leopard iklan

Showing posts with label Bride to be 2014. Show all posts
Showing posts with label Bride to be 2014. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Review Kahwin

Kahwin.

Dah basi dah pun. tapi sesaja je nak bagi tengok gambar kahwin. dan saje jugak sebenarnya share kat FB selepas 5 bulan. sajeeeeeeee nak terowback.

haha.


layan je la.











Semoga kekal hingga syurga, Amin.





Tuesday, 10 June 2014

Kini, isteri

Alhamdulilah

Segalanya berjalan lancar, aku kini seorang isteri.


Syukur.




Tuesday, 20 May 2014

DIY Kasut Bersanding

Hi,

Dengan kesungguhan dan tekad yang tinggi, aku harini buat entri wedding prep secara bersambung-sambung okay.

So, kali ni nak cerita tentang kasut bersanding. Masa 1 Mei haritu, aku plan dengan tunang nak beli barang hantaran. Cerita tentang beli hantaran ni pun ada banyak 'kisah disebaliknya' hehe. Biaselah bertunang, ade je masalah kan. Sob sob.

Hampir 3 hari, aku pergi Jusco Tebrau + JPO sebab beli barang hantaran. Jalan-jalan JPO aku ade jmpe kasut tuk bersanding. Aku pun sebenarnya belum beli kasut lagi so aku tanya pendapat tunang aku, dia kata haa nak beli, beli sekali. So, aku pun beli.

Hush Puppies, sale rm100.

Aku agak ni pattern lame la kot. Jadinye aku pun beli la sebab kaler die macam coklat2. Walaupun tak kilat, its better. Tapi, sebab kasut tu kelihatan kosong, so, aku pun dengan rajinnya tambah2 batu. 

Err, what do u think with this??


OK ke tak? Hmm.





Perihal Doorgift Kahwin

Hi,
Harini tetiba kerajinan memuncak nak reveal pasal wedding preparation.
Dan perkara yang akan direveal hari ini ialah Doorgift.

After a few time aku review pendapat dan review google, akhirnya aku dah block pilihan aku untuk buat doorgift. And yes, doorgift antara perkara paling berpeluh dari segi wang. Memang berpeluh. Hehe. Kita perlu spend agak banyaklah simpanan disitu. No worries, buat semampu anda saja. Hehe.

Ramai yang mungkin kat luar sana fikir, takyah bagi yang memahal atau high cost pada tetamu. Just bagi semampunya kita kan. Memang betul, buat ape berhabis just untuk doorgift? Duit boleh guna utk benda lain lepas kahwin which is lagi penting right?

So here is the items for my doorgift.


1.       Paper bag polkadot. Beli di Kad Kahwin Sempoi.
2.       Doily paper rm8 = 250pcs
3.       Klip paper rm0.70 = 100pcs
4.       Yassin rm0.60 sekeping
5.       Tupperware love shape rm0.60 satu pcs
6.       Gula-gula (tak kira)
7.       Biskut rm3.95 = 24pcs


     So, here is the finale of the doorgift. =) macam mana okay tak?

     Untuk Yassin, aku hanya beli 600pcs kot sebab masa tu kat Mydin Tampoi cuma ada stock tu je. Harga sebenar sekeping tu rm0.90 tapi sebab beli banyak dapat murah rm0.60 sekeping. Oklah under budget. Ingat nak beli customize Yassin tapi tak mampu -_- 

Dan untuk goodies bag tu, actually just nak guna paper bag goreng pisang tapi masa g Kota ade satu kedai barang kahwin tu dia tunjuk aku paperbag polkadot tu. Harganya rm0.20 sekeping so aku fikir2 baik aku amek paper bag polkadot tu sebab nampak proper and cute sikit haha. Lagipun orang kampung kalau dapat beg goreng pisang takut dibahannye pulak biaselah mentaliti mereka x semua kreatif. Haha. Then, aku segera beli kat kedai auntie tu beg tu tapi malangnya aku hanya dapat beli 250pcs saja. sobsob. dan kemudian, Allah mudahkan aku jumpa satu pages ni Kad Kahwin Sempoi owner by Kak Sofy then aku discuss nak beli another bape ratus keping dapat harga 30sen sekeping which is still under budget.

Untuk Tupperware, aku dah memang plan sejak dari memula nak kahwin lagi yang aku nak pakai tupperware utk doorgift. At first, aku nak bagi tupperware Apple Lady tapi mgkin sebab bukan rezeki aku, aku tak jumpa2 kat mane terjual. So, berbekalkan semangat dan tekad yang teguh, aku beli je lah tupperware love shape ni. Beli sikit-sikit lama-lama membukit tak gitu kengkawan? haha. Beli kat Era Nona Kota Tinggi. 60sen satu. okla okla. 

Gula-gula dengan biskut tu beli kat Cowboy Kulai. Kebetulan balik kampung Pontian dapat hasil jual sticker,balik tu aku memborong barang-barang tu dengan bunga hantaran hingga habis licin duit sticker.ehe. Bapak aku tanya dah habis duit kau? aku cakap habis sudah. Takpe, usaha lagi utk berbisnes. Alhamdulilah rezeki. Nak tahu ape aku jual? tekan sini. 

Untuk hiasan tu, aku just gunakan doily paper dengan reben. Sebab rajin, ye sebab rajin semuanya jadi. Cuba kalau malas? 

Anyway, memula aku nak guna staple je instead of klip tapi bila difikir-fikir balik, kalau dah staple so memang susah nak bukak balik which is akan buat bag tu koyak kan. So aku guna klip je untuk memudahkan dan kelihatan lebih praktikal. it's? 

Dan untuk TQ taq tu, paling mudah. Aku mintak jasa baik kawan aku, untuk print out kan. Bagi upah kat die. tehee. Sebab office aku tak ada kemudahan nak print out dokumen berkaler ni. So kesudahannya, aku hire je kawan aku untuk print. Dia pun boleh buat kad kahwin, guestbook, banner, bunting, dan so on. Terbaik kerjasama dengan beliau. Ni fb dia, Nurul Atiqah Muhammad founder of KamiCetak. Sesapa area Kota Tinggi, sila dapatkan hasil tangan beliau. Terbaik.

So far, itulah ulasan lanjut dan review ringkas aku tentang doorgift aku. Actually doorgift paper bag just untuk orang kampung aku. Untuk kawan2 dan belah laki, aku review nanti yaww.

Klau ada yang kata aku membazir, its up to you. Sebab, dengan paper bag harga semurah itu dan praktikal, aku tak rasa touching pun kalau aku nampak paper bag aku bersepah dijalanan sebab aku tahu, utk ape lagi paper bag ini tujuaanya selain untuk guna time wedding ni? Lainlah kalau aku customize muke aku depan bag tu memang butthurt la member. -_-

Ok, see u lain kali. 




















Wednesday, 14 May 2014

15 Hari Lagi....



In another 15days left...

Yes.


Sesungguhnya tiada ayat yang mampu untuk aku gambarkan perasaan ini.

Sesungguhnya, aku akan terus berdoa untuk majlis penyatuan hati ini berjalan dengan selancar-lancarnya.

InshaAllah. 

Amin Ya Rabbal Alamin. 





Friday, 2 May 2014

Melankoli 27 Hari Lagi

Assalamualaikum. Ya Allah.

Tetiba rasa sesak nafas dan tengkuk sakit bila mengenangkan tinggal lebih kurang 27hari macam tu sebelum 30 Mei 2014 dimana tarikh itu ialah tarikh aku akan diijabkabulkan. InshaALLAH.
Ya Allah.
Macam tak percaya.

Habis.
Aku nak buat apa? masa takkan berhenti sesaaat. Masa akan terus berjalan.
Habis tu takkan aku nak stay pada posisi yang sama.
Bangun!

Kau dah tak banyak masa lagi.
Kau dah semak ceklist kau dan tinggal lebih kurang 40% lagi untuk completekan semua persediaan.

Tapi,
Kau dah standby fizikal mental ke belum?

Nak jadi bini orang dalam masa tak sampai satu bulan saja lagi.
Nak kena hidup berdua tidak lagi bersendiri yang kau boleh hentam sajalah labu.
Nak kena belajar hidup bekeluarga dengan keluarga mentua dan keluarga sendiri.
Nak hidup bersama dengan seorang suami yang jantinanya lelaki dimana lelaki dan perempuan langsung tidak sama sifatnya.

Tarik nafas-


Aku tengah belajar bersedia!! *jerit hatiku sendirian*

Kenapa perlu belajar sedangkan perkara itu kau sepatutnya lebih sedia tanpa perlu belajar.


Tolonglah.
Aku memang bersedia tapi salahkah aku untuk lebih belajar bersedia?
Aku tengah mencuba untuk menerima semua ketentuan ini.
Aku pasti aku akan lulus dalam ilmu yang aku sedang belajar ini.
Aku pasti. Yakin sangat kau ni

Aku akan menjadi isteri. Aku selalu tanya diri. Aku tak boleh toleh belakang lagi. Aku akan melalui. Aku akan jua lalui. Kenapa nak banyak tanya lagi? Teruskan berjalan teruskan berlari hingga berjaya menjadi isteri solehah untuk seorang suami.


Dahlah. terlalu banyak bermelankoli kau ini. -_-







Thursday, 24 April 2014

Pre-Wedding ??

Dalam checklist yang aku pernah tulis sebelum ni, awal-awal lagi bahagian Pre-wedding tu aku tulis pending. Ngeh ngeh ngeh.
Sebenarnya aku masih lagi mencari dimana relevennya pre-wedding atau pra-perkahwinan itu.
Ya, sesetengah kawan aku yang nak kahwin ada buat pre-wedding.
Tapi aku tak mahu.

Bunyik seolah-olah ayat aku jeles?
Come on. Tidak, guys.

Okay, untuk sesetengah orang mungkin akan menganggap pre-wedding ni macam photoshot untuk orang yang bakal berkahwin, to tell the others yang
‘im getting married soon uols’.‘im getting married soon uols’. Mungkin ah-

Tapi, for me. Buang duit.

Ahaha.

Aku dah survey, paling bangsat pun harga untuk beberapa jam shoot pre-wedding ialah RM200. Dan paling mencekik ialah RM1000++

See.?

Masih aku ingat, saat aku bertunang – yang shoot ialah kawan baik aku sendiri yang aku anggap boleh tolong aku gile2 punya lah yang mgkin takkan caj melampau ar – tapi memula dia caj aku boleh tahan ar.
Aku macam tergamam. Eh mana nilai aku sebagai kawan kau?

Tapi aku amek positif.

BISNESS IS BISNESS. JANGAN DOK CAMPUR KAWAN DENGAN BISNES. –mungkin-

Jadi, aku go on suruh die shoot gambar tu. Takpe. Aku bayar dia seperti dijanjikan. Aku tak kesah. Untuk duit gaji dia jugak hari tu. Mungkin amek gambar orang sesuatu yang susah. Mungkin amek gambar member sendiri adalah sesuatu yang memeluhkan diri dia. It’s okay. Seperti perjanjian. No big deal.

Err jap, aku nak cite sal ape eh sebenarnya? Em bace jelah.

So selepas majlis pertunangan aku, kitorg ada shoot la beberapa gambar aku+tunang aku+bff aku. Okay. Seronok. Fun habis. Sporting ahh cameraman. Alahai semua kenal memang ah senang keje.

Then, a few days aku ckp nak gambar. Dia datang rumah, dia pass sume gambar dalam pendrive aku. Aku amek, aku bukak balik gambar tu, separuh je boleh bukak.

Aku tanya dia, dia kata ehh aku da copy semua lah. Dah.

Aku curious. Aku tengok setiap gambar punya size. Mak aii. No wonder lah. Memang dia copy tapi xleh masuk sebab size pendrive tu kecik. So separuh gambar aku memang tak tercopy dalam pendrive tu. takpelah. Nanti boleh copy balik.

After a few month, aku mintak balik semua gambar aku. Dia ckp, sorry laptop dah hilang. Kamera pun.

Aku cakap “oh my god!!”

SEMUA!!

Aku memang tak membabibuta marah dia sebab benda nak jadi. Cuma ralat. Ralat sebab harga yang aku bayar tu hanya untuk dia bekerja hari itu. Tiada apa yang aku boleh simpan untuk kenangan.

Ikut lagi nafsu. Ikuttttt.

Padahal pakai henpon Samsung pun boleh amek gambar kan. Mengada. Nafsuuu!.


So, kau orang rasa, aku akan proceed dengan pre-wedding ke?

Serik wei. Serik.





Ni je gambar yang mampu aku selamatkan dari lenyap terus dari bumi ini. Huh!~

Wednesday, 23 April 2014

Rezeki Kahwin

Serious cakap, balance lagi 36hari lebih macam tu, dah buat jantung aku makin dumdedak dumdedak.
Haih.
Bukan apa, nak dekat dah dengan wedding. Dengan majlis akad nikah –khususnya.
Alhamdulilah, segala persiapan berjalan lancar. Kalau ada apa masalah pun, turn to ALLAH.
Mohon diguide ke jalan dan arah yang lebih baik.
Dikurniakan pasangan / bakal suami yang cerewet ibarat pelengkap pada aku yang asal boleh.
So, dia pelengkap walaupun menyebelkan.
Dan aku pulak hentam keromo punya orang.

Tapi, bukan nak cite pasal dia. Tak nak pun.
Cuma nak cakap, kita pilih jalan nak bina masjid, ALLAH dah bukakkan pintu rezeki yang luas untuk kita.
Alhamdulilah. Rezeki tak putus-putus.
Ya, as what I mention in previous entry yang aku jual sticker bio energy save – bertujuan untuk jimatkan minyak- produk tu lah yang support sedikit persediaan perkahwinan aku.
Aku labur modal, aku dapat balik modal dengan untung. Pergh.
Banyak tu taklah tapi rasa memang bersyukur sangat.

Semalam, aku dapat rm200, dapatlah aku beli Tupperware love shape aku untuk doorgift.
So doorgift aku dah completed siap.
Alhamdulilah.

So, pagi-pagi pergi keje, ada orang usha nak beli lagi sticker. Dapat lagi duit. Ya Allah, bersyukur sangat.
Memang benar janji ALLAH, akan ada rezeki nak kahwin.

Jadi jangan takut.
Jangan gusar.
Jangan pertikai janji ALLAH.
Jangan banyak bagi alasan kalau kita pilih jalan nak dirikan masjid.
Jangan-

Allah tahu, apa yang kita perlu.
Allah sangat tahu.


Syukur. Dan bersedekahlah. 

Wednesday, 16 April 2014

Persiapan Perkahwinan Lagi Sebulan Lebih

Sebenarnya, aku buat blog kahwin ni bukanlah untuk show off setiap perjalanan perkahwinan aku. Aku cuma nak jadikan ianya satu diary untuk aku semak checklist kahwin aku. dan juga untuk membantu mereka-mereka diluar yang bakal menjadi raja sehari. cewahhh. Meh akak bantu awak adik-adik. Gitoo.

Diam tak diam, lagi lebih kurang 1 setengah bulan lagi sebelum wedding. Mak aii debaran semakin menghampiri. Mak aii mak aii. Tapi masih rilek lagi. Masih boleh foya-foya cuma time tidur je selalu berangan bukan-bukan.

Meh semak persiapan aku setakat ini.


Fitting Baju & Andaman

Ahad ni baru nak pergi fitting baju baru dan design baju baru serta pilih second baju. Tengah duk fikir kalau baju bersanding pakai songket, baju lagi satu nak pakai baju apa ya?? Oh ya, tunang aku sanggup tambah wang nak pakai songket. Aku pun rasa macam best plak buat suatu kelainan dengan pakai kain songket time sanding. Sebab sekarang songket boleh dipelbagaikan design.

Official Photographer

Dah setel deposit separuh so lagi separuh bayar nanti. Tapi tak tanya time lepas sanding atau lepas album siap. Lepas album siap kot.

Kad kahwin

Haa. Ni yang aku dok bebel-bebel haritu kan. Alhamdulilah aku dah rec’d kad jemputan aku dengan selamat beserta dengan 2 keping banting. So far ada lah yang aku tak puas hati sikit dengan kualiti kad tapi aku set mind aku, lepas guna orang buang jadi aku abaikan saja. Lagipun standard arr rege murah saje takkan nak demand. Ahaha. Aku order 1000pcs untuk kedua-dua belah pihak. Memula family tunang aku cakap takpe bagi dia 200pcs pun takpe sebab dia boleh copy je nanti tapi bila aku tanya tunang aku dia nak 400pcs for free. Hmm. Aku malas nak argue so aku pun bagi kat dia then kad belah aku pulak yang tak cukup. Aku order gan kawan aku 200pcs just untuk additional kalau tak cukup which mean belah aku ada 800pcs dan belah dia 400pcs. And all it’s for free. Untunglah dapat aku!


Persalinan Nikah

Alhamdulilah semua siap kecuali DIY Veil. Tinggal patch lace and jahit manic.


Dokumen Perkahwinan

Semua dokumen dah siap tapi masa kitorg pergi interview, tertinggal sijil nikah original mak dan ayah aku pastu surat akuan bujang tunang aku ade problem lepas tu tunang aku tak sedar diri yang dia sedang mastautin di daerah aku, maka dia tak de pun surat mastautin. Double job. Tension.

Jamuan Makan

Ayah aku dah hire vendor untuk masak ayam golek. Ok, sebenarnya lepas kitorang kira-kira balik, kos untuk masak ayam masak merah dan ayam golek adalah SAMA sebab beli ayam mentah dah dekat 12rggt sekilo tapi kalau ayam golek dia kira rm16 seekor tau bukan sekilo. Lepastu kurang tenaga kerja nak merewang so kitorang decide amek vendor ayam golek. Lauk lain tu macam nasi minyak, daging masak blackpepper, & lain-lain lagi. Tak amek port.


Doorgift

Aku sebenarnya tak ada niat pun nak double standard dalam pemberian doorgift ni sebab kalau bajet aku banyak ape yang VIP guest dapat dengan orang kampong dapat aku dah buat sama dah. Tak ada beza-beza. Tapi, sebab agak cost up jadi aku bagi apa yang berpatutan juga pada orang kampong aku. Lagipun, kena faham tetamu yang jauh-jauh takkan aku nak bagi dalam paper bag nipis kan? Jarak die datang agak jauh. Kot-kot ada yang kirim ke belum sampai ke tangan pengirim dah koyak. Jadi aku bagi beg & doorgift yang sesuai. Untuk orang kampong takpe, rumah dekat. Nak koyak kat rumah pun tak makan hati punya. Tapi, main thing untuk doorgift ni semua dapat Yassin. Itu paling utama.

Bilik Pengantin

Alhamdulilah, set katil ala-ala Famista yang aku dok suka sangat tu dah sampai & seriously sangat cantik. Almari & cermin pun cantik.  Set putih. Bilik aku kaler krim. Aku tak tukar kaler cat sebab nak nampak luas and yes aku semak kalau bilik pengantin which is sepatutnya kemas dan suci dikalerkan dengan warna yang light sangat. Oh tidak. Untuk hiasan bilik semua serah kat vendor sebab include dalam pakej. Cadar je tengah difikirkan. Kalau berduit nak beli cadar putih tapii rasanya tak yah membazir. Guna je kakak punya cadar yang kilat-kilat tu. Xpe, lepas majlis tukar cadar biasa baru tdo. Haha. Letak sikit hiasan lilin aromaterapi. Enough kot.



Centerpiece

Benda ni senang je. Buat pakai tin. Jimat dan murah. Letak crepe paper sikit. Nanti aku rajin aku buat tutorial okay.


Bunga Tangan


Siap. Buat sendiri. Buat pakai kain satin untuk bunga tangan nikah & buat pakai pearl untuk HB sanding. Sesaje je sebenarnya. Haha. Rajin sangat.

Bunga Pahar

Bunga pahar aku, aku buat sendiri guna crepe paper flower. Kalau nak dapatkan tutorial boleh google je sebab dah ramai buat tuto. So, aku guna kaler peach & mint green. Masuk bulan 5 nanti baru aku nak kembang-kembangkan.

Kek Kahwin

Belum order. Tengah fikirkan design nak buat macam mana. Tak pike sangat sebab aku tempah dengan akak satu blok aku. Memang dia tukang buat kek kahwin. Range price pun not bad. Yang penting rasa mesti sedap.

PA System @ Karoke

Aku sebenarnya malas nak hire karoke kat event aku nanti. Sebab semak, bising dan memekak. Depan rumah aku tu kuburan jadi aku rasa aku just nak letak PA system dan pasang je lah lagu-lagu cinta. Nowadays pun orang dah tak ramai amek karaoke sebab kalau penyanyi suara sedap, ok lah jugak. Ni harem….


Family Attire

Gabungan warna peach & tiffany blue. 50% done la kot. Tak amek port. Cuma kalau sempat aku nak jahit beads kat baju diorang semua. Just for fun and sesaje je.

Photobooth Props

Hire kawan aku untuk print out template pastu aku gunting sendiri. Setengah hari dah siap. Senang je. Untuk photobooth rasanya aku akan DIY sendiri sejimat mungkin. Tak yah membazir.

Signage

Ini belum siap. Tapi benda paling senang. Ingat nak buat klasik & lain dari yang lain tapi nanti dululah. Tengok kerajinan.

Hantaran

So far dah beli bekas hantaran cuma barang-barang belum lagi. Plan nak beli hujung bulan 4 ni. Lepastu beli bahan-bahan sikit je then dah boleh hias. Buat paling simple takyah renda-renda manic semak-semak sangat. Haha.

Lagi lagi lagi……….

Apa lagi ehh??


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak teringat. Nanti kalau ingat akan diupdate. So far tak attach gambar sebab gambar nanti kot masa majlis. Aku akan buat next review. Sekian.


Oh yaa,

14.04.14 haritu anniversary pertunangan kitorang yang pertama. Alhamdulilah, moga Allah permudahkan dan beri kebahagiaan pada kami hingga ke akhir hayat. InshaAllah….








Thursday, 3 April 2014

Lembab





Hai. Ini adalah Siput. Siput adalah binatang paling lembab (agaknyalah) dalam dunia. Rumah aku tak ada Discovery Channel jadi aku rasa Siput binatang paling slow.

Aku tak kutuk kau ea Siput. Aku cuma nak cakap janganlah kita menjadi Siput. Lembab dan slow dalam semua benda. Aku memang paling pantang yaa dengan orang lembab.

Macam adik-adik aku la. Mereka semua spesis lembab slow dan suka buat aku bengang. Sebagai contohnya, aku balik keje aku terus bagitahu adik-adik aku untuk siap sebab aku nak pergi bando jap beli barang.
diorang masih lepak-lepak buat dang buat donno je. Aku da siap dalam masa 20minit dan apabila melihat seorang dari mereka pun tak siap, aku segera menjerit.

"Pehal tak siap lagi ni???"

Diorang jawab, "eh ingatkan tipu.." lalu bangun dan bersiap.

Oh Tuhan...


Kenapa aku dapat adik-adik lembab begini..(sambil nangis hiba )


Bukan cerita pasal diorang sebenarnya. Cuma nak cerita kelembapan syarikat yang aku order kad jemputan. Aku dah place order bulan 2 tapi hingga kini masih belum siap.

Aku tahu mungkin bisnes dia besar dan dia mungkin ada juta-juta-juta pelanggan (macam tipu je). Tapi janganlah pending kad kahwin aku lama-lama. Haih.
Takkan takde incharge pada customer-customer tertentu.

Kad aku, aku share dua pihak. Pihak laki dah tanya. Adui.

Dan bila aku utarakan hal ni pada kawan aku, die cakap 'Padan muka sape suruh kau beli online'. damn sangat nasihat dia. 

Bila mak aku tanya, aku jawab ni je.

"Kertas dia tengah order dari Jerman. Leadtime 45hari mak."

Mak aku tercengang sambil lalat masuk mulut. Aku segera menutup telinga kiri dan kanan tak mahu dengar dia membebel.

Come on lah. Jangan lembab sangat boleh tak?




Tuesday, 1 April 2014

Teaser : Baju Nikah

Due to left than 57days lagi sebelum my wedding day, so aku dengan rasa terujanya nak buat entri pasal baju nikah aku.
Tapi,
kita layan teaser dulu okay!~

Macam yeyek tak siap nak teaser-teaser bagai.
HAHAHA.
layan je ok.

My half preparation for Nikah attire.










Tadaaa. Masih belum 100% siap. Perlu letak manik as detailing pada lace baju ini.

So far  untuk baju nikah aku dah spend around RM300 untuk material dan upah baju sekali.

Material : 

Satin : RM 14.90 x 6 Meter = RM90
Lace : RM 19 x 2 Meter = RM36 (Aku dah tak ingat actual price sebab da lupa, tapi i thought around that price)
Chiffon : RM10 x 4 Meter = RM40 (for veil and shawl)

Upah :

Upah jahit lace + lining + satin button yang kat lengan and belakang baju = RM120.

Detailing :

Manik = RM18

TOTAL : RM304 (for Nikah Attire)

Semua material diatas aku beli dekat Kamdar - Plaza Angsana. 

So then, left than 57days untuk aku completekan DIY projek buat veil , shawl dengan jahit detailing pada lace baju tu kalau tak nampak kosong sgt.

Pls.  Wish me success!~






Tuesday, 25 March 2014

Pesanan Penaja : Jangan Survey-Survey.

Sedikit pesanan penaja bagi mereka-mereka yang bakal berkahwin. 


KALAU ok. Kalau uols nak pergi survey, pesanan penaja agar jangan pergi kalau duit takde. Haha. Ini kisah benar. Dan kisah ni baru je berlaku. Kisah nak beli katil. Sedih sikit aa.

Begini kisahnya. Bulan lepas, aku dengan mak aku ada pergi kedai perabot nak beli set katil. Kitorang pusing satu Kota Tinggi. Ada 1 kedai ni, yang jaga kedai tu mat bangla (mungkin Malaysia ni dah xde Melayu kot -positif) jadi aku pun sevey2 set katil yang aku minat.

Kriteria set yang aku suka adalah seperti berikut :-

1. Set warna putih (harus. ini adalah mandatory kalau x ikut - wadefakk gile )
2. Ada bling-bling . Mean ada diamond la. (shine bright like a diamond giteww)
3. Kalau takde bling-bling harus ala-ala katil Famista. macam bawah ni

Melihatkan set katil sebegini haruslah harganya MANDI ye tak. tapi yang kat kedai bangla tu taklah macam gini. sipi-sipi ade lah. ngehhhh ngeh ngeh.
4. Yang terakhir ialah kalau x de ala-ala famista haruslah mesti seperti no 1 diatas. (last choice).


Jadi, dengan berbekal kan ke-empat-empat kriteria ini yang memang cerewet tahap menyusahkan mak aku, aku dan emak aku pun jumpa 1 kedai ini yang mat bangla tu jaga la tadi kan DIMANA ada keempat-empat kriteria aku ni.

TAPINYA, aku tukar. Set katil aku amek bling-bling diamond dan set almari ambil ala-ala famista laaa .


Kitorang try tanye harga berapa without mattress sebab mattress dah ade kat rumah. So bangla tu kira punya kira punya kira dia kata RM1500. 

Aku pun ok. murah. tapi gedik. tak bersyukur. nak lagi murah. try ler ayat bangla tu.

"Bagilah RM1200"

Dia kata "tabuleyy la kakak. sudah murah jugak".

Ehm. aku diam. mak aku pun diam. yelah bukan bawak duit pun. aku cakap gan dia ok lah nanti aku datang balik. dia tak sempat cakap ape aku blah..

So, setelah aku ada duit, aku g balik kedai tu. TETIBA.............

"Ayoo kakak, iskarang tabuley kasi itu macam lagi la kakak... iskarang semua kedai sudah naik harga juga kakak..."

Nak tahu naik bape??

RM 2500.

Aku terus blah.Balik rumah sabarkan diri. Bukan rezeki aku. walau hakikatnya kecewa tahap meroyan. takpe. sabar. mak aku diam membisu. dia tahu anak dia ni memang feberet dengan putih.

Bukan takleh bayar 2500 tu, tapi dia nak cash. takde ansur-ansur. aku banyak lagi nak pakai duit. Jadi, aku pun blah.

Motifnya, kalau nak survey bawak duit sekali. At least tak rasa menyesal sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan, survey bukanlah jalan terbaik untuk dapatkan harga yang terbaik.

Dan, cerewet juga haruslah bertempat. Padan muka aku. sobssssssss...........