leopard iklan

Monday 24 February 2014

Mimpi dan Jodoh

11 pagi tadi, aku rasa bosan yang amat. Memandangkan kerja aku dah siap maka aku dah dalam keadaan tak tahu nak buat apa plus dengan rasa mengantuk yang menebal  aku ambil handphone aku dan aku hantar mesej pada tunang aku.

Bosanlah. Dahlah mengantuk.

Tak lama kemudian dia pun balas. Oh alhamdulilah dia pandai balas.

Kenapa mengantuk? Malam tadi tidur pukul berapa.

Aku pun saja nak mengada menjawab begini:

Malam tak boleh tidur, mimpi pelik-pelik. Mimpi hantulah.

Agaknye die terkejut so dia pun reply lagi. Dalam hati eh balas plak. Biasa hal bodoh macam ni dia mane nak sangat amek port kan.

Mimpi apa pelik-pelik. Hantu apa?

Aku saje la kan menguji dia aku jawab begini.

Entahlah, nak cakap pun susah.

Dia balas lagi gini

Saya tak suruh cakap. Saya suruh  sms je.

Eleh. Macam bagus plak. At last aku saje sound gini.

Sejak bila awak berminat nak tahu?

Then dia pun merajuk lalu dia Cuma balas oklah saje. Aku pun balas lah kat dia.

Saya dah berapa malam mimpi muka awak. Awaklah hantunya. Tp sebelum tu saya buat solat istikarah dulu.

Selambe je. Agak die bengang dia balas. Ha oklah mcm tu.

Tapi seriously memang betul sejak dua menjak ni aku asyik mimpi dia. Mimpikan raut wajah dia. Sebelum tidur, aku sering berdoa agar ditunjukkan wajah jodoh untuk aku. Alhamdulilah, perlahan-lahan Allah itu membukakan petunjuknya. Sama ada kita –manusia- sedar atau tidak dengan petunjuk itu.

Ya Allah,

Kemudian aku sengaja membahaskan isu ini pada kami berdua. Hanya ingin melihat bagaimana dia menggambarkan tentang kepentingan isu yang sedang aku bahaskan ini.

Awak yakin saya jodoh awak? Berapa yakin?

Dia balas.

Kalau kita tak yakin dengan jodoh kita, sampai bila pun kita tak tahu siapa jodoh kita.


aku jongket bahu sambil lidah aku menyebut ‘ok’ sahaja. Sesuatu yang positif mungkin. Sementelah sebelum ini kurang sekali dia ingin membahaskan isu ini maka aku rasa jawapan ini sesuatu yang positif.

Aku balas lagi, siapa pun yang awak pilih bukan persoalan. Membahagiakan insan yang awak pilih itu keperluan.

Okay. Perkara ini berterusan mungkin jika dia meletakkan perkara yang aku cuba ketengahkan ini dalam konsep yang sebenarnya lain dari apa yang aku cuba letakkan.

Aku tidak berfikir dia tak patut pilih aku atau apa. Aku cuma mahu dia fikir, bahagiakan insan itu meski bukan aku.

Itu saja.


2 comments:

wawa syaida said...

sebelum kawen pun saya pernah terfikir macam ni...ada dalam entry saya yang lama2 ^___^

Unknown said...

@wawa syaida, yeke? nak bacelah nanti.. biasa nak kawin ni mmg ada feeling2 sikit betul ke x ek pasal jodoh.. kena yakin..