leopard iklan

Monday, 20 January 2014

Diam



Terkadang menjadi diam itu perlu dalam sesuatu ketidaksabaran yang wujud antara dua lidah.
Diam untuk tidak mahu meneruskan.
Diam untuk tidak mahu memperpanjangkan.
Diam untuk suatu kekalahan sementara.

Diam.
Biarpun terus dijadikan punca.
Biarpun terus dijadikan bahan kesalahan selamanya.
Oleh siapa.
Si penokok penambah penghancur.

Biarlah.
Kalau perlu mati, biar mati.
Meneruskan dengan segala dendam yang ada, hanya menambah kebusukan hati kita.
Hanya perlu. Diam dan biar.

Kelak suatu saat.
Terbuka mata.
Dengan penuh persoalan yang berlegar.

Dia, tak salah.

Pandang dirimu. Aku penuh kebusukan.

2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

ada masanya diam lbh baik, Allah kn ada. Semuanya pasti terbongkar jua :)

salam perkenalan ya? :)

Unknown said...

hi cantik.. thanks.. salam perkenalan juga,,