leopard iklan

Monday 21 July 2014

Kau Ingat Mudah?

Aku cuma nak bagitahu yang aku tak suka pun perasaan ni.
Tak suka.

Dulu-dulu masa aku belum kahwin,
Aku tak pernah fikir tentang perasaan ni.

Pada aku macam biasa je kot kalau orang tanya.
Jawab jelah belum ada rezeki.
Kan?

Tapi, bila aku dalam kedudukan sekarang ni
Dengan acah-acah macam ada isi macam tak,
Perasaannya jadi lagi macam pergh takleh nak cakap.
Yelah. Mula rasa mual2. Perut berangin. Rasa macam sakit breast.
Lepastu tetiba spot bleeding sikit.
Kau ghase??

Kau tak ke letak harapan macam ada jek??

Lepastu kau cek kalender.
Kiraan kau,
Kau baru je habis period 4 hari lepas. Arini kau sakit2 gitu. Eh tak kan lah. Kan.
Tapi kau kata tak tak tapi kau masih google. Kau masih research.

Come on lah yana. Kau tak perlu lah nak buat mcm tu.

Ye,ye memang aku taknak buat pun. Tapi perasaan-

Perasaan yang paksa aku buat gini. Memakse aku untuk cuba carik kebenaran. Siap buat UPT.
Negative.
Pastu campak jauh-jauh.

Dah tahu.

Tapi masih lagi aku google. masih letak harapan macam adalah konon-konon.

Kenapa ni.

Aku tak suka. TAK SUKA. T_T

Faham tak.

Kalau aku baru 2 bulan kahwin dah lalui macam gini. Apa pulak orang yang dah 5 , 6 tahun kahwin masih tak ada apa2?
Macam mana pulak dia lawan perasaan dia?
Pergh sungguh tak terucap.
Sungguh-sungguh hebat.
Ingat, lawan perasaan bukan mudah. Boleh gila tau.

Aku rasa cukup. Selepas entri ini ditulis, aku janji aku dah tak mahu layan perasaan tu.
Semua ni rezeki. Kalau ada, alhamdulilah.
Kalau takde, ada rezeki lain.

Aku harap aku boleh positif walaupun UPT aku negative.

Allah tahu bila aku perlukan anak aku.
Allah tahu.

Jangan berduka wahai hati, dekatkan diri dengan Nya dan bercintalah dengan dia (suami).



p/s : entri ini ditulis sebagai suatu bentuk luahan hati. Melayani perasaan bukan mudah. Membebaskan perasaan yang bukan2 juga bukan mudah. Dan zuriat. Semuanya tentang perasaan aku yang terlalu ‘tunggu’. Hei. Rileklah. Dua bulan baru. LOL.

2 comments:

Unknown said...

kann..semua org asyik tny..tak larat nak senyum n cakap belum rezeki lagi..xtau la smpai bila boleh bajet cool bila org tny soalan tu..huhuhu

Unknown said...

yela faezah. awak pun skg mesti tgh lalui kan. sy pun. kita sama. kita bukan Allah. kita tak tahu pun bila. tapi kita kata kita okay, tapi kita x okay pun. kan kan. hmm kita kena cuba buat benda lain supaya x ingat dan fikir sgt..