leopard iklan

Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Dugaan Menjelang Majlis Perkahwinan


Hai readers,

Adakah kamu seperti aku yang sedang diduga ? >_<
Serius cakap lah kan, bukan aku sorang yang hadapi dugaan ini sementelah harini aku rajin **tetiba** nak google pasal dugaan nak kahwin ni. Nampak kan xde keje. Eheh.
Yelah, memang betullah bukan aku sorang yang alami. Ramai lagi -_-
Cuma, dugaan kita tak sama, ye kan. Tak sama.

Bila aku baca blog2 lain cite pasal dugaan kahwin diorang, aku rasa dugaan diorang lagi tough kot. Betullah, Allah uji kita mengikut tahap kemampuan kita kan kan kan.

Tahniah jika kalian mampu hadapi dugaan kalian. Syabas betey!

Even though majlis aku belum berlangsung, aku dah gigih menghadapi dugaan-dugaan yang Allah dah beri pada aku. Serius siapa yang tidak down tatkala kita diberi ujian lagi-lagi menjelang hari bahagia kita??

Marilah aku senaraikan dugaan yang setakat ini Allah beri aku rasa ;-

1.    Tunang cerewet
Yaaa, perkara paling menjengkelkan pada aku sepanjang nak standby wedd prep ialah sikap tunang aku yang cerewet. Dahlah bila aku bg cadangan dia x berkenan, pastu bile aku mintak cadangan dia, dia kata nanti-nanti-nanti. Sampai satu tahap aku rase macam menyusahkan dan aku rasa menyampah dengan dia. Hih! Tapi, once dia da block pilihan dia, dalam apa jua keadaan, aku kena ikut -_-  Sebagai contoh, dia pilih kain songket time bersanding. Pada aku, sangat outdated kot. Tapi, after a few discussion, aku decided buat moden style. Warna?? Haih, semalam baru balik fitting – color block gila, striking mint green, tapi tunang aku cakap lawa- eh dia memang pelik! Atau aku yang xde citarasa. Whatever.

2.    Tarikh kahwin
Semua masalah ini berpunca dari sikap tunang aku yang tak suka plan awal and yes, last year bulan 12 baru decided nak kahwin on 31st May 2014 which mean cuti skolah. Dan aku x offended dia apa-apa. aku ikut. Tapi ada satu masalah, bila kitorang pilih date tu, anak orang blok aku pun bgtau mak aku yang dia pilih tarikh sama. Aku cakap gan mak aku siap2, kalau nak tukar, kita tukar. Tapi mak aku insist. Dia kata kita tetap xyah tukar. So, anak orang blok aku tu tukar ganjakkan seminggu. Tapi yang jadi masalahnya – semalam, masa aku g fitting baju, asst bridal tu cakap gan aku, awak yang curik date si polan sipolan tu eh?? – aku cam, EH ASAL KALO XPUAS HATI XLEH CAKAP DEPAN,?? KENAPA NAK CITE SATU DUNIA AKU CURIK DATE DIA??  Aku redha sesungguh-sungguhnya redha. Hmm.

3.    Color Baju Sanding
As I had mentioned in previous-previous entry, tema aku adalah tiffany blue + peach. So, sebab tunang aku nak songket, jadi kena add on another rm150 (dibayar oleh tunang aku –pdn muke-) so I request the bridal person utk beli kaler tiffany blue macam tu lah. Then, once die dah beli, semalam fitting aku tengok ‘eh, ini hijau!’ and patch lace warna gold. Sumpah lari tema. Duh duh. Sebab family members pakai tiffany blue + peach. Aiyoo. Xpela positif. Kata peranten, haruslah blocking color. Lol. Tu bukan salah sape pun, dah takdir. Sobsob.

4.    Adik Tak Dapat Balik
Adik pempuan aku, tak boleh balik pasal dia kena g kursus. Kursus kat Melaka. Ngam2 date dengan aku nikah sanding tandang. Aku dah merajuk – tak jalan. Lantak kau ler. Sedih gak ah. Tp nak buat camne. Pilihan dia.

5.    Majlis Kahwin Serentak
Dilema rakyat marhaen Johor dimana sekarang wedding banyak yang buat hari Sabtu sebab sekarang Kerajaan cuti Jumaat Sabtu dan Swasta cuti Sabtu Ahad. Waktu cuti x sama. So, time cuti sekolah ini dimanfaatkan dengan buat walimah sebab memudahkan orang untuk datang. Tapi, disebaliknya, banyak jugak wedding yang serentak. Aku dengan kawan aku, kawan aku kakak die kawin date sama. Huarghhhhh stress mak enon. MOga2 Allah mudahkan segalanya. And yes, bridal aku pun banyak gak die kena handle wedding. So, serious said aku xleh terlalu demand!! Tapi, aku bayar kot for the service?? Ehh, mcm mane nak buat ni?

Berat sebenarnya nak hadapi setiap yang Allah beri pada aku ni. Tapi kawan-kawan aku cakap, kalau kita terlalu fikir segala yang negative, aura negative yang masuk dalam badan kita nanti. Jadi muka kita akan x berseri. Akan jadi x seronok sedangkan kita nak hadapi saat paling bersejarah dalam hidup kita. Kan?

Memandangkan kadang-kadang aku rasa sangat down dan tetiba nak nangis sebab benda-benda negative masuk dalam badan, aku selalu dengar zikir2 untuk lawan hasutan syaitan. inshaAllah, segalanya dipermudah.

Kalau hadapi masalah tu, cuba lempar jauh2 perasaan tak best tu. inshaAllah akan lebih indah =)


Kawan aku pun ada cakap, masa wedding dia, lagi lah teruk. Tapi, dia enjoy!. Hehe. Aku try buat. aku try.

Friday, 2 May 2014

Melankoli 27 Hari Lagi

Assalamualaikum. Ya Allah.

Tetiba rasa sesak nafas dan tengkuk sakit bila mengenangkan tinggal lebih kurang 27hari macam tu sebelum 30 Mei 2014 dimana tarikh itu ialah tarikh aku akan diijabkabulkan. InshaALLAH.
Ya Allah.
Macam tak percaya.

Habis.
Aku nak buat apa? masa takkan berhenti sesaaat. Masa akan terus berjalan.
Habis tu takkan aku nak stay pada posisi yang sama.
Bangun!

Kau dah tak banyak masa lagi.
Kau dah semak ceklist kau dan tinggal lebih kurang 40% lagi untuk completekan semua persediaan.

Tapi,
Kau dah standby fizikal mental ke belum?

Nak jadi bini orang dalam masa tak sampai satu bulan saja lagi.
Nak kena hidup berdua tidak lagi bersendiri yang kau boleh hentam sajalah labu.
Nak kena belajar hidup bekeluarga dengan keluarga mentua dan keluarga sendiri.
Nak hidup bersama dengan seorang suami yang jantinanya lelaki dimana lelaki dan perempuan langsung tidak sama sifatnya.

Tarik nafas-


Aku tengah belajar bersedia!! *jerit hatiku sendirian*

Kenapa perlu belajar sedangkan perkara itu kau sepatutnya lebih sedia tanpa perlu belajar.


Tolonglah.
Aku memang bersedia tapi salahkah aku untuk lebih belajar bersedia?
Aku tengah mencuba untuk menerima semua ketentuan ini.
Aku pasti aku akan lulus dalam ilmu yang aku sedang belajar ini.
Aku pasti. Yakin sangat kau ni

Aku akan menjadi isteri. Aku selalu tanya diri. Aku tak boleh toleh belakang lagi. Aku akan melalui. Aku akan jua lalui. Kenapa nak banyak tanya lagi? Teruskan berjalan teruskan berlari hingga berjaya menjadi isteri solehah untuk seorang suami.


Dahlah. terlalu banyak bermelankoli kau ini. -_-







Thursday, 24 April 2014

Pre-Wedding ??

Dalam checklist yang aku pernah tulis sebelum ni, awal-awal lagi bahagian Pre-wedding tu aku tulis pending. Ngeh ngeh ngeh.
Sebenarnya aku masih lagi mencari dimana relevennya pre-wedding atau pra-perkahwinan itu.
Ya, sesetengah kawan aku yang nak kahwin ada buat pre-wedding.
Tapi aku tak mahu.

Bunyik seolah-olah ayat aku jeles?
Come on. Tidak, guys.

Okay, untuk sesetengah orang mungkin akan menganggap pre-wedding ni macam photoshot untuk orang yang bakal berkahwin, to tell the others yang
‘im getting married soon uols’.‘im getting married soon uols’. Mungkin ah-

Tapi, for me. Buang duit.

Ahaha.

Aku dah survey, paling bangsat pun harga untuk beberapa jam shoot pre-wedding ialah RM200. Dan paling mencekik ialah RM1000++

See.?

Masih aku ingat, saat aku bertunang – yang shoot ialah kawan baik aku sendiri yang aku anggap boleh tolong aku gile2 punya lah yang mgkin takkan caj melampau ar – tapi memula dia caj aku boleh tahan ar.
Aku macam tergamam. Eh mana nilai aku sebagai kawan kau?

Tapi aku amek positif.

BISNESS IS BISNESS. JANGAN DOK CAMPUR KAWAN DENGAN BISNES. –mungkin-

Jadi, aku go on suruh die shoot gambar tu. Takpe. Aku bayar dia seperti dijanjikan. Aku tak kesah. Untuk duit gaji dia jugak hari tu. Mungkin amek gambar orang sesuatu yang susah. Mungkin amek gambar member sendiri adalah sesuatu yang memeluhkan diri dia. It’s okay. Seperti perjanjian. No big deal.

Err jap, aku nak cite sal ape eh sebenarnya? Em bace jelah.

So selepas majlis pertunangan aku, kitorg ada shoot la beberapa gambar aku+tunang aku+bff aku. Okay. Seronok. Fun habis. Sporting ahh cameraman. Alahai semua kenal memang ah senang keje.

Then, a few days aku ckp nak gambar. Dia datang rumah, dia pass sume gambar dalam pendrive aku. Aku amek, aku bukak balik gambar tu, separuh je boleh bukak.

Aku tanya dia, dia kata ehh aku da copy semua lah. Dah.

Aku curious. Aku tengok setiap gambar punya size. Mak aii. No wonder lah. Memang dia copy tapi xleh masuk sebab size pendrive tu kecik. So separuh gambar aku memang tak tercopy dalam pendrive tu. takpelah. Nanti boleh copy balik.

After a few month, aku mintak balik semua gambar aku. Dia ckp, sorry laptop dah hilang. Kamera pun.

Aku cakap “oh my god!!”

SEMUA!!

Aku memang tak membabibuta marah dia sebab benda nak jadi. Cuma ralat. Ralat sebab harga yang aku bayar tu hanya untuk dia bekerja hari itu. Tiada apa yang aku boleh simpan untuk kenangan.

Ikut lagi nafsu. Ikuttttt.

Padahal pakai henpon Samsung pun boleh amek gambar kan. Mengada. Nafsuuu!.


So, kau orang rasa, aku akan proceed dengan pre-wedding ke?

Serik wei. Serik.





Ni je gambar yang mampu aku selamatkan dari lenyap terus dari bumi ini. Huh!~

Wednesday, 16 April 2014

Persiapan Perkahwinan Lagi Sebulan Lebih

Sebenarnya, aku buat blog kahwin ni bukanlah untuk show off setiap perjalanan perkahwinan aku. Aku cuma nak jadikan ianya satu diary untuk aku semak checklist kahwin aku. dan juga untuk membantu mereka-mereka diluar yang bakal menjadi raja sehari. cewahhh. Meh akak bantu awak adik-adik. Gitoo.

Diam tak diam, lagi lebih kurang 1 setengah bulan lagi sebelum wedding. Mak aii debaran semakin menghampiri. Mak aii mak aii. Tapi masih rilek lagi. Masih boleh foya-foya cuma time tidur je selalu berangan bukan-bukan.

Meh semak persiapan aku setakat ini.


Fitting Baju & Andaman

Ahad ni baru nak pergi fitting baju baru dan design baju baru serta pilih second baju. Tengah duk fikir kalau baju bersanding pakai songket, baju lagi satu nak pakai baju apa ya?? Oh ya, tunang aku sanggup tambah wang nak pakai songket. Aku pun rasa macam best plak buat suatu kelainan dengan pakai kain songket time sanding. Sebab sekarang songket boleh dipelbagaikan design.

Official Photographer

Dah setel deposit separuh so lagi separuh bayar nanti. Tapi tak tanya time lepas sanding atau lepas album siap. Lepas album siap kot.

Kad kahwin

Haa. Ni yang aku dok bebel-bebel haritu kan. Alhamdulilah aku dah rec’d kad jemputan aku dengan selamat beserta dengan 2 keping banting. So far ada lah yang aku tak puas hati sikit dengan kualiti kad tapi aku set mind aku, lepas guna orang buang jadi aku abaikan saja. Lagipun standard arr rege murah saje takkan nak demand. Ahaha. Aku order 1000pcs untuk kedua-dua belah pihak. Memula family tunang aku cakap takpe bagi dia 200pcs pun takpe sebab dia boleh copy je nanti tapi bila aku tanya tunang aku dia nak 400pcs for free. Hmm. Aku malas nak argue so aku pun bagi kat dia then kad belah aku pulak yang tak cukup. Aku order gan kawan aku 200pcs just untuk additional kalau tak cukup which mean belah aku ada 800pcs dan belah dia 400pcs. And all it’s for free. Untunglah dapat aku!


Persalinan Nikah

Alhamdulilah semua siap kecuali DIY Veil. Tinggal patch lace and jahit manic.


Dokumen Perkahwinan

Semua dokumen dah siap tapi masa kitorg pergi interview, tertinggal sijil nikah original mak dan ayah aku pastu surat akuan bujang tunang aku ade problem lepas tu tunang aku tak sedar diri yang dia sedang mastautin di daerah aku, maka dia tak de pun surat mastautin. Double job. Tension.

Jamuan Makan

Ayah aku dah hire vendor untuk masak ayam golek. Ok, sebenarnya lepas kitorang kira-kira balik, kos untuk masak ayam masak merah dan ayam golek adalah SAMA sebab beli ayam mentah dah dekat 12rggt sekilo tapi kalau ayam golek dia kira rm16 seekor tau bukan sekilo. Lepastu kurang tenaga kerja nak merewang so kitorang decide amek vendor ayam golek. Lauk lain tu macam nasi minyak, daging masak blackpepper, & lain-lain lagi. Tak amek port.


Doorgift

Aku sebenarnya tak ada niat pun nak double standard dalam pemberian doorgift ni sebab kalau bajet aku banyak ape yang VIP guest dapat dengan orang kampong dapat aku dah buat sama dah. Tak ada beza-beza. Tapi, sebab agak cost up jadi aku bagi apa yang berpatutan juga pada orang kampong aku. Lagipun, kena faham tetamu yang jauh-jauh takkan aku nak bagi dalam paper bag nipis kan? Jarak die datang agak jauh. Kot-kot ada yang kirim ke belum sampai ke tangan pengirim dah koyak. Jadi aku bagi beg & doorgift yang sesuai. Untuk orang kampong takpe, rumah dekat. Nak koyak kat rumah pun tak makan hati punya. Tapi, main thing untuk doorgift ni semua dapat Yassin. Itu paling utama.

Bilik Pengantin

Alhamdulilah, set katil ala-ala Famista yang aku dok suka sangat tu dah sampai & seriously sangat cantik. Almari & cermin pun cantik.  Set putih. Bilik aku kaler krim. Aku tak tukar kaler cat sebab nak nampak luas and yes aku semak kalau bilik pengantin which is sepatutnya kemas dan suci dikalerkan dengan warna yang light sangat. Oh tidak. Untuk hiasan bilik semua serah kat vendor sebab include dalam pakej. Cadar je tengah difikirkan. Kalau berduit nak beli cadar putih tapii rasanya tak yah membazir. Guna je kakak punya cadar yang kilat-kilat tu. Xpe, lepas majlis tukar cadar biasa baru tdo. Haha. Letak sikit hiasan lilin aromaterapi. Enough kot.



Centerpiece

Benda ni senang je. Buat pakai tin. Jimat dan murah. Letak crepe paper sikit. Nanti aku rajin aku buat tutorial okay.


Bunga Tangan


Siap. Buat sendiri. Buat pakai kain satin untuk bunga tangan nikah & buat pakai pearl untuk HB sanding. Sesaje je sebenarnya. Haha. Rajin sangat.

Bunga Pahar

Bunga pahar aku, aku buat sendiri guna crepe paper flower. Kalau nak dapatkan tutorial boleh google je sebab dah ramai buat tuto. So, aku guna kaler peach & mint green. Masuk bulan 5 nanti baru aku nak kembang-kembangkan.

Kek Kahwin

Belum order. Tengah fikirkan design nak buat macam mana. Tak pike sangat sebab aku tempah dengan akak satu blok aku. Memang dia tukang buat kek kahwin. Range price pun not bad. Yang penting rasa mesti sedap.

PA System @ Karoke

Aku sebenarnya malas nak hire karoke kat event aku nanti. Sebab semak, bising dan memekak. Depan rumah aku tu kuburan jadi aku rasa aku just nak letak PA system dan pasang je lah lagu-lagu cinta. Nowadays pun orang dah tak ramai amek karaoke sebab kalau penyanyi suara sedap, ok lah jugak. Ni harem….


Family Attire

Gabungan warna peach & tiffany blue. 50% done la kot. Tak amek port. Cuma kalau sempat aku nak jahit beads kat baju diorang semua. Just for fun and sesaje je.

Photobooth Props

Hire kawan aku untuk print out template pastu aku gunting sendiri. Setengah hari dah siap. Senang je. Untuk photobooth rasanya aku akan DIY sendiri sejimat mungkin. Tak yah membazir.

Signage

Ini belum siap. Tapi benda paling senang. Ingat nak buat klasik & lain dari yang lain tapi nanti dululah. Tengok kerajinan.

Hantaran

So far dah beli bekas hantaran cuma barang-barang belum lagi. Plan nak beli hujung bulan 4 ni. Lepastu beli bahan-bahan sikit je then dah boleh hias. Buat paling simple takyah renda-renda manic semak-semak sangat. Haha.

Lagi lagi lagi……….

Apa lagi ehh??


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak teringat. Nanti kalau ingat akan diupdate. So far tak attach gambar sebab gambar nanti kot masa majlis. Aku akan buat next review. Sekian.


Oh yaa,

14.04.14 haritu anniversary pertunangan kitorang yang pertama. Alhamdulilah, moga Allah permudahkan dan beri kebahagiaan pada kami hingga ke akhir hayat. InshaAllah….








Sunday, 16 March 2014

Cerita Kursus Kahwin



Aku dah pergi kursus kahwin tahun lepas. Betul-betul hujung tahun iaitu 28 & 29 Disember dekat Hotel Selesa, Pasir Gudang. Yelah, kan banyak sangat rumors kata kalau pergi tahun 2014 nanti kena tidur semalamlah kena qiamulail lah dan sebagainya. Aku rasa lagi bagus kalau sume benda tu ada. Siyes ok.

Bukanlah aku nak mengkondem system yang sekarang digunapakai, tidak sama sekali, cuma aku rasa ia patut direlevenkan dengan keadaan dan peredaran zaman sekarang ni. Masa aku pergi, kursus tu 2 hari, dan dah dibahagikan kepada beberapa modul yang akan diketengahkan oleh penceramah yang dilantik. Bab modul tu aku tak mahu kacaulah. Ada sesetengahnya dah study habis dulu time sekolah agama  darjah khas lagi-lagi subjek Munakahat tu tapi mungkin ada sesetengah yang tak sempat skolah agama kan. Jadi, ianya recall untuk mereka yang dah tahu basic dulu dan ilmu untuk yang baru tahu.

Cuma mungkin ada 1 perkara yang aku rasa they should implement on their own kursus kahwin program macam soal jawab perkahwinan dan masalah-masalah dalam rumahtangga dan BAGAIMANA cara mengatasi masalah tersebut.

Memang ada 1 modul iaitu Pembubaran Perkahwinan tapi itu dah last choice sangat dah iaitu penceraian. Tapi the main thing is permasalahan sebelum penceraian itu sendiri dan bagaimana mengelak untuk bercerai. Ini untuk sesetengah kes yang masih boleh diselamatkanlah.

Bila aku masuk ke page ni – kisah rumah tangga – even aku tak liked pun, aku just survey2 je masalah kakak-kakak kita, aku tetiba jadi takut pulak.  Aku tidaklah mengatakan TAKUT untuk mendirikan rumahtangga tetapi aku cuma rasa gusar dan bimbang –SEDIKIT- untuk menghadapi tiap masalah yang ada dalam rumahtangga nanti.

Benar, setiap rumahtangga itu pastilah akan ada masalah tidak banyak namun sedikit pasti ada. Goyang mungkin. Jadi, bagaimana kita hendak mengatasi semua ini nanti?

Bride to be diluar sana, berapa percent kekuatan anda untuk mengharungi masalah perkahwinan nanti? Bersediakah anda? Walau macam mane pusing masalah sekalipun, back to basic – BERDOA DAN MINTA PADA ALLAH S.W.T. this is the basic jika kita lalui masalah. ALLAH maha MENDENGAR. Itu PASTI.

Namun, sebagai bakal pengantin, bakal isteri atau jua bakal suami yang akan jadi nakhoda dalam rumahtangga kita diwajibkan untuk ke kursus kahwin. Jadi, aku sangat merasakan kursus kahwin ini adalah satu medium yang PALING PENTING untuk setiap bakal-bakal suami isteri hatta isteri kedua sekali pun untuk belajar dan memahami apa yang perlu kita lakukan jika kita diberi badai dalam pelayaran rumahtangga.

Jadinya, mungkin pihak yang mengendalikan kursus kahwin ni patut buat satu sesi untuk bakal-bakal pengantin ni tanya tentang penyelesaian kepada sesuatu masalah itu. Sebagai contoh,masalah suami ada affair dengan pempuan lain. Isteri tak reti nak masak kat rumah. Suami suka main facebook instead of layan bini. Isteri suka main wechat dengan ntah sape-sape. Look. Nampak macam kecik tapi kalau simpan dalam otak boleh pecah kot. Pastu, memang nampak macam simple tapi kau tahu ke nak atasi mcm mane? Sebab benda ni pernah jadi dekat org2 terdekat aku. Masih boleh selamat tapi entahlah. Ilmu tu kurang – both side – so they decide to divorce.

Allah, Jauhkan aku.









Monday, 24 February 2014

Mimpi dan Jodoh

11 pagi tadi, aku rasa bosan yang amat. Memandangkan kerja aku dah siap maka aku dah dalam keadaan tak tahu nak buat apa plus dengan rasa mengantuk yang menebal  aku ambil handphone aku dan aku hantar mesej pada tunang aku.

Bosanlah. Dahlah mengantuk.

Tak lama kemudian dia pun balas. Oh alhamdulilah dia pandai balas.

Kenapa mengantuk? Malam tadi tidur pukul berapa.

Aku pun saja nak mengada menjawab begini:

Malam tak boleh tidur, mimpi pelik-pelik. Mimpi hantulah.

Agaknye die terkejut so dia pun reply lagi. Dalam hati eh balas plak. Biasa hal bodoh macam ni dia mane nak sangat amek port kan.

Mimpi apa pelik-pelik. Hantu apa?

Aku saje la kan menguji dia aku jawab begini.

Entahlah, nak cakap pun susah.

Dia balas lagi gini

Saya tak suruh cakap. Saya suruh  sms je.

Eleh. Macam bagus plak. At last aku saje sound gini.

Sejak bila awak berminat nak tahu?

Then dia pun merajuk lalu dia Cuma balas oklah saje. Aku pun balas lah kat dia.

Saya dah berapa malam mimpi muka awak. Awaklah hantunya. Tp sebelum tu saya buat solat istikarah dulu.

Selambe je. Agak die bengang dia balas. Ha oklah mcm tu.

Tapi seriously memang betul sejak dua menjak ni aku asyik mimpi dia. Mimpikan raut wajah dia. Sebelum tidur, aku sering berdoa agar ditunjukkan wajah jodoh untuk aku. Alhamdulilah, perlahan-lahan Allah itu membukakan petunjuknya. Sama ada kita –manusia- sedar atau tidak dengan petunjuk itu.

Ya Allah,

Kemudian aku sengaja membahaskan isu ini pada kami berdua. Hanya ingin melihat bagaimana dia menggambarkan tentang kepentingan isu yang sedang aku bahaskan ini.

Awak yakin saya jodoh awak? Berapa yakin?

Dia balas.

Kalau kita tak yakin dengan jodoh kita, sampai bila pun kita tak tahu siapa jodoh kita.


aku jongket bahu sambil lidah aku menyebut ‘ok’ sahaja. Sesuatu yang positif mungkin. Sementelah sebelum ini kurang sekali dia ingin membahaskan isu ini maka aku rasa jawapan ini sesuatu yang positif.

Aku balas lagi, siapa pun yang awak pilih bukan persoalan. Membahagiakan insan yang awak pilih itu keperluan.

Okay. Perkara ini berterusan mungkin jika dia meletakkan perkara yang aku cuba ketengahkan ini dalam konsep yang sebenarnya lain dari apa yang aku cuba letakkan.

Aku tidak berfikir dia tak patut pilih aku atau apa. Aku cuma mahu dia fikir, bahagiakan insan itu meski bukan aku.

Itu saja.


Monday, 6 January 2014

Mental

Hai.

Kenapa bertunang ni ada dugaan. aku rasa sakit begini. rasa macam nak stop semua kat sini.

Kenapa.?

Allah sayang aku. Allah nak uji aku.

and yes, aku kena tabah. Pls. tabah & sabar. berdoa.

Mudah2an.

Tarikh keramat tu bukan lama lagi pun. 

Senyap. 

Tuesday, 24 September 2013

Tips Kahwin : Cari Duit Sama-Sama

Goyang.

Sebab aku baru reti nak kumpul duit.
Nak jimat.
Nak cut cost.


Eh eh. Knp?

Pempuan takleh carik duit ke untuk kahwin? (????)


Meh sini, aku nak share. Ewah.

Selalunya, kalau cakap pasal kahwin, preparation wedding, sapa yang terlebih teruja?
Kau kan?
Perempuan.

Lelaki?
Diorang for sure tengah carik duit kahwin. So jangan kacau.
Please k.
Jangan bebankan bakal suami korang dengan keinginan yang kau inginkan.
Keinginan kau yang melampau. ‘

p/s: eh ada tau orang cenggini. Semua nak A. *sambil tunjuk JEMPOL*


For example;-

Awak, nanti kahwin beli rantai emas Habib Jewels tau buat batal air sembahyang. Nak gelang kaki sekali kalau boleh. Eh eh one set pon ok gak. Siap earings. Lol?

Papa, mama nak majlis berinai pakai 6 pasang baju boleh? Nak pakai baju jawa, portugis, ceongsam, blablabla. Kain kafan tanak skali?

Sayang, nanti kan masa wedding kite kan, ayang nak abang belikan hantaran Ipong pai boleh ark? *sambil suara mengeletis gedik*



Wedding nak gah. Goodies nak mahal. Hantaran nak belas dulang. Batal air sembahyang nak one set Tomei. Kalau x Tomei, Habib Jewel pun ok gak. OP nak yang hebak-hebak. Wedding planner nak yang retis pakai. Ahh sudah. Hantaran kau saja sudah rm15000. Mati pucuk laki kau.

Oleh yang demikian,
Tanyelah poket awak dulu cik adik.

Kalau mampu, boleh lah.

Tapi, janganlah semua laki kau kena setelkan.


Berbahagilah. Suami kau carik duit hantaran. Dah setel atau ada balance2 bolehlah kau usha untuk beli benda yang dia mampu. Apa yang kau nak dia impikan. Boleh kan.

Dan kau,

Kumpul duit jugak. Duit tu kau try setel macam andaman, official photography, kanopi atau goodies ke. Try. Setelkan satu ke. At least tak terbeban sangat mak kau, laki kau.


Kita nak apa kita nak – kita usahakan.

Dan aku, nak workhard dulu sekarang ni nak carik duit g honeymoon. Sebab aku NAK HONEYMOON LEPAS WEDDING.

Arghhhh.!!!!!

Gedik kan.

Belum pape dah rasa penatnye buat majlis besar camtu. Haih. Keep cool and be happy.

Ok tak tips aku tu?
Hahai. Bye.

Monday, 23 September 2013

Kisah Sedih di Hari Lahirmu

Hai.
Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam limpahan rahmat dari-Nya. inshaAllah.


Mungkin kali ni entri saya agak berbeza.
Hemm..
Bunyik macam serius rite?
Baiklah. Mari bercerita.
Kisah kepam yang dah berkepam dikepam. (????)


Alhamdulilah, ya Allah. Terima kasih atas ujian-MU yang tak terperi.
Akur.
Dan aku letakkan seluruh keredhaanku atas segalanya.
Aku tahu.
Segalanya bersebab.
Dan sebab itulah aku ajari aku bertabah. Redha.

Episod sedih #1

7 September 2013

Harini hari lahir tunangku. Untuk pertama kalinya dalam hidup konon-konon aku nak bagi special gift sangattt pada dia. Gift tu taklah special sangat tapi special la jugak sebab aku first time nak bagi hadiah mahal pada dia. Hehe. Mahal la sangat. Handphone je kot. Ninetology Black Pearl 2 warna hitam untuk dia. Je kot. Haha. Masa tu aku guna rebate kerajaan so aku tambah another rm200 dan dipulangkan rm1 pada aku. Then, aku dah standby godek2 that phone sambil teruja gila sebab ohsem wei system dia kan. So aku pun balik rumah standby nak bagi gift ni sambil konon2 potong kek secret yang sepotong je. For sure la aku beli sepotong sapa pulak nak habiskan balance. Biasalah nak date berdua je. Spoillah panggil ramai2. Dan tak relevan dah umur dia dah masuk angka 3 nyanyi2 happy birthday. Tak payah. Confirm dia lari laju2 balik rumah.

So, lepas balik rumah tu aku terfikir patut tak aku sampul atau tak eh? Masa tu aku plan begini. Aku nak beli shaver pastu nak balut masuk kotak siap reben konon2 nak bagi hadiah tu la kan. Pastu mesti dia sedih sebab dapat hadiah cum perlian maha hebat dari aku. *haha*. Tapi, masa tu tak sempat carik kotak dah nak maghrib. So, aku tuka plan tiba-tiba. Bagi jer ar hadiah tu dalam beg kertas. Dah malas nak pike. Nak beli kek sikit je. Then, aku pun mandi.

Pas mandi, sembahyang. Masa sembahyang serius aku rasa syaitan asik hasut aku untuk pike respon dia. Suka ke tak. Happy ke tak. Ke marah aku bazir duit. Atau dia pike aku menganjing handphone dia yang takde teknologi tue?? Sampai tahiyat akhir dah aku terpike. Entah apa aku baca. Allah sedeyh!~

Lalu, pukul 8 lebih setelah penat belit shawl konon nak nampak cantik sgt depan abang jadi aku pun start enjin keta dan keluar. Sambil tu mata aku melirik pada meter minyak yang tinggal satu bar. ‘adoi, kena isi ni..’ sambil aku buat muka cemberut. Aku pun decide nak isi dekat Bandar kota so dekat sikit dengan rumah kekasihku. Namun, sampai disatu persimpangan lampu isyarat, aku Nampak kereta depanku jamm.. apahal ni?? Aku pun tengok2 depan tapi tak Nampak sebab depan aku lori. Kecoh.

Aku pun layankan jammed dalam 10 minit macamtu. Aku dah standby pakai seatbelt takut2 ada roblock. Tekaanku benar belaka. Ya, ada roadblock. Eh JPJ lah. Tup2 dari kejauhan sorang anggota JPJ ni dah main lampu dengan aku suruh ketepi. Dihati terdetik, apa salah aku apa????? Tolonglah. Jangan buat leceh. Aku nak date ni….

Dan datanglah sorang pegawai ni cakap macam ni.. “dik IC, lesen..” aku pon bagi sambil buat muka seposen dibantu dengan cuak tak hilang serta keraguan atas salah aku. Dia datang balik cakap macam ni, “dik, no plat macam tu tak boleh pakai.. tolong sign saman kat sana…” oh my god, aku baru tahu. Dan-dan aku keluar keta sambil buat muka *dah tak ada ayat nak cakap muka aku camner*  so aku pun sign dan dengar sepatah ayat dia pastu aku masuk keta aku diam. nak nagis pun ada. Sebab dapat notis sekali.

Sampai2 rumah tunang aku, konon nak bagi dia senyuman paling manis, yang aku bagi surat saman sambil meraung… ‘Ini tak adil, ini tak adil…..’

Itu sahaja kisah sedih #1 saya. Nantikan sambungan kisah sedih #2 saya. Hahaa~




Hurm. Kesimpulannya,

Jangan pakai kereta. *tetiba*

Sembahyang biar ikhlas.


Sunday, 18 August 2013

A Limited Guy


I tell u, my fiancée is not like other guys or man out there.
He is limited.

Why?
Read this.

Ok. First thing. Romantic. Tak pernah.
Sepanjang 4 tahun bercinta *even I didn’t know can I consider our relay as a bercinta – tettt* he was never be such a romantic guy for me.
Hello, bukakkan pintu kereta pun boleh dipertimbangkan as a romantic thing hokay.
Ok, benda tu macam tak perlu sangat.
Merajuk.
As a boyfriend mestilah pujuk girlfriend kalau merajuk right?
But he didn’t.
Benda lain toksah cakap. At our first stage of couple maybe sangguplah dia berhabisan kredit beratus-ratus just for make a phone call with me. After a year, slowly changed. Last-last, urgent je call.
Macam harem.
Tapi, aku redha. Bukan semua lelaki romantic. And he is the one. So, not such a big deal. Again.
He told me dia akan romantic once jadi my husband. Ok dear, I wish. Aku tunggu kau.


The other thing is dia sangat tidak suka mesej. *gua buat muka annoy abes*
Not so tidak suka but bukan minat dia.
Hehe.
Ketawa.
Dia ada sikap kalau mesej tak penting, ur message will never be replied!
Macam shit kan?
Memang.
Can u combine this second thing with the first thing above? Ada kaitan kan?
So u will get it.
Me?
At the first stage pun meroyan juga.
Tapi as a good girlfriend *xoxo* and now be a good fiancée, malas nak beratkan kepala lagi.
I just text him when I really need it.
Kadang-kadang dia reply. Tengok jugak.
Kadang-kadang bosan jugak.
Kalau nak sangat chat,
Do chat dekat wechat,wassap,kakao,line & others with friends.
Scandal pun takpe.
He is okay. *gila kau*
Actually, dia tidak pandai mesej sebab sepanjang dia hidup, dia baru pertama kali bercinta dengan aku. So janggal giler, katanya.


Third thing. Tidak suka bergambar.
Benda ni kadang-kadang buat aku tension.
Why?
Aku jumpa kawan.
‘Hei, kau dah tunang? Nak tengok muka tunang kau’
Haaa..
*gua garu kepala*
Sebab kadang-kadang tak simpan gambar tunang aku langsung selain gambar masa tunang.
Hahaha.
Yes, it’s true babe.
Aku juga tidak gemar bergambar *as per my IG profile description lol*
Tapi kadang-kadang,
Aku suka jugak.
Haha *pang*
Ok.
Sebab for me, gambar adalah kenangan.
Untuk kita simpan sebagai kenangan. *eh*
Makanya, dapat tunang memang susah sangat nak bergambar.
Dan jenis aku pula tak suka paksa orang – mari kita bergambar *sambil buat muka bengis*
Jadi, benda tu stop situ.
Sendiri tengok phone,
Yes, tak ada gambar kami berdua sangat. Apa nak buat. Dia kurang gemar.
Sometime dengan dia bila aku snap gambar sambil buat muka dunkface, dia pandang slek.
Malu sendiri.
Sebab aku bukan comel.
*sedih*



Oh yeah. Dia sangat pemalu.
Malunya macam anak kecil umur 12tahun yang masih dara nak dikahwinkan. Lol.
Menyampah okay dengan peel dia.
Ajak jumpa kawan aku.
Mengelak.
Sebab dia segan.
Mungkin factor umur. Dia dah sweet 30 kan so mungkin tak boleh masuk dengan kawan-kawan lelaki aku yang just 24. Rite.
Mungkin.
Tapi kebanyakkannya dia malas nak campur sangat.
Kawan-kawan dia adalah golongan veteran yang mana usia dah sama dengan my dad.
Ha kau.
Otai gitu.
Whatever.


Ok last but not least. Sangat rajin cari duit. Mean, another side income.
Dulu, at our first stage kenal each other,
Ramai kawan-kawan dia bgtau aku yang dia sangatlah pemurah.
Tell u,
Pemurah sebab almost all of his friend suka pinjam dia punya duit.
At that time dia tak ada girlfriend langsung dan duit-duit dia semua hanya untuk shopping barang dia. Plus minus enjoy dengan kereta.
Simpanan still tak dilupakan.
Rasa bangga *tiba-tiba* dapat boyfriend yang pemurah. Haha!
Tapi, sikit curios jugak.
Where is the income come from? Do checking.
Oh rupanya dia banyak buat side income.
Berniaga. Tolong kawan wiring. Repair kereta. Jual lembu. Jual lemang. Jual kerepek masa raya. *see*
Banyak. Alhamdulilah.
Tetiba rasa kalau kahwin dengan dia inshaallah aku tak makan pasir.
Because absolutely dia pandai carik makan kat mana dia ada sekalipun.
inshaAllah. May Allah bless our relationship after the marriage.
Diploma ke degree ke for a man is really not attract me kecuali lelaki itu pandai carik makan.
Know how to hidup dalam keadaan desperate sekalipun.
My guy was really independent. Proud him.

Cinta bukan sesuatu yang kamu perlu ianya ada dan jadi seperti, tetapi cinta adalah sesuatu yang saling melengkapi, saling menyayangi dan saling menerima sesuatu yang sedia ada. Maka teruskanlah walau siapapun dia …….. –Na Rieana-


Nota kaki : Cariklah lelaki/perempuan yang tahu menjaga hubungan dan menjaga masa depan kita nanti. Perkahwinan bukan hal yang main-main. Kadang-kadang aku juga rasa frustrated why my fiancée tak macam orang lain. Tapi,  believe me. Ada yang orang lain tak ada, your man ada. So it’s fair. Percaya pada janji Allah. Be a good girl then u will find a good boy too (depend). Ok dears. Bye.