leopard iklan

Showing posts with label Review Wedding. Show all posts
Showing posts with label Review Wedding. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Review Kahwin

Kahwin.

Dah basi dah pun. tapi sesaja je nak bagi tengok gambar kahwin. dan saje jugak sebenarnya share kat FB selepas 5 bulan. sajeeeeeeee nak terowback.

haha.


layan je la.











Semoga kekal hingga syurga, Amin.





Tuesday, 17 June 2014

Wedding Review : The Centerpiece

Hi,

Jujur disini yang aku tak tahu lah kalau blog picisan aku ini ada yang sudi jengah. Jika ada, terima kasih kerana google telah sesatkan anda hingga kesini,kahkah.

Okay seperti tajuk di atas, marilah kita bercerita tentang centerpiece DIY aku. Mudah gilaaa la buatnya. Sebenarnya centerpiece aku adalah sedikit ilham dari centerpiece blogger Norsaila Norman tapi malangnya aku x jmpe link dia. Maaflah ya Saila yang comel dan cute saya x jumpe link awak. Saya stalk je selalu blog awak.haha.




first try. Nampaknya tidak mendukacitakan.



Ok, ok ok direct to the point. Here we go.

Anda hanya perlukan;-

1.    Tin susu yang susunya dah dibuat air Nescafe, teh tarik @ milo. Pastikan dibasuh dan dikeringkan supaya takde semut bertelur didalamnya.
2.    Beberapa meter reben mengikut tema warna kesukaan anda.
3.    Bunga crepe paper yang dah dikembang2kan. Sila google cara buat bunga crepe.
4.    Lidi dengan siap sekali TQ taq. Sila DIY dan tampal kat lidi siap-siap.
5.    Batu & Gabus.   Batu tu letak dalam tin biar dia berat supaya tidak terbang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Gabus pulak letak dalam  tin selepas anda letak batu tujuannya untuk cucuk lidi & bunga crepe.

Cara-cara ;-
           
1.    Lilit reben pada sekeliling tin. Terpulanglah nak lilit cam mano kaler pun. Janji lawo.
2.    Pastu letak batu dalam tin. Letak gabus.
3.    Cucuk bunga crepe keliling gabus. Biar sampai x nampak gabus putih.
4.    Kendian, cucuk lidi dekat middle of the centerpiece.
5.    Lepastu bawak tunjuk mak, mak kau kata tak okay sila buang dalam tong sampah.

haha lokasi penyimpanan. Tak strategic betol ek. 




Hasilnya;-
Siap.! Dapat tangkap ni je gambarnya. maklumlah pengantin bz kan.

Selain dapat menjimatkan berlakunya pembaziran ke atas bahan buangan, aku juga dapat mencantikkan meja tetamu yang datang wedding aku dengan hasil tangan aku sendiri yang kreatif. aku memang hadap orang puji aku 

"Rajinnya kau Yana!" sambil jerit teruja tak percaya T_T

haha. perahsantan!

k bye.

Tuesday, 10 June 2014

Wedd Review : Guestbook

Hai.

Harini nak review tentang #yanayiewedding . kalau berkesempatan boleh try search hashtag #yanayiewedding kat Instagram sebab banyak gambar2 DIY projek yang saya buat. Kalau la kan.haha.

Okay, so kita cerita pasal guestbook. 

Here is the guestbook yang dibuat dengan penuh kasih sayang oleh jiran saya Salwa Nabila. dia memang berbakat dan hasil dia memang cun kan. sebelum ni wedding dia pun, dia banyak DIY.

Untuk guestbook ni, dia yang offer nak buatkan. memang cantik dan menarik kan? Err, kalau nak order atau berminat, cer try PM dia sebab dia humble sgt orangnya. dia ade cakap, ade ke yang nak oder? hehe.

Puas nyawa kau dapat sponsored Guestbook yang cantik dan lawa ni. Serius. 


Senyum Ayie, senyum!




Ayie, suami aku yang sah – ni kategori manusia tak suka senyum bersepah sangat. Senyuman dia mahal.
Mahal giler. -_-
Dia tak suka selfie. Die tak suke amek gambar. Eventhough dah 4 tahun kawan pun, jarang kitorang ambik gambar.
Jarang sesangat.
So, bila wedding kitorang, awkward die bukan main. Die sangatlah malu segan dan penyegan dengan camera.
Bukan mesra kamera.

So,
Atas sebab benda2 annoying macam tu, hasil gambar kahwin aku dengan dia jadi macam tak cantik. Sebab pengantin lelaki x senyum. Dahlah muke die garang macam lanun, pastu kurang senyum, so jadi gambar tu macam aku syok sendiri. Sedih tau. Lepastu macam die kena pakse kawin plak gayanya. Duhhh.

Hello.
Aku sebenarnya tak kisah sangat la kan. Sebab in whatever situation lepas nikah pun kitorang dah sah jadi laki bini. Dah SAH. Get it?

Yang aku x puas hatinya, kenapa nak dipertikaikan sikap laki aku yang susah senyum tu?? lepas tu memasing (kengkawan) nak tunjuk bagus nak cakap dekat aku;-

Kau tak ajar laki kau senyum depan kamera.

Kau tak suh die senyum ke

Kau tak buat lawak ke suh die senyum

Dan macam2 lagi.

Laki aku, aku punya pasal lah. Die xnak senyum dekat kau, die punya suke lah. Kau nak kata die sombong, suke hati kau lah.

Penat tau nak ikut kepuasan orang. Penat. Penat sgt. Tak senyum je kot. Takkan tu kau jadikan modal untuk kau membahan aku seumur hidup? Hanya sebab laki aku x senyum kat kau time kau amek gambar kitorang?

Kalau laki aku x bagi aku makan pakai, tak bg aku nafkah lainlah jugak. Ni setakat die kurang senyum je kot.

Aduh. Sumpah letih dengan sikap manusia.

Yang penting, lepas kawin laki aku x lekang senyum pada aku. Kan itu lagi baik. Ahaha.

Teruskanlah membusukkan hati kau wahai manusia. Bosan.

Dan-dan entri aku starting pas kawin memarah ek. Nantilah aku review majlis. Tapi ade ke yang nak baca review aku? Hiks.!