leopard iklan

Monday 1 July 2013

Jodoh Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Assalamualaikum Selasa yang mulia.
Hari ini, sebuah topic istimewa.
Dari saya.
Segalanya bermula lepas pagi tadi layan Radio Hotfm masa ontheway nak pergi kerja.

The topic is : Releven lagikah jodoh pilihan keluarga?

Dan jawapan macam-macam.
Ada kata, ok what. Tak ada masalah.
Ada kata, tak ok. Memendam rasa sebab suami/isteri tak cintakan pasangan memasing.

Dan below,  just my opinion.


cantek tak?? thanks atas gambarnya.


Kebaikan Pilihan Keluarga ;-

1.    Bagus jika pasangan itu memang ditakdirkan serasi bersama. Memang belum kenal lebih mendalam tapi sekiranya boleh menerima hakikat, why not? Lagi bagus jika hati memasing memang suci murni dan tak ada hasutan pihak lain. Bersih menjalani perkenalan selepas kahwin. Ini bagus.
2.    Perkahwinan ini tentunya mendapat restu keluarga dan haruslah bahagia hendaknya jika kedua-dua pasangan redha. Ingat, restu amatlah penting tapi keredhaan hati masing-masing lagilah penting. Sesiapa yang kena kahwin atas pilihan keluarga , sila redha.
3.    Paling penting, terhindar dari segala perbuatan tak baik. yelah awak, tak sempat bercinta kot jadinya tak adalah masa nak hangout berdua-duaan yang mana akan menggalakkan perkara mudarat. Kan. Yang ni kakton setuju okay. Tak ada masa nak layan jiwang tengok wayang blablabla. Bila dah nikah eh buat wayang je la. (ketawa jahat)
4.    Haruslah yang dipilih keluarga anda dari kalangan & keturunan & kesamatarafan yang baik-baik. kalau daddy u dato’ takkan nak kahwinkan u dengan anak tukang kebun kan? But its depend jugak. Tak ada yang mustahil dalam hidup ini. Kalau dah jodoh. Haruslah redha dengan pilihan mummy & daddy uols. Kalau anak tukang kebun tu cantik, why not? Grab sajalah.
5.    Bila kita pernah kecewa dengan kisah cinta lalu, keluarga akan berusaha untuk mengubati hati kita dengan memilih jodoh yang baik untuk pengganti pasangan kita. Terimalah sekurang-kurangnya kita tak buang masa macam dulu lagi. Masa itu emas. Buang masa macam buang emas. Rugi sangat!
6.    Bila kita dijodohkan dengan jodoh pilihan keluarga, biasanya – kebiasaannya (tak kata semua) kita akan feeling rajin , baik , bersopan supaya keluarga akan mengatakan ‘ya, tak sia-sia aku pilih dia jadi menantu’. Huahaha. Bangga tak? Masa tu janganlah berlakon. Be yourself ok.


Keburukan pilihan keluarga ;-

1.    Apabila berlakunya sesuatu pergaduhan yang mengakibatkan penceraian , pasti salah satu pihak akan saling salah menyalahkan. Yela, ini semua salah mak! Salah ayah! Mak ayah pilih sipolan tu untuk adik! Kalau tak ni semua tak jadi. Sobsssssssss. Hello, kau gaduh pasal nak ajak balik kampong pastu suami kau nak layan bola, kau salahkan mak bapak kau. Puihh. Sendiri setel la macha.
2.    Kau mengharapkan pasangan yang mummy daddy kau pilih macam Aaron Aziz / Izara Aishah tetiba bila first day jumpa masa majlis bertunang lak tu muka dia jauhhhhh panggang dari api malahan iras-iras Dayang Nurfaizah pun tidak, maka kau hangin satu badan. Kau salahkan mummy daddy kau. Kau bising. Kau tak leh terima hakikat. kau… eh banyak benda kau buat. Come on, muka tu nombor dua yang penting RESTU. Dah kau susah sangat nak carik pasangan, kau terima je lah. Majlis pon sponsor. Apa nak bising.
3.    Kau tak bahagia. Dah banyak kali cuba carik kebahagiaan tapi tak jumpa. Pasangan kau hambar. Pasangan kau tak pandai ambil hati. Tanggungjawab memang setel cuma tak romantic. Kau tension. Kau jerit-jerit. Depan parent kau berlakon. Kaulah yang sengal. Sape suruh berlakon. Kan dah cakap. Be yourself. Tak puashati dengan pasangan berbincanglah. Abang….. ayang tak bahagia dengan abang. Ayang……….. (baru nak cakap anak-anak nangis. Eh banyak anak? Tak bahagia ke?? Tetttttt)
4.    Hah ini agak bahaya. Kadang-kadang pilihan keluarga ni kan kita tak tahu peel sebenar dia. Kalau depan parent kau orang, pijak gajah pun tak mati. (memang ar kan gajah kan besar.) tapi kalau belakang parent kau, dialah penyangak paling ideal & digeruni. Tak masal-masal kau telah masuk ke perangkap buaya darat yang hebat berlakon. Lelaki ni kadang-kadang nak yang baekkkk je jadi bini tapi perangai dia macam harem. So, siasat dulu hokay.

 
So far tu jelah kebaikan & keburukan jodoh dari pilihan keluarga ni yang terlintas dibenak aku setakat jam 12 tengahari ni. Nanti aku sambung lagi pasal kebaikan & keburukan pilihan sendiri pulak. Jangan kemana-mana. Kita jumpa lagi nanti. see yah.
Assalamualaikum.

 


No comments: