leopard iklan

Monday, 23 September 2013

Kisah Sedih di Hari Lahirmu

Hai.
Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam limpahan rahmat dari-Nya. inshaAllah.


Mungkin kali ni entri saya agak berbeza.
Hemm..
Bunyik macam serius rite?
Baiklah. Mari bercerita.
Kisah kepam yang dah berkepam dikepam. (????)


Alhamdulilah, ya Allah. Terima kasih atas ujian-MU yang tak terperi.
Akur.
Dan aku letakkan seluruh keredhaanku atas segalanya.
Aku tahu.
Segalanya bersebab.
Dan sebab itulah aku ajari aku bertabah. Redha.

Episod sedih #1

7 September 2013

Harini hari lahir tunangku. Untuk pertama kalinya dalam hidup konon-konon aku nak bagi special gift sangattt pada dia. Gift tu taklah special sangat tapi special la jugak sebab aku first time nak bagi hadiah mahal pada dia. Hehe. Mahal la sangat. Handphone je kot. Ninetology Black Pearl 2 warna hitam untuk dia. Je kot. Haha. Masa tu aku guna rebate kerajaan so aku tambah another rm200 dan dipulangkan rm1 pada aku. Then, aku dah standby godek2 that phone sambil teruja gila sebab ohsem wei system dia kan. So aku pun balik rumah standby nak bagi gift ni sambil konon2 potong kek secret yang sepotong je. For sure la aku beli sepotong sapa pulak nak habiskan balance. Biasalah nak date berdua je. Spoillah panggil ramai2. Dan tak relevan dah umur dia dah masuk angka 3 nyanyi2 happy birthday. Tak payah. Confirm dia lari laju2 balik rumah.

So, lepas balik rumah tu aku terfikir patut tak aku sampul atau tak eh? Masa tu aku plan begini. Aku nak beli shaver pastu nak balut masuk kotak siap reben konon2 nak bagi hadiah tu la kan. Pastu mesti dia sedih sebab dapat hadiah cum perlian maha hebat dari aku. *haha*. Tapi, masa tu tak sempat carik kotak dah nak maghrib. So, aku tuka plan tiba-tiba. Bagi jer ar hadiah tu dalam beg kertas. Dah malas nak pike. Nak beli kek sikit je. Then, aku pun mandi.

Pas mandi, sembahyang. Masa sembahyang serius aku rasa syaitan asik hasut aku untuk pike respon dia. Suka ke tak. Happy ke tak. Ke marah aku bazir duit. Atau dia pike aku menganjing handphone dia yang takde teknologi tue?? Sampai tahiyat akhir dah aku terpike. Entah apa aku baca. Allah sedeyh!~

Lalu, pukul 8 lebih setelah penat belit shawl konon nak nampak cantik sgt depan abang jadi aku pun start enjin keta dan keluar. Sambil tu mata aku melirik pada meter minyak yang tinggal satu bar. ‘adoi, kena isi ni..’ sambil aku buat muka cemberut. Aku pun decide nak isi dekat Bandar kota so dekat sikit dengan rumah kekasihku. Namun, sampai disatu persimpangan lampu isyarat, aku Nampak kereta depanku jamm.. apahal ni?? Aku pun tengok2 depan tapi tak Nampak sebab depan aku lori. Kecoh.

Aku pun layankan jammed dalam 10 minit macamtu. Aku dah standby pakai seatbelt takut2 ada roblock. Tekaanku benar belaka. Ya, ada roadblock. Eh JPJ lah. Tup2 dari kejauhan sorang anggota JPJ ni dah main lampu dengan aku suruh ketepi. Dihati terdetik, apa salah aku apa????? Tolonglah. Jangan buat leceh. Aku nak date ni….

Dan datanglah sorang pegawai ni cakap macam ni.. “dik IC, lesen..” aku pon bagi sambil buat muka seposen dibantu dengan cuak tak hilang serta keraguan atas salah aku. Dia datang balik cakap macam ni, “dik, no plat macam tu tak boleh pakai.. tolong sign saman kat sana…” oh my god, aku baru tahu. Dan-dan aku keluar keta sambil buat muka *dah tak ada ayat nak cakap muka aku camner*  so aku pun sign dan dengar sepatah ayat dia pastu aku masuk keta aku diam. nak nagis pun ada. Sebab dapat notis sekali.

Sampai2 rumah tunang aku, konon nak bagi dia senyuman paling manis, yang aku bagi surat saman sambil meraung… ‘Ini tak adil, ini tak adil…..’

Itu sahaja kisah sedih #1 saya. Nantikan sambungan kisah sedih #2 saya. Hahaa~




Hurm. Kesimpulannya,

Jangan pakai kereta. *tetiba*

Sembahyang biar ikhlas.


No comments: