Bismillah. Entri pasal kereta. Tak pasal-pasal.
Ek?
Orang dah lama teruja dengan keluaran baru Proton Saga SV tu.
Tapi aku, baru nak teruja.
Haha.
Mari aku cerita sikit.
Kronologi aku dan Proton Saga. *design baru bukan yang lamaa tu tau*
Ok,
Aku dari dulu.
Dari zaman sekolah,
Dari zaman kereta Saga BLM keluar meluncur laju dijalan raya.
Apatah lagi kereta Saga BLM SE *Special Edition* warna putih yang stylo dan howt *bagi aku* berselerakan dijalan raya.
Jiwa ini,
Berkobar-kobar.
Nak beli kereta itu.
Serius. Anak melayu sudah jatuh cinta sama kamu.
Tak silap aku masa tu aku tingkatan 4 atau 5.
Ntah.
Tak ingat sangat.
Tapi memang ah.
Aku betul-betul jatuh cinta. Yang kekal sampai sekarang weyh. Janji terpatri. Alhamdulilah.
Tanya ah kawan sekolah besprend aku dulu.
“peh kereta Yana lalu…..” sambil menjeling Proton Saga BLM SE yang laju mengaum di jalan raya. Sambil telan air liur. Kepala ligat memikir soalan sama – bila aku dapat beli kau?
Semua dah paham. Asal Proton Saga. Asal warna putih. Asal stylo. Apatah lagi SE. Semua pakat-pakat pandang aku. Memahami. Telan lagi air liur. *bilaaaaa!!*
Kemudian, setelah tamat belajar. Tamat study dekat Poli dengan Diploma, go through dengan impian nan satu tu.
TIBA-TIBA!!!!
Kecewa .
Sebab???
Proton dah tak keluarkan model BLM.
Dah ditukar ke Saga FL. Yang pada aku macam feminine sangat. Macam perempuan.
Ohhoo.
Mula-mula tak suka jugak. Preferred yang BLM punya model.
Nak ambik yang second, tapi tak berbaloi ah.
Nak yang baru. Nak yang baru. *sambil hentak kaki*
Baru namanya budak abis belajar dapat kerja.
Haih.
Panjang pike. Tapi situasi masa tu belum stabil sangat.
Ekonomi belum kukuh. Goyang lagi.
Baru kerja pun berhenti. Sebab sakit.
Hyperthyroidism.
So, rilek. Duk rumah. Simpan je dulu impian.
Walau bijik mata sakit jiran sebelah dah beli Saga FL.
Awal tahun 2012 begitu,
Keluar lagi model baru. FLX Pulak!
Haih.
Sama dengan FL. Tak tahu apa bezanya kan. Nama mungkin.
Dalam hati , ah boleh ah. Janji saga.
Start last year. Baru keje dua bulan kawan-kawan.
Ekonomi macam stabil je keje kat sini.
Aku decide beli je ah kereta ni.
Dah berbulu sangat ah.
Guna skim graduan yang aku penah cerita before.
Dan alhamdulilah.
Akhirnya.
Syukur alhamdulilah.
*suka & syukur sangat-sangat atas peluang dan rezeki ini*
Dan sekarang, dah keluar model baru kau
Proton Saga SV. *Super Value*
Boleh tahan. Design cantik. Warna menawan. Kualiti usah diperbandingkan. Harga jelas ekonomi. Dan paling penting ianya buatan MALAYSIA. Sila bangga okey.
Dan aku JELES.
Tahu kenapa Proton Saga dan keturunannya sentiasa dihati aku?
1. Ekonomi. – harganya sedaplah aku nak membayarnya tiap-tiap bulan. *sedapkan hati*
2. Sedan – muat untuk adik-adik aku yang ramai macam masuk zoo kalau jalan-jalan.
3. Bonet Luas – tahulah Persona / Inspira / Vios pun bonet luas tapi harga masing-masing tak ekonomi. Sakit tengkuk tu nak bayar monthly. *untuk aku la*
4. Jimat – hari-hari ulang-alik dalam 65km cuma satu bar iaitu RM10 sahaja. Jimatlah jugak.
5. Enjin – sesuai lah pempuan bawak 1.3cc. kalau jenis kaki racing nak laju belilah 1.6cc.
6. Selesa – tak macam kereta nak racing. Nampak ayu je kalau pempuan bawak. Lagi-lagi aku. Ahaks. Feminin.
7. Buatan Malaysia – Totally support hasil Proton yang ini punya designlah.
8. Dan yang paling penting sebab dah berkenan dah tak ada alasan lain dah.- lol?
Impian aku kecil je. Bukan nak pakai kereta mahal atau buatan luar Negara.
Dapat kereta ni pun aku dah bersyukur dah.
Sangat-sangat.
Bukan aku nak plessing sangat pun. Aku cuma nak bg keselesaan pada keluarga aku. Tu je.
Niat tu.
Kan. Dulu pernah susah. Kereta kancil bapak aku passing sana sini. Siang aku bawak, malam bapak aku bawak. Kesian.
Kita perlu bertindak kalau nak berubah.
Dan kalau dah berubah perlu kekal.
Kekal atau naik jangan sampai jatuh. *amboi cerita macam aku pakai BMW pulak kan*
Moga-moga stabil lah ekonomi sampai 8 tahun mendatang. Untuk bayar kau je cik puteh. Lepastu nak berhenti kerja. Lain laki tanggung.
Notakaki : kalau mampu, beli kereta lain. Kalau dihati nak pakai Vios, Honda, hatta Suprima S pun usaha sehabis baik. moga-moga rezeki awak. Saya hanya pandang kemampuan yang saya mampu. Semoga awak semua dapat capai cita-cita awak ya.~
No comments:
Post a Comment