Okay harini aku rasa aku nak tunjukkan benda yang aku buat
masa hari ahad haritu selain bunga tangan bling-bling aku tu. Ahahaa.
Aku sebenarnya buat benda ni sebab dah ketandusan idea sebab
mak aku asyik perah-perah otak aku yang sengal ni untuk buat sendiri bunga
korsaj atau bunga duit. Nak bagi kat ahli rewang. Biasalar orang felda ye dak.
Okay, disebabkan mak aku tu jenis x abes-abes mikir nak buat
camne benda yang jimat lagi murah (kedekut
kan?) so aku bagi satu contoh mak aku bunga ni guna kain satin. Dia mula-mula
cakap macam ni, alah keciknyaaaaa. Pastu dia cakap emm kau buat besar sikit
bole? Aku pun buatlah.
Sebelum tu kitorang g beli kain satin ni kat kedai langsir. Harganya
semeter rm4.50 warna pink belacan. Hakikatnya nak beli warna peach tapi entah
matanya nampak pink belacan ni macam peach lalu beli sajalah labu.
So, setelah dipotong-potong kainnya dapat lebih kurang 65pcs
bunga dari semeter kain ni. Mak aku just nak dalam 40 pcs je tapi yang balance2
tu bolehlah kita guna buat benda lain kan.
Okay, step pertama aku lupooo nak amek gambar. Macam ni,
potong kain lebar 2.5inci dan panjang dalam 10 inci. Potong kan.
Pastu lipat dua kainnya. Pastikan kainnya terbalik . Kemudian
jahit kedua-dua hujung kain tersebut. Gua henjut pakai mesin jahit tepi mudah
dan senang dan pantas sebab mak buat.
Seterusnya, lipat dua bahagian kain ni seperti gambar dibawah. Sebab kain satin ni jenis berburas-buras (ala yang benang nye terkeluar-keluar tu kan -buras la kot namanya) jadinya aku ambik inisiatif untuk bakar tepi-tepi dia macam dulu-dulu bakar tudung lepas pendekkan tudung skola dulu. ehehee takkan x pernah buat. HAHA.
Okay, kendian, amek jarum dan benang. Masukkan benang dalam jarum dan jahit jelujur. Pastikan benang tu panjang la kan. Sekali jalan. Xleh stop tengah-tengah. Tak jadi. ok
Okay, kendian, amek jarum dan benang. Masukkan benang dalam jarum dan jahit jelujur. Pastikan benang tu panjang la kan. Sekali jalan. Xleh stop tengah-tengah. Tak jadi. ok
Okay, so dalam masa beberapa jam sahaja aku dah berjaya siapkan
dalam 50pcs bunga. Kalau nak lagi cantik boleh letak pearl atau butang kat
tengah-tengah tu. Aku nak letak tapi makk aku belum beli lagi butang mengikut
pilihan hati dia.
Setakat ni modal buat benda ni Cuma rm4.50 sahaja. Aku agak
ni benda paling jimattt yang aku dapat hasilkan (bangga >< ) sebab harga
bunga korsaj atau bunga penanggah dah siap dalam harga rm1.50. So kalau nak
beli 40pcs berapa ya??
Oklah, nanti kita sambung review lagi okay. Much love, Yanadey.
2 comments:
wah kreatifnya. lawa
ngeh ngeh ngehh thanks hanis~!
Post a Comment