Hai. Ini adalah Siput. Siput adalah binatang paling lembab (agaknyalah) dalam dunia. Rumah aku tak ada Discovery Channel jadi aku rasa Siput binatang paling slow.
Aku tak kutuk kau ea Siput. Aku cuma nak cakap janganlah kita menjadi Siput. Lembab dan slow dalam semua benda. Aku memang paling pantang yaa dengan orang lembab.
Macam adik-adik aku la. Mereka semua spesis lembab slow dan suka buat aku bengang. Sebagai contohnya, aku balik keje aku terus bagitahu adik-adik aku untuk siap sebab aku nak pergi bando jap beli barang.
diorang masih lepak-lepak buat dang buat donno je. Aku da siap dalam masa 20minit dan apabila melihat seorang dari mereka pun tak siap, aku segera menjerit.
"Pehal tak siap lagi ni???"
Diorang jawab, "eh ingatkan tipu.." lalu bangun dan bersiap.
Oh Tuhan...
Kenapa aku dapat adik-adik lembab begini..(sambil nangis hiba )
Bukan cerita pasal diorang sebenarnya. Cuma nak cerita kelembapan syarikat yang aku order kad jemputan. Aku dah place order bulan 2 tapi hingga kini masih belum siap.
Aku tahu mungkin bisnes dia besar dan dia mungkin ada juta-juta-juta pelanggan (macam tipu je). Tapi janganlah pending kad kahwin aku lama-lama. Haih.
Takkan takde incharge pada customer-customer tertentu.
Kad aku, aku share dua pihak. Pihak laki dah tanya. Adui.
Dan bila aku utarakan hal ni pada kawan aku, die cakap 'Padan muka sape suruh kau beli online'. damn sangat nasihat dia.
Bila mak aku tanya, aku jawab ni je.
"Kertas dia tengah order dari Jerman. Leadtime 45hari mak."
Mak aku tercengang sambil lalat masuk mulut. Aku segera menutup telinga kiri dan kanan tak mahu dengar dia membebel.
Come on lah. Jangan lembab sangat boleh tak?
No comments:
Post a Comment