Aku
cuma suka raya dulu-dulu.
Masa
aku kecil.
Masa
arwah atuk-atuk aku masih ada.
Masih
semua sepupu-sepupu aku sebaya semua.
Masa
pakcik-pakcik aku muda remaja.
Masa
zaman teknologi tak begitu pesat membangun.
Masa
tu.
Aku
tengah cuba carik feel masa raya dulu tu.
Dan
aku godakkan dengan masa sekarang.
Tapi
tak adalah. Tak sama. Tak masuk pun.
Banyak
kemungkinan.
Sebab
aku dah besar.
Sebab
arwah atuk-atuk aku dah tak ada.
Sebab
semua sepupu aku da besar bujang kahwin bagai.
Sebab
pakcik aku semua dah tua.
Sebab
teknologi dah kuasai kita semua.
Semua
datang pun bersebab. Sebab MASA.
Kau
takkan jumpa masa dulu dalam sekarang punya zaman.
Tak.
Sedikit throwback
mungkin.
Dulu
kalau raya, emak ayah paling pening.
Kitorang
orang susah. Tak ada kereta pun.
Emak
ayah duk pikir nak chatter sape untuk hantar balik kampong.
Balik
Pontian je pun.
Emak
ayah kadang tepon pakcik suruh ambik. Pakcik ada kereta.
Pakcik
datang ambik. Lalu jalan mane ntah.
Jauh
sangat. Memang rasa jauh.
Rasa
dah tido bangun tido bangun pun tak sampai.
Feeling
dia jangan cakap.
Sediakan
tuala dalam kereta takut muntah.
Maklumlah
aku tak boleh kena aircond kereta sembarangan.
Sampai
kampung wah seronok.
Tengok
mak usu dah sampai.
Tengok
mak long dah sampai.
Tengok
yang mana tak sampai cakap kejap lagi sampailah tu.
Ayah
salam atuk. Aku pun. Ikut giliran.
Ayah
duk berbual dengan atuk.
Aku
dan kakak2 adik ape lagi. Dah jumpa geng pecah kesopanan semua.
Seronok.
Mane
sepupu yang dah besar duk sediakan berbuka. Masak.
Cuma
nak cakap, seronok tu rasa.
Malam
raya tak payah ceritala. Dia punya pesta mercun mmg terbaik.
Sampai
berpeluh berlarian sebab main bunga api.
Best,
semua berkumpul.
Tido
bersepah. Yang pakcik dok borak benda ntah. Sampai pukul bape entah.
Pagi
raya for sure semua lincah bersiap. Warna toksah cakap. Memang ikut family.
Warna
warni aidilfitri.
Pastu
salam2. Dapat angpau. Petang2 pusing kampung.
Malam
kira dapat bape.
Sape
dapat lebih. Dia ngelat.
Bukan
ngelat la. Maksudnya dia usaha lebih sebab pegi banyak rumah.
Aha.
Esok-esoknya
berkonvoi.
Raya
rumah sedara.
Mana2
rumah aku x kenal pun terjah.
Yang
penting collection.
Puas
raya, balik rumah sendiri. Sambung.
Indah.
Sangat indah.
Back to reality.
Dua
tiga hari lagi nak raya.
Dengan
gelaran baru bini orang pastinya aku rasa perasaan ni macam bercampur baur.
Pertamanya;-
Aku
tahu yang aku dah cukup besar. Besar dan dewasa mungkin.
Yang
memungkinkan aku untuk jangan bermimpi rasa pengalaman macam dulu2 lagi.
Masa
berubah. Seiring umur. Seiring fizikal. Seiring kemajuan hari ini.
Moga2
masa yang ada selalu buat aku sedar.
Keduanya;-
Isteri
orang.
Isteri-kepada-orang-dan-orang-itu
iaitu suami aku.
Dan
dia berhak atas aku. Tanggungjawab dia adalah aku. Aku kena sentiasa tahu.
Berada
dalam landasan betul supaya tidak menambah saham akhirat dia nanti. Perlu
sentiasa tahu.
Untuk
dewasa ini, raya pada aku hanyalah
‘bermaaf-maafan’
Dan
tak lebih dari masa untuk kita show off jenama baju handbag dan kasut.
Dan
tak kurang juga trend selfie yang akan menerjah dunia.
Juga
tak lupa zaman untuk kita sentiasa online social network .
Bukan
macam zaman dulu.
Sudahlah.
Semoga
silap kita diampuni. Semoga kejahatan kita dihalalkan didunia ini. Semoga
kezaliman kita tidak diheret ke akhirat nanti. Semoga yang luka kita sempat
ubati.
Manusia
kan? Tidak pernah terlepas, bukan.
Maka
ampunilah.
SALAM
AIDILFITRI.
1 comment:
salam aidilfitri na! btul..dah besar ni feeling raya biasa2 je,tak sama mcm kecik dulu. cuma perasan nak bermaafan dan melawat sedara untuk eratkan silaturrahim je bertambah. sebab dah matang mungkin.
Post a Comment