Hai readers,
Adakah kamu
seperti aku yang sedang diduga ? >_<
Serius cakap
lah kan, bukan aku sorang yang hadapi dugaan ini sementelah harini aku rajin **tetiba** nak google pasal dugaan nak
kahwin ni. Nampak kan xde keje. Eheh.
Yelah, memang
betullah bukan aku sorang yang alami. Ramai lagi -_-
Cuma, dugaan
kita tak sama, ye kan. Tak sama.
Bila aku baca
blog2 lain cite pasal dugaan kahwin diorang, aku rasa dugaan diorang lagi tough
kot. Betullah, Allah uji kita mengikut tahap kemampuan kita kan kan kan.
Tahniah jika
kalian mampu hadapi dugaan kalian. Syabas betey!
Even though
majlis aku belum berlangsung, aku dah gigih menghadapi dugaan-dugaan yang Allah
dah beri pada aku. Serius siapa yang tidak down tatkala kita diberi ujian
lagi-lagi menjelang hari bahagia kita??
Marilah aku
senaraikan dugaan yang setakat ini Allah beri aku rasa ;-
1. Tunang
cerewet
Yaaa,
perkara paling menjengkelkan pada aku sepanjang nak standby wedd prep ialah
sikap tunang aku yang cerewet. Dahlah bila aku bg cadangan dia x berkenan,
pastu bile aku mintak cadangan dia, dia kata nanti-nanti-nanti. Sampai satu
tahap aku rase macam menyusahkan dan aku rasa menyampah dengan dia. Hih! Tapi,
once dia da block pilihan dia, dalam apa jua keadaan, aku kena ikut -_- Sebagai contoh, dia pilih kain songket time
bersanding. Pada aku, sangat outdated kot. Tapi, after a few discussion, aku
decided buat moden style. Warna?? Haih, semalam baru balik fitting – color
block gila, striking mint green, tapi tunang aku cakap lawa- eh dia memang
pelik! Atau aku yang xde citarasa. Whatever.
2. Tarikh
kahwin
Semua
masalah ini berpunca dari sikap tunang aku yang tak suka plan awal and yes,
last year bulan 12 baru decided nak kahwin on 31st May 2014 which
mean cuti skolah. Dan aku x offended dia apa-apa. aku ikut. Tapi ada satu
masalah, bila kitorang pilih date tu, anak orang blok aku pun bgtau mak aku
yang dia pilih tarikh sama. Aku cakap gan mak aku siap2, kalau nak tukar, kita
tukar. Tapi mak aku insist. Dia kata kita tetap xyah tukar. So, anak orang blok
aku tu tukar ganjakkan seminggu. Tapi yang jadi masalahnya – semalam, masa aku
g fitting baju, asst bridal tu cakap gan aku, awak yang curik date si polan
sipolan tu eh?? – aku cam, EH ASAL KALO XPUAS HATI XLEH CAKAP DEPAN,?? KENAPA
NAK CITE SATU DUNIA AKU CURIK DATE DIA??
Aku redha sesungguh-sungguhnya redha. Hmm.
3. Color
Baju Sanding
As
I had mentioned in previous-previous entry, tema aku adalah tiffany blue +
peach. So, sebab tunang aku nak songket, jadi kena add on another rm150
(dibayar oleh tunang aku –pdn muke-) so I request the bridal person utk beli
kaler tiffany blue macam tu lah. Then, once die dah beli, semalam fitting aku
tengok ‘eh, ini hijau!’ and patch lace warna gold. Sumpah lari tema. Duh duh.
Sebab family members pakai tiffany blue + peach. Aiyoo. Xpela positif. Kata
peranten, haruslah blocking color. Lol. Tu bukan salah sape pun, dah takdir.
Sobsob.
4. Adik
Tak Dapat Balik
Adik
pempuan aku, tak boleh balik pasal dia kena g kursus. Kursus kat Melaka. Ngam2
date dengan aku nikah sanding tandang. Aku dah merajuk – tak jalan. Lantak kau
ler. Sedih gak ah. Tp nak buat camne. Pilihan dia.
5. Majlis
Kahwin Serentak
Dilema
rakyat marhaen Johor dimana sekarang wedding banyak yang buat hari Sabtu sebab
sekarang Kerajaan cuti Jumaat Sabtu dan Swasta cuti Sabtu Ahad. Waktu cuti x
sama. So, time cuti sekolah ini dimanfaatkan dengan buat walimah sebab
memudahkan orang untuk datang. Tapi, disebaliknya, banyak jugak wedding yang
serentak. Aku dengan kawan aku, kawan aku kakak die kawin date sama. Huarghhhhh
stress mak enon. MOga2 Allah mudahkan segalanya. And yes, bridal aku pun banyak
gak die kena handle wedding. So, serious said aku xleh terlalu demand!! Tapi,
aku bayar kot for the service?? Ehh, mcm mane nak buat ni?
Berat sebenarnya
nak hadapi setiap yang Allah beri pada aku ni. Tapi kawan-kawan aku cakap,
kalau kita terlalu fikir segala yang negative, aura negative yang masuk dalam
badan kita nanti. Jadi muka kita akan x berseri. Akan jadi x seronok sedangkan
kita nak hadapi saat paling bersejarah dalam hidup kita. Kan?
Memandangkan
kadang-kadang aku rasa sangat down dan tetiba nak nangis sebab benda-benda
negative masuk dalam badan, aku selalu dengar zikir2 untuk lawan hasutan
syaitan. inshaAllah, segalanya dipermudah.
Kalau hadapi
masalah tu, cuba lempar jauh2 perasaan tak best tu. inshaAllah akan lebih indah
=)
Kawan aku pun
ada cakap, masa wedding dia, lagi lah teruk. Tapi, dia enjoy!. Hehe. Aku try
buat. aku try.
2 comments:
I feel the same right now
I feel the same right now
Post a Comment