leopard iklan

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Last Game JDT vs Selangor - First Time Masuk Stadium -

Untuk pertama kalinya- aku masuk Stadium tengok bola.
HAHAHA.
ketawalah,
harus jakon disitu.
Semuanya sebab BIRU MERAH itu JOHOR hokay.

Masa malam tu, game last antara

JDT VS SELANGOR

Bertempat :

Untuk mendapatkan tempat kedua Liga Super.
Juaranya sape lagi kalau bukan Kelantan.
(tak dinafikan ini team mmg superb hebat)


Aku sampai Stadium dalam pukul 3pm. Awal giler kot tapi orang dah ramai. Berpusu-pusu datang. Sume nak carik port baekk sebelum kena terjah dengan orang ramai. Well said, macam kitorang jugak ah. Aku pergi dengan sista , Lily & Abg Pejal Bako (jiran sebelah uma merangkap our 'abang besar' sebab die besar).





Our Abang Pejal. Besar tak? Well, dia yang protect kitorang sepanjang kat Stadium. Kalau kitorg berdua je mahu kena buli. Tapi, Johoreans tak membuli ken? hehe.

Pukul 3 sampai lah dekat pukul 4 jalan-jalan, tengok deretan kedai yang jual macam-macam barang especially baju JDT. Memang banyak ah.

 Nampak biru merah je kan? kikiki. sukeew!


Ape lagi, disebabkan banyak kedai jual barang-barang JDT, maka aku pon meroyan nak carik sticker JDT nak letak kat kereta. Yayyy, dapat! Suke giler.

Bukan kat kereta je, kat muke pon aku tepek sticker JDT. Semangat oiii.

Duduk dalam keadaan agak tak sopan. Abaikan k?

 

Sementara tunggu tiket (tiket Brader Pejal suh die punya kawan beli, kawan die plak suh kawan die beli - memula cuak gak tak dapat tiket tapi atas sikap Pro abang Pejal, dapat gak) kitorang pon layan brader-brader ni cat muke diorang dengan penuh semangatnya! yayy, JDT dihati.


Tekun giler brader-brader ni kan? Oh ya, kejadian berlaku di Gate C stadium.


So, sementara tu ape lagi, amek gambar dengan my sista la ken.





Harimau Selatan. Yeeahh~~. (nampak peha aku besar ek? siot betol.!)


Tunggu punye tunggu, haih mane plak tak sampai2 ek? Ape lagi, random pic lagi la.



Pintu masuk ke Gate C. Penuh manusia yerk? Peniaga pun ape lagi kau, kaut untung ahh. Mane tak huntung kau burger daging simple beno rm3.00. Nasib baik kakak belanja. Haha. Jimat.xoxo.

After a fews minutes tunggu punya tunggu, akhirnya I got the ticket. Yayy again. Jakon katakan. huahaha.

Ticket kakak belanja, makan kakak belanja juge, sticker kakak jugek, wahh puas hati giler. (baru bape ringgit kan.)

So, jom masuk Stadium. Masa tu da pukul 5 lebih kot. Sebab gate bukak pukul 5. Aku ni kan first time masuk. Teruja ada, seram pon ada.


Ok, meh kite masuk. Pintu tu dah bape kali kena tendang. Rilek brader, brader rilek.



Lepas tu, berpusu-pusu la manusia masuk. Hamek kau, tak tahu nak duduk mana. Mostly dah penuh. Ada satu part tu team Ultras B.O.S da booking. Feeling giler dalam tu. Semangat!


B.O.S duduk kat area sane tu. Waktu ni dalam 6 lebih. Dah full house hokay.


Jenuh nak tunggu kul 8.45pm tapi semangat kental haruslah tabah ken Johoreans. JDT punye pasal.


Kat area depan-depan tu masih available tapi dekat dengan penyokong Selangor ler...


Mari kita peace yeah.


Sementara menunggu pukul 8.45pm, Ultras JDT pun nyanyi la siap dengan gaya & kitorang ni pon sama-sama nyanyi lagu tu. Peh, sampai senak masuk angin perut aku. Asyik sendawa je la. ( Nak kentot malu *-* )haha.

Macam-macam lagu, aku pon tak tahu tajuk. Yang penting ada satu lagu melodi macam lagu Ayam KFC punya iklan.

Akhirnya, tepat jam 8.45 malam, game pon start, ape lagi baling resit............

ihsan gambar dari Facebook : Johor Darul Takzim -Harimau Selatan

Best giler.

Sepanjang masa nyanyi.
 B.O.S tak peduli gol ke tak, tetap nyanyi. Tapi kan, tengok live ni takde ulang tayang, so masa first JDT gol tak ada ulang tayang. Stadium pon takde screen. Sedeyh. Maka tak tahu sape gol kan.
Katanya Nunez.
Good Job mokk. heheee.


Yang aku tahu, jerit kalau orang lain jerit. Emosi kot.

At last, sampai habis masa, aku ingat ada penalti pasal draw 1-1. Tapi tak pun.
 So yakinlah tak penalti sebab ikot mata. Maka, JDT kalah lagi.
But, who care?
Yang penting, malam tu semua happy.
Siap, bakar flare. Hampir seluruh stadium berasap macam kat bawah ni ;-


Gila wei. Polis-polis kat bawah boleh buat apa, tengok je lah.
Hampir lemas disitu.
Tapi, still semangat.

Finally, dah kalah - balik.

But, it was best memories ever.


Peace dalam keadaan nak lemas. Last pic sebelum berambos.

Masa kitaorang keluar, B.O.S still nyanyi. Dalam hati, peh tak penat pulak diorang ek? Dah kalah tapi masih ada semangat disitu. Bukan kalah pon yang difikirkan kami semua, cuma penyatuan warga Johor sendiri yang buat kami semua kagum. That's why WE LOVE TMJ. Menyatukan rakyat Johor.

After that, kitaorang yang dah kebulur pon pegi carik makanan. Lepak kat Mamak Aliff Taman Suria sebelum berhamboss balek Kota Tinggi. Peh lepak.
Jam 3 tidur sampai pagi..

Tersedar sebab ayah aku terajang pintu bilik tetiba......(tu cerita lain....)

Best, best giler.
Dalam mimpi pon macam nak berjoget.


~I'AM PROUD TO BE JOHOREANS~








Thursday, 27 June 2013

AYUH JOHOR !!! Luaskan Kuasamu JOHOR!!

Entri Khas Sempena Perlawanan Akhir Piala FA Johor Darul Takzim Menentang Kelantan.


VS
Sumber : google


Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Wah wah wah. Sungguh semangat sebab pagi tadi layan kat Radio HOT FM pasal perlawanan akhir JDT menentang Kelantan pada 29hb June 2013 bertempat di Stadium Bukit Jalil.
Sungguh semangat yang nyanyi lagu ‘Ayuh Johor’. tengah drive terus SEMANGAT!!.


Jom kita layan lirik lagu ‘Ayuh Johor’ :-

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale

kredit thank yaaa : klik sini








Berikut Senarai Pemain JDT 2013 :
 (Tapi x pasti betul atau x. kalau salah maaf. )



gambar abg2 kacak ini dari sini.

1. Penjaga Gol -Muhammad Al-Hafiz Bin Hamzah
2. Pertahanan -Muhammad Irfan Bin Abdul Ghan
3. Pertahanan -Kamarul Afiq Bin Kamaruddin
4. Pertahanan -Mohd Azinee Bin Taib
5. Pertahanan -Ahmad Tharmini Bin Saiban
6. Tengah -Mohd Redzuan Bin Nawi
7. Pertahanan -Mohd Aidil Zafuan Bin Abdul Radzak
8. Tengah -Safiq Bin Rahim (C)
9. Penyerang -Norshahrul Idlan Bin Talaha
10. Penyerang -Mohd Safee Bin Mohd Sali)
11. Pertahanan -Mohamad Azmi Bin Muslim
12. Tengah -Mohd Nurul Azwan Bin Roya
14. Penyerang -Daniel Gonzales Guiza
15. Tengah -Mohd Yusri Bin Abas
16. Pertahanan -Muhd Tuah Bin Iskandar
17. Tengah -Mohd Zaquan Adha Bin Abdul Radzak
18. Tengah -Ezaidy Bin Kadar
20. Penyerang -Ahmad Syamim Yahya
21. Penjaga Gol -Zulfadhli Bin Mohamed
22. Penjaga Gol -Mohd Zamir Bin Selamat
24. Pertahanan -Mohd Muslim Ahmad
25. Tengah -Simone Del Nero
Pengurus: Fandi Ahmad
Ketua Jurulatih: Fandi Ahmad
Jurulatih: Ismail Bin Ibrahim

Jurulatih Penjaga Gol: Khairul Azman Mohammad

Sumber : Sini. Terima Kasih =)



Kalah atau menang,
Itu kan adat.
Bermain dengan baik,
Itu lah harapannya.


Yeah - JOHOR. Love.


p/s : Tak dapat pergi stadium sebab cousin kawin. Semoga Berjaya JOHOR. semangat ada disini. – dihati.


 
Done.
Thanks Reading. sobsssssss.