leopard iklan

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Monday, 23 September 2013

Kisah Sedih di Hari 1 Malaysia

Hai,
Secara directnya aku nak sambung kisah sedih #2 aku. Siapa yang belum baca yang #1 nah.

Bacalah~!  *toleh kiri kanan, eh ada ke yang baca?? Feeling sangat ni*

Ok k, saya tahu saya hanya picisan. Jangan biarkan saya terus mempicis. Please.

Eh pahal dak ni.



Episod sedih #2

16 September 2013

Hari ni hari apa? Ya, hari 1 Malaysia. Dan cutilah untuk kilang aku. Oleh kerana itu, aku decide nak jumpa kawan aku yang baru lepas deliver baby comel *nanti makcik buat entri tuk awak ye baby* dengan kawan aku yang juga bakal melahirkan baby xlama lagi jugak *nmpk x aku ketinggalan?* . jadi, kami berdua decide nak pergi lepas zuhur.

So, lepas masak dan mandi, aku rasa ngantuk. Dalam pukul 1 lebih aku tertidur. Sedar2 dalam pukul 1.40 petang. Oh aku apalagi, berlari lintang pukang untuk mandi dan bersiap. Aku rasa macam dah lewat jadi aku tak sembahyang zuhur dulu. Dalam hati, nanti boleh singgah surau mana-mana. *tolong r jangan ikut tabiat camni kay*

Lepas bersiap, aku terus start enjin kereta. Aku dah set dalam otak ni bawak keta 50 / 60km/j je tau sebab bawak mak budak dan baby dalam perutnya. Jadi berhati-hatilah. Pas amek kawan aku ni, aku terus g kota. Niat nak beli hadiah dulu. Nak beli hamper besar2. Semangat gila.

Tiba-tiba, sampai satu persimpangan di lokasi aku kena saman dalam kisah satu, aku Nampak keta depan aku tiba-tiba brek mengejut. Tak lah mengejut sangat, Cuma brek sampai kereta betul-betul berhenti. Aku pandang cermin pandang belakang, Nampak kereta tu tak sempat brek dan…………….

DAMMMM!!!!

YA, KERETA AKU KENA LANGGAR.

Aku terus panic gila. turun dan tengok bumper kereta aku. Perghh. Koyak bibir bontot aku. Sobek hatiku terus. Kawan aku ni dah turun naik napas. Nasib baik tak terperosok ke depan. Pergh, NASIB BAIK!!!

Aku bersyukur jugak member tak ape2. Pastu yang langgar aku buat muka annoy siap macam tak bersalah call makcik, pakcik, abang ipar dan lain2 lagi. Aku panggil abg ipar sudah. Tunang xde masa tu. aku pun malas nak susahkan dia. Bende boleh setel ark??

Dan, banyak lah lagi benda yang terjadi lepas tu. bebel nak setel tepi, kantoi brek keta dia tak makan,  mak dia suh aku redha terima kenyataan, g report polis, g bengkel dan macam2 lagi..

At last, tak g pun uma member aku tu……………



Kesimpulan,

SEMBAHYANG!! JANGAN BAGI SEJUTA ALASAN OK!~

BREK KASI MAKAN, KALAU LAPAR MENYUSAHKAN ORANG K.

Thursday, 4 July 2013

Berfikir Tindakan Yang Tak Sempat


Ada satu benda.
Yang selalu buat aku ngadu dengan kakak aku.
Dan jawapan dia buat aku terfikir.
Asal aku tak jawab macam tu.


Contoh :

Aku : Kakak, ko tau tadi Senah (bukan nama sebenar) cakap muke aku teruk, tak cantek!! Geram giler aku. Dah tu die telek je muke aku. Pehh die ingat muke die lawa sangat ke ape? Tak flawless mane pon aku tengok! (perasaan marah yang amat)

Kakak : habes ko cakap ape?

Aku : aku diam jer ar. Dah tak tahu cakap ape siot! Bengang giler!

Kakak : (ketawa.) asal kau tak sound dia balek? Asal kau tak cakap muke die bukan bersih sangat pon!

Aku : aah ek. Aku tak terfikir pulak nak cakap macam tu. lagipon tak sedap pulak nak sound dia balek.

Kakak : Eleh kau tu depan aku berani ar, cube depan dia, senyap kan? kau memang macam tu. dah lepas baru kau berani citer. Depan dia kau tak pulak! (marah)


Faham tak situasi yang aku cuba sampaikan? Bila kita berdepan sesuatu perkara/situasi yang tak terjangka lepastu kita tak tahu nak respone pape. Tapi, bile benda tu da lepas baru kita terfikir asal kita tak buat macam ni macam tu.

asal eh?

eh asal aku tak sound muke Senah tu teruk jugak?

atau pun aku cakap macam ni ;-

oi Senah, ada aku kesah?

atau pun,

Oi Senah, aku tak kesahlah kulit muke aku macam mane.bukan aku guna duit kau pon.

atau

aku tumbuk muke die sekali kasi diam. (hurm ini tak baik. kekerasan ni.)


Tapi tulah, aku ni kan kategori slow pickup. Dulu kat sekolah madang kena bahan je. Cikgu cerita dah tamat aku baru tanye ape jadi kat kura-kura tu lepas kena tipu dengan buaya. Oh my......

Lagi satu, bak kata aku tadi tak sampai hati. Tapi Senah mengata kulit muka aku directly depan muke tu kan sampai hati pulak ek dia? Tapi dia memang suke sound orang pon bajet diri dia perfect. Haa tengok. Mengata indirectly lagi tak cantek.

Apa pun,

After this, peningkatan harus dilaksanakan. Apa je yang Senah ke Bedah nak sembur pasal aku, aku akan hadam secepat mungkin untuk bagi dia senyap. Bagi dia ayat mati. Bagi dia sedar sikit.

Macam dia lawa sangat ek?

Tu la manusia. Kalau semua ada sikap macam aku - tak sampai hati - harus tak ada hati-hati yang terluka sebab tak bertindak sebab dah tak sempat. Harap-harap lepas ni sempat berfikir --- bertindak.

Lagi satu, hak kita nak pertahankan diri kita supaya orang lain tak suke-suke nak bagi komen macam dia perfect sangat. Yes, kita perlu pertahankan diri kita. Jangan kasi orang suka-suka sound kita macam kita tak ada hati. Macam si Senah tu....

Kau ingat kau cantek sangat ke Senah?

Nak cakap muke aku tak cantek, hak kau ke? Kena fikir sikit ya kalau kita nak mengata orang. Kita ni siapa nak pertikaikan kejadian Allah?

Dah lah. Marahkan kau bukan kau baca sini.

Tunggu kau Senah!

- Harap aku tak slow pickup untuk pertahankan diri dari jadi mangsa buli sesiapa pun -


Harap.!