leopard iklan

Monday 22 July 2013

Pos Hayat dari Pos Malaysia

Selamat petang.

Tiba-tiba harini macam seram pulak nak balik sorang. Selalu my sis ada sekali tapi hari ni dia gatal miang nak cuti padahal sihat je tadi. Bukan apa, selalu aku balik 6.30pm taklah jammed sangat tapi bila masuk bulan puasa ni, company bagi balik awal 6.00pm waktu tengah sesak sangat kat jalan sebab kebanyakkannya semua balik sama waktu. So, drive layan jammed dengan cik puteh tu yang manual, dalam pukul 7 jugak baru sampai rumah. Sama je kalau aku balik 6.30pm sampai rumah pukul 7.15pm. Eh, kalau yang tak tahu tu aku duduk Air Tawar 3 ulang alik ke Desa Cemerlang tiap-tiap hari kecuali Sabtu & Ahad okay. So, total kilometer pergi balik plus minus dalam 70km/perday. Lepak? Haruslah. Tapi dah hari-hari kan?

Kalau pergi balik kerja tak kira kat mana pun anda lalu, mesti ada je berlaku kemalangan kan? Tulah. Diri ini pun kadang-kadang risau jugak. Ada je kemalangan yang kadang-kadang mengakibatkan kematian atau kecederaan anggota. Aku pun risau jugak. Kita tak tahu apa yang kita akan lalui kelak. Kot lah balik ni, aku eksiden ke (mintakkkk dijauhkannnnnn) dahlah langsung tak ada perlindungan apa-apa. Sekurang-kurangnya kurang sikit beban keluarga kalau kita ada perlindungan kan.

Semua orang pun tahu apa itu insurans kan?Insuran ada beberapa jenis macam insuran peribadi, insuran liability & beberapa lagi yang aku tak tahu. Insurans peribadi ni ialah perlindungan anggota badan atau pampasan kematian selepas berlakunya sesuatu tragedy yang tak kita duga. Macam kereta pun ada jugak insurans. Tapi, kalau cakap bayaran bulanan insurans sendiri, aku pasti ramai yang geleng kepala. Bukan apa, komitmen bulanan pada harta yang sedia ada pun banyak, lagi kita nak tambah komitmen insurans yang sebenarnya penting ni kan? Kalau aku pun, aku geleng kepala. Aku tahu benda ni penting sangat. Tapi kalau komitmen bulanan untuk insurans cecah rm200 untuk kategori pendapatan sederhana, aku rasa memang boleh pening kepala hokay. Belum campur dengan ansuran kereta lagi, pembayaran hutang PTPTN lagi (hoho macam aku je) , duit untuk parents lagi, kalau yang dah ada anak, duit penjagaan anak lagi. Wow. Memang membebankan bukan?

Tapi jangan risau. ada suatu penyelesaian untuk anda semua termasuk aku.

Semalam, one of my friend yang kerja Pejabat Pos Malaysia ada whatssapp aku pasal insurans Pos Hayat dari Pos Malaysia. Mulanya, aku malas nak ambil tahu tapi dari apa yang dia terangkan ada jugak kebaikannya.



Setiap ahli masyarakat seharusnya mempunyai perlindungan insurans hayat yang mencukupi untuk memastikan waris mereka mampu menguruskan pengebumian dan mempunyai sumber kewangan untuk membantu meneruskan kehidupan sementara mencari sumber alternatif lain.

Berdasarkan konsep insurans untuk rakyat dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap ahli masyarakat mempunyai perlindungan insurans hayat, Uni.Asia Life dan POS Malaysia mengambil inisiatif memperkenalkan POS Hayat, satu insurans hayat berkelompok yang menawarkan perlindungan asas pada harga yang amat berpatutan.

Manfaat

POS Hayat menawarkan tiga jenis pakej iaitu, Pelan 1, Pelan 2 dan Pelan 3.

  • Perlindungan ditawarkan hingga umur 70 tahun.
  • Proses penyertaan yang mudah dan cepat.
  • Pembaharuan tahunan perlindungan terjamin.
  • Premium serendah 11sen* sehari.
  • Pelepasan cukai tahunan untuk premium insurans (tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri).
* Bagi Pelan 1 (Semasa berumur 18 hingga 50 tahun)



Jadual Pembayaran Premium

Dari apa yang aku faham, kita kena bayar SETAHUN sekali SAHAJA okay.! Jimat tak? Tempoh matang untuk claim balik insurans ini setelah 3 Kali bayar maksudnya 3 tahun. Sekiranya berlaku kemalangan dalam tahun pertama kita dilindungi, kita hanya akan dapat premium tahunan tersebut sahaja. Kalau dalam tahun kedua, kita dapat separuh dari jumlah yang dipremiumkan. Begitulah seterusnya.

Apa pun, sekurang-kurangnya insurans bayar sekali setahun ni bolehlah jugak cover apa-apa kalau berlakunya sesuatu pada diri kita kan? Lagipun, kalau kita masih muda, jumlah kena bayar tahunan tak adalah mahal sangat kan.

Maklumat lanjut & details tentang Pos Hayat sila klik SINI.

So, jangan lupa daftar cepat-cepat tau.
 


No comments: