leopard iklan

Friday 25 July 2014

Raya Pada Aku


Aku cuma suka raya dulu-dulu.
Masa aku kecil.
Masa arwah atuk-atuk aku masih ada.
Masih semua sepupu-sepupu aku sebaya semua.
Masa pakcik-pakcik aku muda remaja.
Masa zaman teknologi tak begitu pesat membangun.

Masa tu.

Aku tengah cuba carik feel masa raya dulu tu.
Dan aku godakkan dengan masa sekarang.
Tapi tak adalah. Tak sama. Tak masuk pun.

Banyak kemungkinan.

Sebab aku dah besar.
Sebab arwah atuk-atuk aku dah tak ada.
Sebab semua sepupu aku da besar bujang kahwin bagai.
Sebab pakcik aku semua dah tua.
Sebab teknologi dah kuasai kita semua.

Semua datang pun bersebab. Sebab MASA.

Kau takkan jumpa masa dulu dalam sekarang punya zaman.

Tak.

Sedikit throwback mungkin.

Dulu kalau raya, emak ayah paling pening.
Kitorang orang susah. Tak ada kereta pun.
Emak ayah duk pikir nak chatter sape untuk hantar balik kampong.
Balik Pontian je pun.
Emak ayah kadang tepon pakcik suruh ambik. Pakcik ada kereta.

Pakcik datang ambik. Lalu jalan mane ntah.
Jauh sangat. Memang rasa jauh.
Rasa dah tido bangun tido bangun pun tak sampai.
Feeling dia jangan cakap.
Sediakan tuala dalam kereta takut muntah.
Maklumlah aku tak boleh kena aircond kereta sembarangan.

Sampai kampung wah seronok.
Tengok mak usu dah sampai.
Tengok mak long dah sampai.
Tengok yang mana tak sampai cakap kejap lagi sampailah tu.
Ayah salam atuk. Aku pun. Ikut giliran.
Ayah duk berbual dengan atuk.

Aku dan kakak2 adik ape lagi. Dah jumpa geng pecah kesopanan semua.
Seronok.
Mane sepupu yang dah besar duk sediakan berbuka. Masak.
Cuma nak cakap, seronok tu rasa.

Malam raya tak payah ceritala. Dia punya pesta mercun mmg terbaik.
Sampai berpeluh berlarian sebab main bunga api.
Best, semua berkumpul.
Tido bersepah. Yang pakcik dok borak benda ntah. Sampai pukul bape entah.

Pagi raya for sure semua lincah bersiap. Warna toksah cakap. Memang ikut family.
Warna warni aidilfitri.
Pastu salam2. Dapat angpau. Petang2 pusing kampung.
Malam kira dapat bape.
Sape dapat lebih. Dia ngelat.
Bukan ngelat la. Maksudnya dia usaha lebih sebab pegi banyak rumah.
Aha.

Esok-esoknya berkonvoi.
Raya rumah sedara.
Mana2 rumah aku x kenal pun terjah.
Yang penting collection.
Puas raya, balik rumah sendiri. Sambung.

Indah. Sangat indah.

Back to reality.

Dua tiga hari lagi nak raya.
Dengan gelaran baru bini orang pastinya aku rasa perasaan ni macam bercampur baur.


Pertamanya;-
Aku tahu yang aku dah cukup besar. Besar dan dewasa mungkin.
Yang memungkinkan aku untuk jangan bermimpi rasa pengalaman macam dulu2 lagi.
Masa berubah. Seiring umur. Seiring fizikal. Seiring kemajuan hari ini.
Moga2 masa yang ada selalu buat aku sedar.

Keduanya;-
Isteri orang.
Isteri-kepada-orang-dan-orang-itu iaitu suami aku.
Dan dia berhak atas aku. Tanggungjawab dia adalah aku. Aku kena sentiasa tahu.
Berada dalam landasan betul supaya tidak menambah saham akhirat dia nanti. Perlu sentiasa tahu.


Untuk dewasa ini, raya pada aku hanyalah

‘bermaaf-maafan’

Dan tak lebih dari masa untuk kita show off jenama baju handbag dan kasut.
Dan tak kurang juga trend selfie yang akan menerjah dunia.
Juga tak lupa zaman untuk kita sentiasa online social network .

Bukan macam zaman dulu.

Sudahlah.
Semoga silap kita diampuni. Semoga kejahatan kita dihalalkan didunia ini. Semoga kezaliman kita tidak diheret ke akhirat nanti. Semoga yang luka kita sempat ubati.

Manusia kan? Tidak pernah terlepas, bukan.

Maka ampunilah.


SALAM AIDILFITRI.


1 comment:

Unknown said...

salam aidilfitri na! btul..dah besar ni feeling raya biasa2 je,tak sama mcm kecik dulu. cuma perasan nak bermaafan dan melawat sedara untuk eratkan silaturrahim je bertambah. sebab dah matang mungkin.