leopard iklan

Wednesday 18 June 2014

Kebahagiaan Yang Kau Tak Pernah Sedar Ia Wujud




Semalam ketika sedang memandu, aku terdengar satu iklan di radio Hot FM (kalau tak silap aku lah) tentang pasangan lelaki & perempuan yang mengadu lebih kurang beginilah;-

Perempuan : Kenapa pasangan aku tak pernah nak jadi romantic..

Lelaki : kenapa pasangan aku tak pernah bertimbang rasa...

Lebih kurang macam tulah tak silap aku. Aku tak ingatlah pulak iklan apa tapi yang penting bukan iklan Volkswagen Polo Sedan. Haha. update ;- iklan Spritzer la uols.

Okay okay. Memula masa kahwin, tulah aku rasa. Banyak sangat ‘kenapa’ dalam kepala aku ni. Kenapa suami aku tak romantic, kenapa suami aku tak pernah nak buat candle light dinner tuk aku, kenapa suami aku tak bagi bunga tuk aku time besday, dan etc etc. Banyak sebenarnya. Aku kengkadang rasa yang aku ni begitu rugi mengahwini dia. Eh. ?

Tapi,

Tahukah kamu bahawanya kebahagiaan tu kadangkala sifatnya bukan ditunjuk dalam bentuk fizikal sahaja?

Sebenarnya, ada kasih sayang yang dia tunjuk bukan dalam bentuk fizikal. Menjadi imam untuk kamu. Mengejutkan kamu dari tidur untuk solat. Memberi nafkah zahir batin tanpa diminta. Membelai kamu. Dan etc etc juga. Banyak jugalah yang agak extreme.kahkahkah.

Bila aku fikir kembali, apa susahnya bertimbang rasa? biarlah dia tak romantic daripada dia ada buat hal lain kat belakang kita.

Kan?

Aku bahagia.

Bahagia yang ikhlas kita rasa kalau kita hanya pandang benda yang kita ada.
Bahagia dengan kebahagiaan yang diberi untuk kita rasa.
Bahagia dengan kehidupan baru yang ada.
Bahagia kerana aku pilih untuk bahagia.
Bahagia sebab baru kahwin memang berbunga je.
Haha.


Aku tengok balik kehidupan aku sekarang.
Kehidupan & pasangan hidup yang aku pernah pohon dulu-dulu. Masa jatuh kecewa dengan cinta tak kesampaian lalu. Masa tu, aku hidup dengan lelaki yang gila jiwang sampai rimas lepastu kurang matang dan malas kerja.
Aku tetap tak bahagia.
Lalu,
Aku berdoa yang aku nak lelaki yang tak tunjuk jiwang, janji dia kerja dan matang.

Allah Maha Mendengar.

Dialah dia. Dia suami aku. Janji Allah tu pasti, janji kita berdoa. Kenapa nak pertikai?

Hargailah kawan.



No comments: