Entri ini ditaip tanpa ada kena mengena dengan yang hidup
atau jua yang telah dijemput ilahi samaada baru atau setelah sekian lama. Entri
ini juga adalah berdasarkan pengalaman sang penulis yang benar-benar ketiadaan
tempat berkongsi duka selain setelah menghadap sang Penciptanya. Entri ini
ditaip ketika perut sang penulis benar-benar lapar dan sang penulis juga ketika
ini sedang bingung.
Saat aku
tersedar dari lena malamku,
Aku melihat
paparan telefon bimbitku.
Tiada pesanan
dari sang kekasih yang aku panggil dia kekasih.
Yang bakal
menjadi imamku jika diizin Allah.
Aku merenung
lelangit kamarku.
Apa jawapan
yang aku mahu dari dia? Adakah semua ini dusta semata?
Berterusan
aku merenung lelangit kamar. Namun jawapan itu tiada.
Semalam,
sebelum aku lelapkan mata,
Aku
menghantar sebuah pesanan padanya berbunyi begini;-
Awak, saya nak tahu seberapa besar sayang awak
pada saya.
Kedengaran
agak klise bukan?
Itulah hakikat.
Menempuh hubungan ini dalam tempoh yang boleh dibilang lama.
Hampir 4
tahun.
Ya, 4
tahun. Dan bagaimana pula aku mengklasifikasikan hubungan ini sebagai cinta
jika sampai saat ini aku belum pernah mendengar ungkapan sayang hatta cinta
dari lubuk hatinya yang dalam? Benar. Aku belum pernah mendengarnya.
Aku menanti
penuh debar jawapan darinya.
Aku tekun
memandang paparan telefon bimbitku untuk aku nanti setiap pesanan yang masuk
hingga entah saat bila aku lena dalam mimpi. Aku terlelap dalam sepi.
Sepi benar
hidup aku. Tak seperti kalian. Ya berbanggalah dengan pasangan kalian kerana
aku hanya sang penanti yang sepi.
Pagi ini,
aku tahu yang aku tunggu hanyalah sepi.
Tak perlu
aku ajar diri aku untuk menunggu lagi.
Bukan sebuah
perpisahan yang aku pinta, tapi hanyalah sebuah jawapan.
Walau hakikatnya
jawapan itu hanyalah sebuah penantian.
Sebenarnya,
aku lapar pada saat ini.
Aku cuma menulis
berdasarkan apa yang aku rasa sedangkan adakah aku tahu apa yang ada dalam hati
dia?
Kadangkala
cinta itu tidak semestinya diterjemah dengan sebuah ungkapan manis bak madu dan
jiwang romantis sampai geli bulu tengkuk.
Kadangkala
cinta itu diterjemah dari keikhlasan dia menerima kamu, berusaha untuk memiliki
kamu, berusaha untuk membahagiakan kamu.
Dan, cinta
itu adalah apabila terlafaznya akad
Aku terima nikahnya….
Bukalah mata.
Tidak SEMUA lelaki didalam dunia ini hidup hanya untuk melafaz ‘saya sayang
awak’ atau jua ‘I love u’..
Tidak semua.
Dan mungkin
takdir aku untuk bertemu insan seperti dia setelah gagal dengan cinta terdahulu
yang 24jam mengungkap sayang tapi habuk pun tada..
Jadi,
penantian itu tidak akan ada jawapannya jika aku terus-terus menunggu.. carilah
bahagia yang hadir.. lol-
No comments:
Post a Comment