Aku rasa ini adalah kali pertamanya aku ditinggal
sendiri selepas lebih kurang 4 bulan aku dengan dia disatukan. Aku tahu aku
cukup annoying dan mengada-ngada sebab baru kena tinggal berapa hari aku dah
boleh menangis bagai mcm ape ntah.
Sebab tu aku rambling kat sini instead of facebook ke
IG ke. Sebab kat sini mcm kau kenal aku kan? Dan aku peduli ape kau nak cakap
belakang. Yelah kalau kat FB ni for sure orang baca pastu meluatnya dengan dia
ni blablabla. Kalau kat IG plak mereka akan scroll laju-laju kebawah sambil
hati mereka berdetik ‘ini semak!’.
Jadi aku cuma nak meluahkan selepas aku luah aku rindu
suami aku pada ALLAH selepas selesai solat. Kat sini. Boleh kan? Boleh? Terima
kasih. Tak boleh g klik X kat PC kau. Its free kahkah!
Ok.
Minggu lepas birthday asben aku 7 September 2014 yang
ke 31 tahun. Dan dia ajak aku pergi Honeymoon kat Cameron Highlands. Spend time
dengan dia untuk beberape hari bedua saje. Lepastu entah ek walaupun asben aku
ni spesis bukan manusia romantic tapi sepanjang kat sane die cukup romantic dah
untuk aku. Bila aku tanya, dia hulur telinga dia pada aku. Supaya dia dengar
apa aku nak cakap. Bila aku cakap lapar, cecepat dia carik makanan. Aku nak gi
mane semua dia bawak. Heh, romantic gak aa untuk lelaki keras kayu cam dia.
Aku plan nak kasi hadiah dia baby dalam perut tp apakan
daya belum ada rezeki. So aku postpone hadiah aku cakap “tunggu ade baby eh haa
tu nanti hadiah awak” =p.
Awak?
Ya, masih gunakan penggunaan bahasa saya awak. Eh keras
betul lidah aku nak panggil dia abang/sayang/hubby or whatsoever. Kenapakah ek.
Ok dah. Tak perlu suruh aku serta merta tukar
penggunaan kata ganti diri macam petik jari. Susah tahu. Jadi setiap yang akan
berlaku bukan senang nak berlaku. Erti kata lain perlu kan masa. Ewahh.
Aku rindu suami aku. sob sob. Padahal die pergi KL atas urusan kerja je pun. Dan bukan berbulan pun. Cuma lebih kurang 4 ari camtu. Mungkin sebab tu laa die bukan askar bukan keje offshore. sebab bini die gedik gila. T_T
Dan mungkin sebab tu badan aku ni panas sejuk panas sejuk je. Tengkuk sakit. Perut rasa sebu. Nak demam mungkin.
haih.
TAKKAN KENA TINGGAL DAH DEMAM. DAMN !
No comments:
Post a Comment