Seriously aku rasa macam makin menyampah pulak dengan
politik pejabat ni.
Dengan manusia kepochi yang entah tak tahu lahir untuk
apakah tujuan hidup dia.
Adakah perlu mengadili aku yang kau belum kenal pasti siapa
aku dan bagaimana sikap aku?
Biasalah.
Seperti apa ganti diri yang sesuai untuk mereka –kepochi- begitu jugalah sikap mereka.
Perlu ke ceritanya kat sini?
Ehh. Aku bukan baru sekali kerja tau? Dah berapa kali aku
resign sebab kadang-kadang aku rimas lemas dengan manusia cenggini. Eh aku tak kata
aku bagus. Tapi aku rasa aku bagus la jugak sebab tak pernah kecoh pasal orang.
Apa yang kau pakai else kau buat pun
orang lain nak tahu. Apa siak.
Tak. Ceritanya simple jek. Aku ni baru keje sini kan. Kau
orang pun tahu yang aku baru je pindah di environment yang baru. Motif aku
benti pun sebab kat tempat lama ada satu minah ni kepochi tahap menyebelkan
plus gaji yang tak naik-naik tapi kerja macam nak mati.
Dan aku dioffer lah kat sini dengan gaji naik beratus
ringgit plus position aku yang dah jadi officer gred 7 bawah sikit dari
Manager. Ehh takdelah nak riak sangat. Just bersyukur je kan.
Then bila aku kat sini perangai aku dah tak semenggah mcm
kerja tempat lama. Hanya orang2 rapat je yang tahu. Kalau dulu aku memang kaki
menjerit terpekik just for fun sambil keje then sekarang aku dah bapak sopan
sebab enviromentnya tak memungkinkan aku untuk buat camtu. Sopanlah kan. Sopan
bapak lah.
Tapi, kesopanan aku sebenarnya disalahertikan. Nak tahu
sebab apa? Diorang cakap aku sombong tak campur masyarakat. Aku senyum je
dengar. Aku dah agak. Biasalah mulut. Diorang akan cakap ikut sebab mulut bukan
pakai otak diorang.
So aku pun try lah tukar gaya hidup aku. Aku try campur
dengan diorang-diorang ni (hubungan dengan ‘diorang’ ni harus kene jaga demi
mendapatkan ‘saham’ supaya aku ni tak terus dijadikan bahan) . tapi, apa yang
aku dapat dalam sesi berbaikkan dengan diorang ni?
A kutuk B. Jumpa si B
kutuk si A.
Kau rasa orang mcm ni ke aku patut hadap sangat nak layan?
Depan baik gila belakang mulut mcm puaka ataupun lebih dari itu. Aku tengok apa
perlu aku jadi seperti mereka supaya tidak dibilang sombong atau supaya
dibilang campur masyarakat?
Aku stop semua permainan ni. Aku start balik hidup dengan
cara yang aku nak.
Aku lebih rela kau orang ckp aku bukan2 daripada aku hidup
perlu pura-pura.
Maaflah beb. Aku bukan jenis mcm kau orang. Kepochi. Semak
doe hidup aku dengan orang mcm ni. Sebab keje aku bertahan. Sebab gaji aku
rilek.
Tapi ingat, sekali aku dengar kau orang ngata aku directly, mungkin
kau orang baru tahu macam mana erti politik pejabat yang sebenar. Tak aku tak
marah. Tapi biasalah hidup kan.
Aku tulis entri ni without stop. Aku bukan marah tapi aku
puas.
Hidup dengan jalan
yang kita mahu pilih bukan untuk menyedapkan mata orang dengan menyakitkan
jalan yang perlu kita lalui. Hadamkan.
No comments:
Post a Comment