Aku
dah pergi kursus kahwin tahun lepas. Betul-betul hujung tahun iaitu 28 & 29
Disember dekat Hotel Selesa, Pasir Gudang. Yelah, kan banyak sangat rumors kata
kalau pergi tahun 2014 nanti kena tidur semalamlah kena qiamulail lah dan sebagainya.
Aku rasa lagi bagus kalau sume benda tu ada. Siyes ok.
Bukanlah
aku nak mengkondem system yang sekarang digunapakai, tidak sama sekali, cuma
aku rasa ia patut direlevenkan dengan keadaan dan peredaran zaman sekarang ni.
Masa aku pergi, kursus tu 2 hari, dan dah dibahagikan kepada beberapa modul
yang akan diketengahkan oleh penceramah yang dilantik. Bab modul tu aku tak
mahu kacaulah. Ada sesetengahnya dah study habis dulu time sekolah agama darjah khas lagi-lagi subjek Munakahat tu
tapi mungkin ada sesetengah yang tak sempat skolah agama kan. Jadi, ianya
recall untuk mereka yang dah tahu basic dulu dan ilmu untuk yang baru tahu.
Cuma
mungkin ada 1 perkara yang aku rasa they should implement on their own kursus
kahwin program macam soal jawab perkahwinan dan masalah-masalah dalam
rumahtangga dan BAGAIMANA cara mengatasi masalah tersebut.
Memang
ada 1 modul iaitu Pembubaran Perkahwinan tapi itu dah last choice sangat dah
iaitu penceraian. Tapi the main thing is permasalahan sebelum penceraian itu
sendiri dan bagaimana mengelak untuk bercerai. Ini untuk sesetengah kes yang
masih boleh diselamatkanlah.
Bila
aku masuk ke page ni – kisah rumah tangga – even aku tak liked pun, aku just
survey2 je masalah kakak-kakak kita, aku tetiba jadi takut pulak. Aku tidaklah mengatakan TAKUT untuk
mendirikan rumahtangga tetapi aku cuma rasa gusar dan bimbang –SEDIKIT- untuk
menghadapi tiap masalah yang ada dalam rumahtangga nanti.
Benar,
setiap rumahtangga itu pastilah akan ada masalah tidak banyak namun sedikit
pasti ada. Goyang mungkin. Jadi, bagaimana kita hendak mengatasi semua ini
nanti?
Bride
to be diluar sana, berapa percent kekuatan anda untuk mengharungi masalah
perkahwinan nanti? Bersediakah anda? Walau macam mane pusing masalah sekalipun,
back to basic – BERDOA DAN MINTA PADA ALLAH S.W.T. this is the basic jika kita
lalui masalah. ALLAH maha MENDENGAR. Itu PASTI.
Namun,
sebagai bakal pengantin, bakal isteri atau jua bakal suami yang akan jadi
nakhoda dalam rumahtangga kita diwajibkan untuk ke kursus kahwin. Jadi, aku
sangat merasakan kursus kahwin ini adalah satu medium yang PALING PENTING untuk
setiap bakal-bakal suami isteri hatta isteri kedua sekali pun untuk belajar dan
memahami apa yang perlu kita lakukan jika kita diberi badai dalam pelayaran rumahtangga.
Jadinya,
mungkin pihak yang mengendalikan kursus kahwin ni patut buat satu sesi untuk
bakal-bakal pengantin ni tanya tentang penyelesaian kepada sesuatu masalah itu.
Sebagai contoh,masalah suami ada affair dengan pempuan lain. Isteri tak reti nak masak
kat rumah. Suami suka main facebook instead of layan bini. Isteri suka main
wechat dengan ntah sape-sape. Look. Nampak macam kecik tapi kalau simpan dalam
otak boleh pecah kot. Pastu, memang nampak macam simple tapi kau tahu ke nak
atasi mcm mane? Sebab benda ni pernah jadi dekat org2 terdekat aku. Masih boleh
selamat tapi entahlah. Ilmu tu kurang – both side – so they decide to divorce.
Allah,
Jauhkan aku.
No comments:
Post a Comment