Mari aku singkap sedikit,
Kisah hambar raya kali ke 24 aku.
Secara teoritikalnya mungkin jangkauan umur yang mencecah banyakk nombornya menjadi punca paling utama penghambaran kisah raya ini.
*mungkin*
Eh tapi taklah terlalu hambar,kosong,bosan,dan lain-lain kata yang mencerminkan maksud yang sama.
Ada juga selingan kisah lucu.kisah bodoh dan kisah ntah apa-apa entah sepanjang raya kali ini.
Kisah berhantu *pandang kiri pandang kanan*
Takut atok dengar.
*BAB 1*
Ok.
Bangun pagi subuh hening itu setelah emak menjerit ‘nana bangun,nana bangun’ lalu bangunlah aku dengan payahnya.
Apakah mungkin silap sendiri yang pada malam harinya berjimba lalala *pasang langsir oi* hingga lewat malam menjelma.
Menjejaki emak didapur sambil kupisat-pisat biji mata aku.
‘mak dah siap masak?’
Emak menjeling. Mulutnye mencebik.
‘nak harapkan kau?’
Aku terus lari.
Malas nak menghadam sarapan leteran itu. Nanti habis spoil mood aku ok.
Bukan lari. Jalan. Lari dari emak. Mana mungkin seawal jam 7pagi aku berlari. *gila*
Aku duduk termenung. Eh. Aku masuk bilik kakak.
Masih sedap membuta. Mahu ku pekik ‘oi bangun oiiiii’ tapi malas juga mahu spoil mood pagi raya mereka.
Oh yeah. Aku lantas teringat sesuatu.
Tudung.
Yeah.
Tudung.
Aku belum patch lace lagi dekat tudung bawal aku tu.
Tudung bawal tu kosong. Warnanya sama dengan baju. Sama gila. Jadi jika aku pakai begitu-begitu langsung tak ada serinya.
Semalam aku beli lace dari kedai jahit cina.
Harganya rm9.90 warna hitam.
Di dalam hati.
*bapak mahal lace macam ni sembilan hengget*
Teruskan ye membaca.
Setelah gigi kugosok aku menuju ke bilik jahit emak.
Test letak atas tudung.
Ngam.
Terus jahit.
Ok dah. Tak kan mahu habis detail aku cerita tang masuk keluar jarumnya.tak perlu.
Siap.
Lantak kau la tudung. Aku memang tak terpikir nak beli tudung lain. Sebab secara teoritikalnya, aku mahu tahun ini raya sesimple boleh.
*BAB 2*
Ayah dah balik.
Mulalah dia membebel sebab anak2 dia masih lena membuta.
Aku kan anak yang baik juga suka berlakon menjadi baik makanya aku bangun awal sebelum ayah balik (ayah si pak guard yang kerjanya malam sahaja).
Satu persatu bangun. Pandai pun.
Lepas kena bebelan manja ayah.
Ok. Lagi apa ek.
Lupa pulak.
Skip la.
Selepas ayah balik dari sembahyang raya, terus sesi mencekik.
Aku sendiri hairan.
Mungkin tahun ni semua harem kebulur sebab tu makan dulu.
Kalau ikutkan tahun lepas, bermaafan dulu baru menjamu selero.
Tapi, bukan adat.
Ok dah bermaafan.
Bagi angpau dekat dua adik & satu-satu-satunya anak sedara.
Satu aje ada awak.
Dah tu.
Termenung.
Eh apa nak buat?
Salin baju aku terus basuh kain.
*waktu pukul 10am*
Mak bapak adik kakak anak sedara aku duduk depan tengok orang ramai masuk kubur.
Maklumlah rumah depan kubur.
Layankan perkara yang setahun sekali berlaku itu.
Berbual.
‘emak nak balik kampung tak?’ aku datang dengan baju basahnya. *membasuh lah katakan*
‘nak!’ laju emak jawab.
Baju haper belum packing.
Aku malas nak packing awal-awal yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Siap basuh.
Apa lagi mahu buat?
Driver nak tidur dulu la. *jam pukul 12tengahari*
Betapa boringnya raya aku.
Pukul 2 petang lebih kurang.
Tunang datang.
Aku lincah salin baju kurung balik.
Sekali tengok dia.
Hareemm.
Baju t-shirt kau.
Ok lah.
Consider dah petang lah kan bukan pagi raya lagi.
Apa yang kami bualkan.
Nothing.
Aku ngantuk.
Dia pun.
Duduk-duduk.
Sampai tertidur di bangku masing-masing.
Can you imagine how boring we are?
Tetiba tersedar. Hilang ngantuk.
‘kau tak bagi yie makan?’
Aku tengok meja makan.
Malasnya nak layan.
Kena ke?
Mak aku suruh siap buat muka bengis.
Aku pun panaskan apa yang patut.
Dah g makan.
Lepas kenyang mencekik dia berambus.
*BAB 3*
Jam 4 petang.
Baru nak hegeh-hegeh packing bajulah. Cari beglah. tudunglah & what so ever.
Mak pun sama. Eleh cakap orang.
Aku kan driver.
Berkali aku tanya diri aku. – mampu tak kau drive sorang-sorang ni?
Sebab Lily , kakak aku merangkap backup driver tak ikot.
Tapi, demi mak demi adik-adik demi hari raya aku gagahi jua. Cewah ayat.
Pukul 5 petang.
Bye-bye ayah. Gua sobs jugak sebab ayah tak ikot tapi memang pattern dia jugak tak suka ikut raya berhari-hari.
Pesan dengan aku, jangan follow kereta orang rapat-rapat. Ok sip.
Satu jam setengah uolsss aku dah sampai kampung.
Haaaaaaaaaaaa gila awal.
Selalu 2 jam perjalanan hokay.
Tak tahu apa faktor jadi begitu awal.
Laju sangat kot. *jangan cakap bapak aku*
Sampai kampung.
Ok macam biasa. Salam-salam peluk cium makcik-makcik dan lain-lain lagi. Habis apa lagi adegan setelah lama tak jumpa kan.
Berbuallah sambil melantak kuih-kuih raya dia. Oh rumah pertama jadi masih tak jumpa semprit aku.
Membuat keputusan malam nak pergi beraya rumah pakcik belah ayah.
Meski ayah tak ikut, saudaranya jangan dilupa ya. Dekat je pon mengada tanak singgah.
Aku dah lawa giler ni tetiba adik aku jerit.
‘mak kasut Echa hilang’. Dia merakas-rakas carik kasut raya dia yang AKU belikan. Bimbang dimarahi AKU lettew.
Memang marah lah kalau silap dia tercicir kat mana-mana.
Tapi, mana mungkin.
Kami datang pukul 6.30pm menghampiri maghrib. Lalu terus masuk rumah. Adik tak main-main kat luar rumah.
Bagaimana boleh hilang?
Tanya another sepupu kecik tapi taklah kecik sangat around 9year++ ‘ada kamu sembunyikan kasut Echa?’ dengan memek muka nak makan budak tu.
Dia geleng macam nak terkencing.
Jujur gila muka.
Ok bukan kerja dia.
Tanya lagi satu besar sikit lagilah tak kuasa katanya nak sembunyikkan kasut orang.
Ok pelik.
Mak kata tak apa. Esok pagi carik.
Kau pakai kasut buruk dulu.
Adik pun ikut. Penuh pertanyaan dihati kami. Hantu kah? Amboi. Baru satu hari kau dilepaskan terus kau buat hal yaa. Kan bagus hari-hari kau diikat.
Oi mulut takyah cabul sangat. Ini kampung!
Lalu,
Berayalah kami.
Jumpa sedara mara belah ayah.
Masih juga rasa hambar. *sikitlah*
Entah kenapa entah.
Kurang ahli keluarga. *mungkin*
Day 2 of Syawal.
Pagi-pagi decide nak pergi rumah saudara dekat Serkat, Pontian.
Lepas tu ingat nak lepak Tanjung Piai kejap. Lepas tu petang ada BBQ kat rumah makusu.
Ingatnya lah.
Mari kita lihat apa yang berlaku.
Tengahari tu ngam-ngam pukul 12 sampai rumah saudara. Memang tengah kebulur dan memang tak malu lah nak makan rumah orang.
Siaplah dijamu dengan lauk-lauk kampung yang perggghh kalau dikenang memang sakit perut lah.
Siap sambal belacan.
Rasa dah 30 hari lupakan dia. Akhirnya mencekik aku dengan lahapnya.
Adik aku pun. Dengan muka konon tahan pedas last2 ‘mak sakit perut’.
Hadoi. Fault.
Dah kenyang siap baring-baring nak meneruskan perjalanan,
Time nak pakai kasut.
Adik aku bisik lagi.
‘mak kasut hilang lagi…’
Woi.
Ni sapa punya angkara ni?
Nak tuduh budak-budak,budak-budak tak ada.
Siapa?
Siapa?
Kasut buruk kot.
Dah 2 kali. Belah kanan pulak tu.
Adoi.
Tak masal adik aku kena didukung. Pergi hypermarket beli lagi selipar untuk dia.
Nak lepak Tg. Piai.
Dah parking. Dah jalan separuh.
Ada orang bagitahu.
Tutup kak.
Cuti raya. Pergh. Melepas tak dapat ambil angin. *berangin ada ar*
Apa lagi.
Start enjin kereta berhambos balik rumah makcik semula.
Hambar tak raya aku?
No comments:
Post a Comment