leopard iklan

Monday 15 September 2014

Sampai Demam.

Aku rasa ini adalah kali pertamanya aku ditinggal sendiri selepas lebih kurang 4 bulan aku dengan dia disatukan. Aku tahu aku cukup annoying dan mengada-ngada sebab baru kena tinggal berapa hari aku dah boleh menangis bagai mcm ape ntah.

Sebab tu aku rambling kat sini instead of facebook ke IG ke. Sebab kat sini mcm kau kenal aku kan? Dan aku peduli ape kau nak cakap belakang. Yelah kalau kat FB ni for sure orang baca pastu meluatnya dengan dia ni blablabla. Kalau kat IG plak mereka akan scroll laju-laju kebawah sambil hati mereka berdetik ‘ini semak!’.

Jadi aku cuma nak meluahkan selepas aku luah aku rindu suami aku pada ALLAH selepas selesai solat. Kat sini. Boleh kan? Boleh? Terima kasih. Tak boleh g klik X kat PC kau. Its free kahkah!

Ok.

Minggu lepas birthday asben aku 7 September 2014 yang ke 31 tahun. Dan dia ajak aku pergi Honeymoon kat Cameron Highlands. Spend time dengan dia untuk beberape hari bedua saje. Lepastu entah ek walaupun asben aku ni spesis bukan manusia romantic tapi sepanjang kat sane die cukup romantic dah untuk aku. Bila aku tanya, dia hulur telinga dia pada aku. Supaya dia dengar apa aku nak cakap. Bila aku cakap lapar, cecepat dia carik makanan. Aku nak gi mane semua dia bawak. Heh, romantic gak aa untuk lelaki keras kayu cam dia.

Aku plan nak kasi hadiah dia baby dalam perut tp apakan daya belum ada rezeki. So aku postpone hadiah aku cakap “tunggu ade baby eh haa tu nanti hadiah awak” =p.

Awak?

Ya, masih gunakan penggunaan bahasa saya awak. Eh keras betul lidah aku nak panggil dia abang/sayang/hubby or whatsoever. Kenapakah ek.

Ok dah. Tak perlu suruh aku serta merta tukar penggunaan kata ganti diri macam petik jari. Susah tahu. Jadi setiap yang akan berlaku bukan senang nak berlaku. Erti kata lain perlu kan masa. Ewahh.



Aku rindu suami aku. sob sob. Padahal die pergi KL atas urusan kerja je pun. Dan bukan berbulan pun. Cuma lebih kurang 4 ari camtu. Mungkin sebab tu laa die bukan askar bukan keje offshore. sebab bini die gedik gila.  T_T

Dan mungkin sebab tu badan aku ni panas sejuk panas sejuk je. Tengkuk sakit. Perut rasa sebu. Nak demam mungkin. 

haih. 

TAKKAN KENA TINGGAL DAH DEMAM. DAMN !

No comments: