Untuk pertama kalinya- aku masuk Stadium tengok bola.
HAHAHA.
ketawalah,
harus jakon disitu.
Semuanya sebab BIRU MERAH itu JOHOR hokay.
Masa malam tu, game last antara
Untuk mendapatkan tempat kedua Liga Super.
Juaranya sape lagi kalau bukan Kelantan.
(tak dinafikan ini team mmg superb hebat)
Aku sampai Stadium dalam pukul 3pm. Awal giler kot tapi orang dah ramai. Berpusu-pusu datang. Sume nak carik port baekk sebelum kena terjah dengan orang ramai. Well said, macam kitorang jugak ah. Aku pergi dengan sista , Lily & Abg Pejal Bako (jiran sebelah uma merangkap our 'abang besar' sebab die besar).
Our Abang Pejal. Besar tak? Well, dia yang protect kitorang sepanjang kat Stadium. Kalau kitorg berdua je mahu kena buli. Tapi, Johoreans tak membuli ken? hehe.
Pukul 3 sampai lah dekat pukul 4 jalan-jalan, tengok deretan kedai yang jual macam-macam barang especially baju JDT. Memang banyak ah.
Nampak biru merah je kan? kikiki. sukeew!
Ape lagi, disebabkan banyak kedai jual barang-barang JDT, maka aku pon meroyan nak carik sticker JDT nak letak kat kereta. Yayyy, dapat! Suke giler.
Bukan kat kereta je, kat muke pon aku tepek sticker JDT. Semangat oiii.
Duduk dalam keadaan agak tak sopan. Abaikan k?
Sementara tunggu tiket (tiket Brader Pejal suh die punya kawan beli, kawan die plak suh kawan die beli - memula cuak gak tak dapat tiket tapi atas sikap Pro abang Pejal, dapat gak) kitorang pon layan brader-brader ni cat muke diorang dengan penuh semangatnya! yayy, JDT dihati.
Tekun giler brader-brader ni kan? Oh ya, kejadian berlaku di Gate C stadium.
So, sementara tu ape lagi, amek gambar dengan my sista la ken.
Harimau Selatan. Yeeahh~~. (nampak peha aku besar ek? siot betol.!)
Tunggu punye tunggu, haih mane plak tak sampai2 ek? Ape lagi, random pic lagi la.
Pintu masuk ke Gate C. Penuh manusia yerk? Peniaga pun ape lagi kau, kaut untung ahh. Mane tak huntung kau burger daging simple beno rm3.00. Nasib baik kakak belanja. Haha. Jimat.xoxo.
After a fews minutes tunggu punya tunggu, akhirnya I got the ticket. Yayy again. Jakon katakan. huahaha.
Ticket kakak belanja, makan kakak belanja juge, sticker kakak jugek, wahh puas hati giler. (baru bape ringgit kan.)
So, jom masuk Stadium. Masa tu da pukul 5 lebih kot. Sebab gate bukak pukul 5. Aku ni kan first time masuk. Teruja ada, seram pon ada.
Ok, meh kite masuk. Pintu tu dah bape kali kena tendang. Rilek brader, brader rilek.
Lepas tu, berpusu-pusu la manusia masuk. Hamek kau, tak tahu nak duduk mana. Mostly dah penuh. Ada satu part tu team Ultras B.O.S da booking. Feeling giler dalam tu. Semangat!
B.O.S duduk kat area sane tu. Waktu ni dalam 6 lebih. Dah full house hokay.
Jenuh nak tunggu kul 8.45pm tapi semangat kental haruslah tabah ken Johoreans. JDT punye pasal.
Kat area depan-depan tu masih available tapi dekat dengan penyokong Selangor ler...
Mari kita peace yeah.
Sementara menunggu pukul 8.45pm, Ultras JDT pun nyanyi la siap dengan gaya & kitorang ni pon sama-sama nyanyi lagu tu. Peh, sampai senak masuk angin perut aku. Asyik sendawa je la. ( Nak kentot malu *-* )haha.
Macam-macam lagu, aku pon tak tahu tajuk. Yang penting ada satu lagu melodi macam lagu Ayam KFC punya iklan.
Akhirnya, tepat jam 8.45 malam, game pon start, ape lagi baling resit............
ihsan gambar dari Facebook : Johor Darul Takzim -Harimau Selatan
Best giler.
Sepanjang masa nyanyi.
B.O.S tak peduli gol ke tak, tetap nyanyi. Tapi kan, tengok live ni takde ulang tayang, so masa first JDT gol tak ada ulang tayang. Stadium pon takde screen. Sedeyh. Maka tak tahu sape gol kan.
Katanya Nunez.
Good Job mokk. heheee.
Yang aku tahu, jerit kalau orang lain jerit. Emosi kot.
At last, sampai habis masa, aku ingat ada penalti pasal draw 1-1. Tapi tak pun.
So yakinlah tak penalti sebab ikot mata. Maka, JDT kalah lagi.
But, who care?
Yang penting, malam tu semua happy.
Siap, bakar flare. Hampir seluruh stadium berasap macam kat bawah ni ;-
Gila wei. Polis-polis kat bawah boleh buat apa, tengok je lah.
Hampir lemas disitu.
Tapi, still semangat.
Finally, dah kalah - balik.
But, it was best memories ever.
Peace dalam keadaan nak lemas. Last pic sebelum berambos.
Masa kitaorang keluar, B.O.S still nyanyi. Dalam hati, peh tak penat pulak diorang ek? Dah kalah tapi masih ada semangat disitu. Bukan kalah pon yang difikirkan kami semua, cuma penyatuan warga Johor sendiri yang buat kami semua kagum. That's why WE LOVE TMJ. Menyatukan rakyat Johor.
After that, kitaorang yang dah kebulur pon pegi carik makanan. Lepak kat Mamak Aliff Taman Suria sebelum berhamboss balek Kota Tinggi. Peh lepak.
Jam 3 tidur sampai pagi..
Tersedar sebab ayah aku terajang pintu bilik tetiba......(tu cerita lain....)
Best, best giler.
Dalam mimpi pon macam nak berjoget.
~I'AM PROUD TO BE JOHOREANS~
1 comment:
wahh sonoknyer uoolss.,
Post a Comment