Membaca tajuk entri diatas jelas sekali menunjukkan
bahawa dengan ini sudah tinggal lagi 2 bulan sebelum saya diijabkabulkan –dengan
izin Allah-
Tarik nafas panjang.
Allah.
Saya selalu tanya pada diri saya,
Berapa sedia saya dengan tanggungjawab baru saya
nanti?
Saya tahu. Kalau sudah sampai masanya nanti saya
pasti akan kahwin jua. Saya akan tinggalkan alam bujang saya. Saya akan
tinggalkan katil bujang saya. Saya akan tinggalkan adik saya pula tidur
sendirian. DAN, saya akan tinggalkan ibu saya untuk suami saya.
Sebenarnya, saya sedih. Dan segala perasaan saya
bercampur baur menjadi satu.
Saya cuba buat biasa-biasa tapi kadang-kadang
perasaan itu halus menerjah minda saya lagi-lagi bila saya sedang berangan
sebelum tidur. Saya toleh keliling saya. Saya pandang ruang bilik saya. Saya
memang bukan pergi mana-mana pun tapi saya tahu hidup saya pasti tidak lagi
seperti harini.
Saya akan berdua. Bersama suami.
Sering saya terfikir, kalau gaduh dengan suami saya
nak lari mana. Saya memang ada kereta dan ada lesen malahan saya boleh lari
kalau saya mahu , tapi saya tahu perbuatan itu dosa kalau suami tak redha. Memang
tak redha pun sebab lari. Dah terang-terang lari dari rumah tu berdosa.
Lagi satu, saya selalu bangun lambat dan bangun pun
mak kejut. Habis tu kalau saya dah kahwin, saya kena kejut suami pulak ke? Kalau
dia tak bangun saya takkan nak simbah dia dengan air macam mak saya buat (tipu,
dia biasanya renjis sikit-sikit). Kalau suami saya basah dia bangun mesti dia
mengamuk. Nanti saya kecik hati macam mana.
Bagaimana pula kalau saya memasak. Saya bukanlah
hebat masak sangat pun. Masak kalau tak panggil emak memang tak sah la kan. Jadi
saya memang bukan hebat sangat. Saya dah beritahu tunang saya siap-siap yang
saya memang sendu bab masak. Dia kata boleh belajar. Habis kalau saya belajar
pun dia kata saya tak pandai masak lepas kahwin nanti, saya nak buat apa. takkan
saya nak belanja dia makan free hari-hari dekat luar. Lemak tongkeng dia.
Selain itu, bagaimana pula situasinya kalau saya
nak ajak balik kampong saya dia taknak bawak. Memanglah saya boleh memandu
sendiri, tapi kalau balik kampong tanpa suami tu nanti apa pula orang kata kan.
Nanti dikatakan bergaduh pulak. Macam mana, macam mana.
Banyak lagi yang buruk-buruk selalu hinggap dekat
sel-sel otak saya. Syaiton time-time darah manis ni suka sangat hasut bakal
peranten ni untuk buat keputusan memvavi buta. Dia ingat kita bodoh sangat ke
nak ikut kata dia.
Kita tetap nak kahwin.
Tetap.
Biarlah masalah tu datang dalam hidup kita,
pandai-pandailah kita mohon Allah s.w.t untuk mudahkan segala-galanya. Lagi dua
bulan je. Lagi dua bulan.
No comments:
Post a Comment