Seusai majlis kahwin tempohari, ada
beberapa perkara yang tetiba giler berjalan dikepala aku ni iaitu perkara yang
aku suka dan tidak. Soal yang tidak tu tak mengapalah yang pentingnya aku dah
pun kahwin. Cuma kalau masa boleh diulang kembali rasanya aku akan cover balik
benda-benda yang aku tak suka menjadi suka. Tetiba sangat kan–
Apa kau ingat masa boleh diputar
kembali kahhhh?
Jadi marilah aku listkan perkara2 itu
supaya anda-anda semua boleh ambil lebih penekanan sedikit pada majlis anda
yaaw.
Tak Suka
1.
Makeup nikah. Maaflah aku rasa
eyebrow aku macam nak bercantum siot. Bila aku cakap pada MUA aku, kenapa macam
gitu die kata memang ikut aku punya tulang hidung la ape la. Eish. Tak suka! Kalau
aku tahu aku suruh kakak aku saje mekup. Free pon free.
2.
Veil nikah. Penat aku DIY veil
cecantik akhirnya jadi macam gitu. Letak je atas kepala. Patutnya jauh ke
belakang sikit. Benda ni boleh adjust padahal tapi entah sendiri sengal. Padanlah
muka.
3.
Outdoor. Benda ni patutnya
dibuat selepas majlis nikah tapi dah hujan rahmat lebat sgt so tunda hari lain.
Lepastu habis majlis sumpah malas nak pakai baju pengantin balik, so aku cancel
kan je la. Malas wei malas nak cakap pasal ni. Ni semua salah laki aku. Kahkahkah.
4.
Member2 yang aku harap sgt
diaorang datang tapi tak datang tanpa bagitahu pape tanpa mesej atau pesan
pape. Takpe. Time aku buat majlis tanak datang, time ko susah pandai2 lah. Aku dah
naik menyampah dengan member macam gini. Memang aku bengang kot. Lantaklah
sane.
5.
Datang bulan. Hurmm ni paling
tension kot. Sebab aku senggugut. Memang lepak. Semua orang aku layan tak
layan. Kesian uols. Haha.
Tu je yang aku tak suke.
Suka
1. Makeup
Sanding. Aku suka. Just nice dan simple. Tapi MUA datang lambat. Citpodah. Hegeh2.
2. Baju
songket hijau aku. Aku suka. Rekaan yang unik dan lain maciam. Ko tak suke kau
punye hal.
3. Pelamin
pun simple. Ok la ok la. Bolehlah kan.
4. Dan
yang lain-lain semua aku suka. Hahah.
Dah dah. Nanti aku dapat gambar dari
OP aku update.
Sekian.
Ikhlas dari bekas peranten. #yanayie
No comments:
Post a Comment