3 interview..hisk2... xtaw nak wat apa dah..kah2

Anonymous said...

Sy pun br dapat sms dr spa psl temuduga ni. Check dekat spa td. Mmg ada dapat intervu ni... tengah duk google2 psl juruteknik komp jugak ni sambil2 tanya en.hubby sbb myhubby tech komp. Arap2 ada rezeki sy plak lps ni.. aamiin3..

Anonymous said...

Sy pn baru dipanggil temuduga. Nampak gayanya ramai jugak yg dipanggil. Persaingan agak sengit. Adehhhh

Anonymous said...

awk kena brapa hb?? dekat negeri mana ek?

scammer celaka said...

Sy ngeri klate.... 27hb oct

Anonymous said...

Owh, sy 4hb 11... trg.. awk dulula iv. Nnti share2la ea lps iv... :)

Anonymous said...

woa,,aku kene kat kl 27 oct nie..dgn x ingat ape pon nie..2 tahun tutup buku hahaha..T_T

Anonymous said...

sape2 yg kena 27hb ni good luck ea... sy pun tengah duk study jugak ni. byk dah lupa... huhuhu

Anonymous said...

saya punya iv 28/10 ni dekat KL.dan baru berumur 18 tahun, kali kedua kena panggil dengan SPA, first time dulu kena psiko sebab terlalu muda. hmm. rasa ngeri pulak.

Anonymous said...

Saya terbiu 30/10 di jalan tanling KL. Dpt email pangilan khas. Xtau lah ape makna pagilan khas ni

Anonymous said...

Sy pulak 30/10/2014 ni di putrajaya..panggilan khas utk FT17...entahlah...pergi ajelah sebab nak rasa interview dgn gomen..

wan said...

ak interview 27/10/14, kat PUTRAJAYA..kalau setakat basic2 IT tu ad la..so kepada smua calon2 yang interview pd tarikh tersebut GOOD LUCK ak ucapkn..
*sedang berkhidmat dengan kerajaan!
*kalau dapat rezeki anak.

Anonymous said...

hai semua kawan2..saya pun dapat gak tmudga khas ni tapi kt JB 2/11 ni..yang dah pergi interview tu share2 lah ckit ye..sbb tny FT kt sek sy ni dia ciap kne repair komputer lagi tanya pe mslh kmputer ni..mencabar gak ni.klau dapat rezeki nak kawen..aamiin!!
#sedang berkhidmat dlm kerajaan

Anonymous said...

masa temuduga tu ada jugak ke kena baiki komputer @ cpu? sy kena 4hb. nnti kawan2 sharela ape soalan yg ditanya n ape lagi yg kena buat masa intervu tu nanti. terima kasih.

Anonymous said...

sapa yang interview awal,, share la soalan..kot2 sama kan.,saya pon dpt FT17 di IPOH perak 3.11(isnin)
risau jugak ni sambil2 stdy...
agak2 dorg tye x soalan selain dri komputer. cnth politik ke.. hal isu semasa ke.. huhu

Terowong Informasi said...

Ada yg interview 30/10/14 di putrajaya kat sini? Wah, sama lah dengan aku..dapat panggilan jugak.. Masa interview aku pkl 10.30am... Risau jugak soalan yang akan ditanya.. Takut tak terjawab n soalan pelik2..

Anonymous said...

sy interview 3.11(alor star)..umur 25thn.skrg sy surirumah.jage ank.last keja sbg in.designer thn lps.
risau sgt.sbb dh lupa bab2 rangkaian bagai ni.dlu last blajar masa spm.subjek IT.lps tu dip & degree ambik interior architecture.keje bergelumang dgn 3d and design..mmg berjam2 hadap laptop.tp kalau baiki komputer ni xtau la..hehe..teringin nk pegi interview sbb nk tgk dpt ke x..:P

Anonymous said...

Saya temuduga isnin ni di Komtar,Pulau Pinang, agak gementar la, so sapa-2 tolong share pengalaman, contoh-2 soalan, just wechat saya, id=adin08 .
secepat mungkin ! urgent :(

Unknown said...

sy dpt interview jg 29/10/2014 nih kt Kuala Lumpur..takuttnyaa rsa sbb dh lama tinggal bidang IT nih..tp sy xpergi ats sbb2 yg xdpt di elakan..gud luck guys..
*sedang berkhidmat dgn uitm
*redha bukn rezeki..
*berhenti sblum bertarung

Anonymous said...

kawan2 yang dah intervu smlm ngn arini boleh tak share soalan2 yg di tanya masa intervu tu?? terima kasih

Anonymous said...

sy interview esok di putrajaya..

Anonymous said...

saya da interview .. soalan yg saya kena tanya..

jenis cpu..namakan dan perbezaan
jenis2 ram namakan dan perbezaan
jenis topologi
komponen penting dalam komputer

Anonymous said...

memperkenalkan diri dalam english ke melay booh?

Anonymous said...

thanks yg share soalan2 tu... berdebar2 plak tgu 4hb ni....huhuhuh

Anonymous said...

Hai..last week sy baru selesai temuduga jawatan juruteknik komputer ft17 pada 04 november 2014, tips sy untuk korang yg bakal temuduga tu , antaran soalan ditanya:

1) penjelasan konsep KPI.
2) Terangkan bagaimana majikan di swasta menilai kecekapan/kebolehan pekerja? (performance appraisals)
3) Kerosakan berkaitan komputer seperti (Blank screen), pertama apa harus buat/check?
4) Jika connection lost apa perkara pertama harus dibuat/check?

akhir sekali penemuduga tanya sy jikalau sy ada apa2 sebarang persoalan, then sya say

-mohon jasa baik tuan agar beri sy peluang untuk sy buktikan bakat serta kebolehan...
- sy berjanji akan buat yang terbaik sekiranya sy terpilih dalam anggota sector jabatan atau agensi...
- sy berjanji di hadapan tuan2 bahawa sy adalah seorang yg suka berkerja/rela bekerja,amanah, tidak mengira waktu keja, kerja yang diberikan akan disiapkan secepat mungkin dengan penuh tanggungjawab...

sekian dari sy kongsikan.,

Anonymous said...

Sy dh berjaya dlm interview bln oct lps, skrg tgh tgu surat tawaran dr spa n surat lapor dr dr jpa. Alhamdulillah 😊

Anonymous said...

tahniahh ..