Semalam
ketika sedang memandu, aku terdengar satu iklan di radio Hot FM (kalau tak
silap aku lah) tentang pasangan lelaki & perempuan yang mengadu lebih
kurang beginilah;-
Perempuan : Kenapa
pasangan aku tak pernah nak jadi romantic..
Lelaki : kenapa
pasangan aku tak pernah bertimbang rasa...
Lebih
kurang macam tulah tak silap aku. Aku tak ingatlah pulak iklan apa tapi yang penting
bukan iklan Volkswagen Polo Sedan. Haha. update ;- iklan Spritzer la uols.
Okay
okay. Memula masa kahwin, tulah aku rasa. Banyak sangat ‘kenapa’ dalam kepala
aku ni. Kenapa suami aku tak romantic, kenapa suami aku tak pernah nak buat candle light dinner tuk aku, kenapa suami aku tak bagi bunga tuk aku time besday, dan etc etc. Banyak
sebenarnya. Aku kengkadang rasa yang aku ni begitu rugi mengahwini dia. Eh. ?
Tapi,
Tahukah
kamu bahawanya kebahagiaan tu kadangkala sifatnya bukan ditunjuk dalam bentuk
fizikal sahaja?
Sebenarnya,
ada kasih sayang yang dia tunjuk bukan dalam bentuk fizikal. Menjadi imam untuk
kamu. Mengejutkan kamu dari tidur untuk solat. Memberi nafkah zahir batin tanpa
diminta. Membelai kamu. Dan etc etc juga. Banyak jugalah yang agak extreme.kahkahkah.
Bila
aku fikir kembali, apa susahnya bertimbang rasa? biarlah dia tak romantic daripada
dia ada buat hal lain kat belakang kita.
Kan?
Aku
bahagia.
Bahagia
yang ikhlas kita rasa kalau kita hanya pandang benda yang kita ada.
Bahagia
dengan kebahagiaan yang diberi untuk kita rasa.
Bahagia
dengan kehidupan baru yang ada.
Bahagia
kerana aku pilih untuk bahagia.
Bahagia
sebab baru kahwin memang berbunga je.
Haha.
Aku
tengok balik kehidupan aku sekarang.
Kehidupan
& pasangan hidup yang aku pernah pohon dulu-dulu. Masa jatuh kecewa dengan
cinta tak kesampaian lalu. Masa tu, aku hidup dengan lelaki yang gila jiwang
sampai rimas lepastu kurang matang dan malas kerja.
Aku
tetap tak bahagia.
Lalu,
Aku
berdoa yang aku nak lelaki yang tak tunjuk jiwang, janji dia kerja dan matang.
Allah
Maha Mendengar.
Dialah
dia. Dia suami aku. Janji Allah tu pasti, janji kita berdoa. Kenapa nak
pertikai?
Hargailah
kawan.
No comments:
Post a Comment