leopard iklan

Thursday, 22 August 2013

Jagalah Rumahtanggamu


Tapi point disini ialah bukan tentang apa yang orang belum kahwin perlu lalui,
Tapi adalah apa yang orang belum berkahwin AKAN lalui.
Tolong fahamkan maksud disitu.


Aku,
Kau,
Dia,
Kita,
Semua,
Yang akan kahwin,
Bakal kahwin,
Bahagia sebelum kahwin,
Baru kenal dah nak kahwin,
Cinta selepas kahwin,
Dan sebagainya,
Akan rasa benda ni.

Senang kasi faham.

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pula suami isteri.

Bohong.

Kalau yang dah kahwin cakap,
Tak pernah gaduh sesama suami isteri.
Ukur balik tempoh berkahwin.
Relevankah dengan apa yang jari aku cuba sampaikan.

Mungkin ada. Sedikit. Bergantung. Kan?

TAPI,

Tolonglah,
Kawan-kawan.

Jangan jadi batu api.
Jangan jadi orang yang pentingkan diri.
Asal dapat cerita sensasi,
Tahu cuma seinci tapi terus dimanipulasi,
Sampai retak sesuatu yang boleh lagi diperbaiki.

Menangis.

Mak awak tak ajar macam ni kan?

*Perosak rumahtangga. Pengadu-domba. Penghasut. Penyampai berita tipu. Penambah perisa cerita. Perampas.*

Syaitan akan suka, gembira, melonjak, berjoget,
Walau belum runtuh tiang arasy sebuah perkahwinan.
Apatah lagi kalau runtuh.
Sedih.
Syaitan tepuk tangan.
Sebab kau berjaya jalankan misi.
Sedangkan ada yang terluka,
Berdukacita.

Tahniah.


Ingatlah.
Suatu hari nanti.
Kemenangan atas tangisan,
Akan ada sesuatu.
Yang kita tak tahu.
Tapi hanya DIA tahu.
Jagalah sebaiknya. Berbaiklah sebaik-baiknya.
Pohonlah dari-NYA.
Selagi ada nafas, jantung berdegup.
Peluang masih ada.

Wahai kawan,
Jaga rumahtangga kamu.
Jaga suamimu.
Jaga isterimu.
Apa jaminan mereka tak tertanggu?
Jika dulu sikapmu begitu?

Semua orang akan rasa.
Aku pun.
Mohon dijauhkan.
Mohon aku diberikan kekuatan kerana aku AKAN LALUI perkara itu.

Dan mereka yang teraniaya, mohon diberi kekuatan.

Dan kepada mereka yang menganiaya, mohon diberi kesempatan.

Kembalilah.

Kembali pada mereka yang pernah membuatmu senyum, pernah membuatmu berfikir untuk menikahinya dan yang pernah memasang impian bersama masa depan.

Dan sahabat,
Cukuplah menyebar segala cerita tak enak. Jagalah rumahtanggamu.
Moga kamu tak merasa,
SEMOGA. Ada sedikit pengharapan agar mengerti.

Ingat tuhan. Kerana dia ada.
Jangan biar DIA murka dan memberi kamu rasa atas silapnya mulut menghadam makna.
Ingat. ALLAH sentiasa ada.

JAGA MULUT. JAGA RUMAHTANGGA.

Dugaan berumahtangga itu pasti ada.
Tapi semoga BUKAN ORANG KETIGA.




Notakaki : aku jadi takut untuk berumahtangga gara-gara jiwa manusia yang suka membuat spekulasi, membuat synopsis tak relevan dan menyebok hal orang. Juga manusia yang suka menghasut. Tolong get lost boleh? Baru boleh kahwin dengan tenang. I wish.



Oh iya, jika kamu hanya melontar sebuah nasihat – terima kasih – *muka teruja*

tapi jika kamu juga pernah gagal dan membuat nasihat yang kurang bijak untuk diikuti juga –terima kasih- *muka tak apa*




































No comments: