leopard iklan

Wednesday 17 September 2014

Terima Aku, Tinggal aku

Aku dilahirkan begini,
Dengan gabungan DNA-DNA kedua ibu bapa,
Dengan gabungan genetic berbeza,
Dengan penambahan perangai lahirnya bila,
Dengan tanda berbeza dengan semua.

Jadi lahir aku,
Sebagai aku.
Berbagai sifat. Berbeza citarasa. Berbeza pendapat juga berbeza idea.

Jadi apa dosa aku jika kita tidak sebulu?
Jadi apa salah aku jika aku lahir tidak serasi dengan kamu?
Jadi apa perlu aku melakonkan watak hipokrit semata-mata menyedapkan biji mata kamu?
Jadi adakah kamu mahu aku jadi pelakon reality berlindung dibalik segalanya hanya untuk kamu?

Aku adalah aku.
Sekali lagi aku tegaskan,
Aku tak perlu ubah watak ignorant aku dari diri aku.
Pergi menjauh, kalau perlu.
Pergi mati, kalau itu kau mahu.


Tegas- jangan ubah aku untuk ikut kepala kamu. Jangan.

Jadi, terima aku kalau mahu. Tinggal aku kalau perlu. 

Mudah. 

No comments: