leopard iklan

Thursday, 6 March 2014

Dosa Pencemburu

Hot.! Macam pisang goreng panas kan kisah HANEZ SURAYA , ROMIE & LIYANA MANAN.?

Tapi aku tak nak pun cerita pasal diorang. Aku tak duduk dalam kasut salah seorang dari diorang tapi yang aku tahu sorang dari mereka memang propa lebih. Tahu sape kan?

Haha. Tak kelakar.

Ironinya cemburu itu lumrah dalam diri setiap manusia. Lagi-lagilah perempuan. Lagi-lagilah isteri orang. Kadang-kadang benda kecik pun kita nak cemburu. No point pun tapi back to basic dah memang tertanam sikap cemburu dalam diri so tak boleh nak cakap ape dah.

Aku taklah mengalami hal seperti mereka tu. Tapi bila satu keadaan yang terjadi dalam hubungan kita eventhough benda tu kecik sangat still jugak bagi effect yang besar dalam hubungan kita.

For example;-

Call your bf. Dia angkat panggilan pastu tetiba dengar suara halus perempuan sedang ketawa kecil. Kau pun tanya suara sape tu? Dia cakap ada akak ni. Die tumpang keta saya..

Dan apa perasaan kau??

PEREMPUAN. TUMPANG KETA KEKASIH KAU. TAK BAGITAHU AWAL-AWAL UTK ELAK SALAH FAHAM.

Darah merah tersirap dari kaki naik atas otak secara berdesup laju pastu bila sampai otak, otak plak terus bagi isyarat MARAH lalu otak kau menghantar isyarat ke mulut untuk marah jugak.

“Awak keluar gan pempuan?? Apahal tak reti nak ckp **blablabla**”

Memang betul kita tak dapat kawal kemarahan kita kalau guna otak. Gunalah hati.

Tapi seberapa gigih kita boleh guna hati kalau akal dan nafsu untuk marah lebih menguasai segala-galanya? Dan-dan masa yg sama syaitan duk hasut macam-macam pada kita utk terus prasangka buruk. Untuk pikir lagi benda-benda yang tak elok. Jahatlah syaitan ni.

Kita ni manusia lemah. Bila dah hadap kes cemburu kecik macam gini maka bermulalah semua benda kita buat tak tentu hala. Nak keje otak takde kat depan computer. Nak taip pun dah tak terpikir nak taip ape. Nak makan dah tak lalu. Nak tidur pun tak nyenyak. Nak mintak dipujuk dia pulak buat bodoh. Apa dosa pencemburu ni? Cemburu tu kan sayang? Apa dosa sayangkan orang ni?

Do u have a logic answer guys?

Itu baru kita dengar suara halus pempuan gedik yg kita tak tahu fizikalnya. Apatah lagi kalau kita nampak fizikal nya siap peluk-peluk org yang kita sayang? Aku rasa darah merah jadi putih kot. Berbulu toksah cakap.

Memang perempuan kuat cemburu. Itu fakta. Kerana cemburu itu tanda sayang. Don’t u get it man?

Dah, aku nak balik. Aku dah lost concentrated. Aku tak boleh buat apa dah. Aku tak lalu makan.

Aku hanya mahu rest in peace.

Bye.  



BE STRONG LIYANA MANAN. ALLAH IS ALWAYS WITH U. 

No comments: