Dengan
bermulanya entri ini ditaip, dengan ini jua bermulalah perjalanan dietku.
Ya. Kali ni
serius yang amat nak diet.
Sebenarnya ia
bermula malam tadi sebab tekak teringin nak makan bakso lalu ajak mak tapau
bakso dekat gerai depan rumah lepastu dah mencekik bakso sebungkus tanpa
tinggal sesenduk kuah mahupun sehelai mee, lepastu dengan rasa tak bersalahnya
pergi ambil lagi sepinggan nasi dan makan pula dengan ikan sambal dan sayur
sawi emak. Macam, pergh macam tak hengat dia makan.
Nah, selepas
makan habis nasi sepinggan juga tanpa ada tinggal kecuali yang tinggal
duri-duri ikan dan batang-batang sawi baru sedar, oh maigad kenyangnya.!!
How serius
myself ea boleh mencekik macam tak ingat dunia??
Lepas tu
duduk dekat bilik bersandar kekenyangan. Menyesal tak guna sebab sedapkan hati
cakap jelah rezeki.
Lepas tu
pegang-pegang peha, pegang-pegang perut rasa macam Yana, kau tak boleh terus
membiarkan nafsu makan menguasai kau. Kau nak kawin,Yana. Kau nak kawin!
Malam tu
sepatutnya selepas mencekik dengan buas dan lahap, aku perlu buat exercise
sedikit seperti sit up (seperti kebiasaannya lah) untuk kurangkan perut buncit,
tapi mungkin atas desakan syaitan ‘ah kau dah mencekik banyak lepastu kau nak
senam its just like takade function gitu lol’ jadi aku terus membiarkan
semangat itu berkubur terkubur seperti kuburan.
Kenapa
kemalasan itu sering menjadi batu penghalang dan nafsu itu sering menjadi batu
api dalam usaha menguruskan badan??
Kenapa.
Kenapa. Kenapa.
Dahlah. Usahlah
merungkai persoalan yang bagai batu menghempap diri ini. Tiada jawapan lagi logic
dan memberangsangkan yang boleh dicapai dari diri sendiri.
Marilah kita
mula berdiet.
Tolak nasi
ketepi, kita makan oat saja. Lalalala. Dan kita saksikan lagi dua minggu berat
aku tinggal berapa. Harap-harap dalam 50kg sebab sekarang berat aku 56kg. kbye.
No comments:
Post a Comment