leopard iklan

Wednesday 16 April 2014

Persiapan Perkahwinan Lagi Sebulan Lebih

Sebenarnya, aku buat blog kahwin ni bukanlah untuk show off setiap perjalanan perkahwinan aku. Aku cuma nak jadikan ianya satu diary untuk aku semak checklist kahwin aku. dan juga untuk membantu mereka-mereka diluar yang bakal menjadi raja sehari. cewahhh. Meh akak bantu awak adik-adik. Gitoo.

Diam tak diam, lagi lebih kurang 1 setengah bulan lagi sebelum wedding. Mak aii debaran semakin menghampiri. Mak aii mak aii. Tapi masih rilek lagi. Masih boleh foya-foya cuma time tidur je selalu berangan bukan-bukan.

Meh semak persiapan aku setakat ini.


Fitting Baju & Andaman

Ahad ni baru nak pergi fitting baju baru dan design baju baru serta pilih second baju. Tengah duk fikir kalau baju bersanding pakai songket, baju lagi satu nak pakai baju apa ya?? Oh ya, tunang aku sanggup tambah wang nak pakai songket. Aku pun rasa macam best plak buat suatu kelainan dengan pakai kain songket time sanding. Sebab sekarang songket boleh dipelbagaikan design.

Official Photographer

Dah setel deposit separuh so lagi separuh bayar nanti. Tapi tak tanya time lepas sanding atau lepas album siap. Lepas album siap kot.

Kad kahwin

Haa. Ni yang aku dok bebel-bebel haritu kan. Alhamdulilah aku dah rec’d kad jemputan aku dengan selamat beserta dengan 2 keping banting. So far ada lah yang aku tak puas hati sikit dengan kualiti kad tapi aku set mind aku, lepas guna orang buang jadi aku abaikan saja. Lagipun standard arr rege murah saje takkan nak demand. Ahaha. Aku order 1000pcs untuk kedua-dua belah pihak. Memula family tunang aku cakap takpe bagi dia 200pcs pun takpe sebab dia boleh copy je nanti tapi bila aku tanya tunang aku dia nak 400pcs for free. Hmm. Aku malas nak argue so aku pun bagi kat dia then kad belah aku pulak yang tak cukup. Aku order gan kawan aku 200pcs just untuk additional kalau tak cukup which mean belah aku ada 800pcs dan belah dia 400pcs. And all it’s for free. Untunglah dapat aku!


Persalinan Nikah

Alhamdulilah semua siap kecuali DIY Veil. Tinggal patch lace and jahit manic.


Dokumen Perkahwinan

Semua dokumen dah siap tapi masa kitorg pergi interview, tertinggal sijil nikah original mak dan ayah aku pastu surat akuan bujang tunang aku ade problem lepas tu tunang aku tak sedar diri yang dia sedang mastautin di daerah aku, maka dia tak de pun surat mastautin. Double job. Tension.

Jamuan Makan

Ayah aku dah hire vendor untuk masak ayam golek. Ok, sebenarnya lepas kitorang kira-kira balik, kos untuk masak ayam masak merah dan ayam golek adalah SAMA sebab beli ayam mentah dah dekat 12rggt sekilo tapi kalau ayam golek dia kira rm16 seekor tau bukan sekilo. Lepastu kurang tenaga kerja nak merewang so kitorang decide amek vendor ayam golek. Lauk lain tu macam nasi minyak, daging masak blackpepper, & lain-lain lagi. Tak amek port.


Doorgift

Aku sebenarnya tak ada niat pun nak double standard dalam pemberian doorgift ni sebab kalau bajet aku banyak ape yang VIP guest dapat dengan orang kampong dapat aku dah buat sama dah. Tak ada beza-beza. Tapi, sebab agak cost up jadi aku bagi apa yang berpatutan juga pada orang kampong aku. Lagipun, kena faham tetamu yang jauh-jauh takkan aku nak bagi dalam paper bag nipis kan? Jarak die datang agak jauh. Kot-kot ada yang kirim ke belum sampai ke tangan pengirim dah koyak. Jadi aku bagi beg & doorgift yang sesuai. Untuk orang kampong takpe, rumah dekat. Nak koyak kat rumah pun tak makan hati punya. Tapi, main thing untuk doorgift ni semua dapat Yassin. Itu paling utama.

Bilik Pengantin

Alhamdulilah, set katil ala-ala Famista yang aku dok suka sangat tu dah sampai & seriously sangat cantik. Almari & cermin pun cantik.  Set putih. Bilik aku kaler krim. Aku tak tukar kaler cat sebab nak nampak luas and yes aku semak kalau bilik pengantin which is sepatutnya kemas dan suci dikalerkan dengan warna yang light sangat. Oh tidak. Untuk hiasan bilik semua serah kat vendor sebab include dalam pakej. Cadar je tengah difikirkan. Kalau berduit nak beli cadar putih tapii rasanya tak yah membazir. Guna je kakak punya cadar yang kilat-kilat tu. Xpe, lepas majlis tukar cadar biasa baru tdo. Haha. Letak sikit hiasan lilin aromaterapi. Enough kot.



Centerpiece

Benda ni senang je. Buat pakai tin. Jimat dan murah. Letak crepe paper sikit. Nanti aku rajin aku buat tutorial okay.


Bunga Tangan


Siap. Buat sendiri. Buat pakai kain satin untuk bunga tangan nikah & buat pakai pearl untuk HB sanding. Sesaje je sebenarnya. Haha. Rajin sangat.

Bunga Pahar

Bunga pahar aku, aku buat sendiri guna crepe paper flower. Kalau nak dapatkan tutorial boleh google je sebab dah ramai buat tuto. So, aku guna kaler peach & mint green. Masuk bulan 5 nanti baru aku nak kembang-kembangkan.

Kek Kahwin

Belum order. Tengah fikirkan design nak buat macam mana. Tak pike sangat sebab aku tempah dengan akak satu blok aku. Memang dia tukang buat kek kahwin. Range price pun not bad. Yang penting rasa mesti sedap.

PA System @ Karoke

Aku sebenarnya malas nak hire karoke kat event aku nanti. Sebab semak, bising dan memekak. Depan rumah aku tu kuburan jadi aku rasa aku just nak letak PA system dan pasang je lah lagu-lagu cinta. Nowadays pun orang dah tak ramai amek karaoke sebab kalau penyanyi suara sedap, ok lah jugak. Ni harem….


Family Attire

Gabungan warna peach & tiffany blue. 50% done la kot. Tak amek port. Cuma kalau sempat aku nak jahit beads kat baju diorang semua. Just for fun and sesaje je.

Photobooth Props

Hire kawan aku untuk print out template pastu aku gunting sendiri. Setengah hari dah siap. Senang je. Untuk photobooth rasanya aku akan DIY sendiri sejimat mungkin. Tak yah membazir.

Signage

Ini belum siap. Tapi benda paling senang. Ingat nak buat klasik & lain dari yang lain tapi nanti dululah. Tengok kerajinan.

Hantaran

So far dah beli bekas hantaran cuma barang-barang belum lagi. Plan nak beli hujung bulan 4 ni. Lepastu beli bahan-bahan sikit je then dah boleh hias. Buat paling simple takyah renda-renda manic semak-semak sangat. Haha.

Lagi lagi lagi……….

Apa lagi ehh??


Banyak lagi sebenarnya, tapi tak teringat. Nanti kalau ingat akan diupdate. So far tak attach gambar sebab gambar nanti kot masa majlis. Aku akan buat next review. Sekian.


Oh yaa,

14.04.14 haritu anniversary pertunangan kitorang yang pertama. Alhamdulilah, moga Allah permudahkan dan beri kebahagiaan pada kami hingga ke akhir hayat. InshaAllah….








2 comments:

Anjung Serai said...

tumpang iklan

Anjung Serai said...

PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
DEWAN 1000PAX - RM 19.80

MENU UTAMA
Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
Sambal Sotong Kering
Masak Lemak Nenas Ikan Masin
Dalca Sayur
Acar Buah
Ulaman & Sambal Belacan
Ikan Masin Goreng
Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
Air Kordial Oren Sunquick
Air Minuman

TIT BITS CORNER - 400pax
Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
Kuih Manis / Kuih Pedas

HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
Butter Prawn, Puding Karamel
Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

PELENGKAP MAJLIS
1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
1 Pasang Kerusi Pengantin
8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
Centre Peace Setiap Meja Tetamu
2 Buffet Station Beserta Dekorasi
Peralatan Buffet Golden Bell
1 Unit Meja Hadiah
1 Unit Meja Door Gift
1 Unit Meja Tit Bits
PA System & Deejay
Kompang
12 Orang Pramusaji
1 Orang Ketua Pramusaji

KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
Sepasang Persalinan Sanding L&P,
Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

KEK PENGANTIN
Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
Meja Kek Beserta Dekorasi

PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
1x Crystal Album 8" x 24"
1x Photo Frame 16" x 24"
1x Photo Frame 8" x 12"

BBQ CORNER (PERCUMA)
1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
Stall & Buffet Berasingan
Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan

**Ada Promosi Yang Harus Anda Miliki

Sila HUbungi Saya :-
Farish - 013 6691839 (Whatsapp)